Oct 19 2005
Transporter 2 - X logik
Aku x tgk lagi transporter 1, trus jer tgk transporter 2 dan dari 5 bintang, aku bg 2 bintang jer. Apsal? baca la bawah ni…..
Warning : Contains spoiler. So kalo xmau dispoil jgn baca
Filem ni mmg la mengandungi banyak aksi. Bleh cakap dimulakan dengan smart dengan adegan hero lawan perompak-perompak jalanan yang cuba curi kereta dia.
Tapi agaknya rutin cerita la kan, kalo aksi tu ditunjukkan dari awal sampai ke akhir, excitement nya pun berkurang la. Analoginya, kalo pagi petang siang malam asyik makan pizza jer, maka dah x rasa la nikmatnya. Camtu la lebih kurang.
Di bawah ni diselitkan graf excitement lawan masa. Memang x dapat dinafikan yang aksi best. Tapi lack of storyline la plak bila duk tayang aksi jer.
Apapun, yang paling mengecewakan ialah bila citer ni banyak sangat x logik berbanding logik. Jom kita lihat apa yang x logiknya.
1. Penjahat cuba nak bunuh peserta2 satu konferens dengan memasukkan satu virus ke dalam tubuh anak salah sorang wakil konferens yang mana virus tu akan berjangkit ke bapa dia, dan bila bapak dia pergi konferens tu, akan disebarkan la pula ke ahli-ahli konferens yang lain
Ok la, bleh la diterima tapi kurang logik sbb - kalo betul virus tu boleh merebak melalui udara, xpayah la penat2 sebar dari bapa ke anak. Masukkan je dalam bekas kedap udara, dan buka je waktu konferens, lebih mudah. Ye la, saja la nak jadikan citer, tapi x leh nak terima sangat la…
2. Hero berlawan ngan penjahat yang bersenjata. Aku tgk Jackie Chan aku bleh terima, tp xleh terima bila tgk transporter. Sbb dalam citer Jackie Chan, orang jahat serang one by one, dan bukan serentak.Ramai, tp bukan serentak. (Jackie Chan dah pernah menerangkan isu ni dalam salah satu rancangan khasnya). Tapi dalam transporter, orang keliling. Bila sorang tu kena tendang, penjahat tu saja2 je bangkit slow2 nak bagi hero bleh lawan penjahat lain. Kan ke cam ikut skrip sangat.
3. Klimaks adegan ialah bila hero lawan ketua jahat kat atas kapal terbang persendirian yang x dikawal sbb pilot dah kena tembak. Ada ke bleh lawan lagi dalam keadaan nak terhempas camtu. And 2nd, kapal terbang terhempas, dan hero selamat. Ok jer.
Yang plg x logik ialah bila kapal terbang tenggelam sedangkan pada masa yang sama masih ada ruang udara dalam kapal terbang. Eh, tu bukan bercanggah hukum fizik ker??
Kesimpulan : X best. X logik. X yah tgk lagi baik