Nov 15 2005
Apsal perlu spoil?
[Waktu aku tulis ni, kat Lab Skool Math, dgn connection yg slow
tahap mega, maka aku pun xdpt mdownload rancangan realitytv yang aku gemari. Maka aku pun melukis lukis dalam Photoshop, terhasil la lukisan di sbelah. Ok gak kan? Aku sambung balik tulis bila balik umah]
The main issue of this blog is about spoiling. Scr konsepnya, spoil ni aku takrifkan sbg membocorkan ending sesuatu citer dsbb kan maklumat yang terbocor (misalnya kalo reality tv, ada orang yang dapat tau lebih awal sesiapa yang terkeluar) ataupun sbb spoiler ni (orang yang men’spoil’) tengok lebih awal citer tu berbanding kita. Boleh juga merujuk kepada buku, movie, tv show etc.
Dan bagi kengkawan yang mengenali diriku ini, ramai yang tau aku mmg x suka orang yang spoil citer yang blum aku tgk, trutamanya reality tv laaa.
Sejarah di spoilkan
Pernah skali tu kat KMPP dulu, aku tgh duk sedap2 tgk The Mole 2nd season kat TV2. Dah la baru 1st episod, pastu senang2 je sorang mamat ni (tidak perlu disebut namanya) pergi bagitau siapa dia The Mole. Aku bengang dan terus mengeluarkan kata-kata tak sopan (tak sampai tahap kesat laa). Aku suruh dia blah!
Pernah jugak waktu Survivor Australia, waktu tu survivor popular gila sampai ada orang cakap Colby
yang menang. Tapi yang tu aku tahu bukan spoiler, stakat prediction jer sbb waktu diorang cakap, kat Amerika pun x tayang lagi Finale. Tapi skang ni dah ada byk spoiler dalam internet tentang reality tv yang popular.
Waktu Survivor Amazon hendak sampai akhirnya, waktu malam final tu, tetiba je aku dapat mesej dari ntah sapa ntah (waktu tu handphone Siemens aku yang lama, handphone tu xder nama kat mesej, kuar nombor jer) bagitau Jenna Morasca menang. Dengki betul
Dan baru-baru ni pun, Abang Tra (debat) nak bgtau apa yang berlaku dalam akhir citer Flight Plan. Tapi aku tutup telinga supaya x dengar. Waktu Apprentice 3 pun, abang Tra jugak lah yang bagitau sapa yang menang. Lepas tu aku terus x minat sangat nak tgk Apprentice 3 sebab dah tahu sapa pemenang.
Nak spoil?
Harapan aku ialah sesapa yang nak spoil, pergila spoil orang lain. Jangan spoil aku, nanti aku bengang. Kalo citer stereotaip aksi yang melambak kat pawagam berdekatan, lantaklah. Memang macam dah tau pun yang hero akan menang, ye tak? (Beri pengecualian terhadap citer The Skeleton Key)
Sila rujuk Dik Cerdas volume paling baru yang kuar 2-3 bulan lepas, ada citer fasal spoiler kat bahagian belakang2, yang menampilkan Supergirl Action Musume