Nov 06 2005

Hari Raya tahun ini | The Mole 2nd Season

Published by flexin-am at 9:16 am under Uncategorized

Untuk raya tahun ini, aku xder tolong mak aku buat kuih memandangkan balik umah pun 2-3 ari sbelum raya jer. Aku cuma tolong gulung kulit popia yang kemudiannya mak aku potong dan goreng sampai rangup dan kemudian ’segha’ air gula.

Seperti mana yang aku tulis sbelom ni, aku tak bercadang pun untuk beli baju raya. Tapi semakin raya dekat ari tu, aku rasa tak syok pulak bila mengenangkan aku akan pakai baju melayu KMPP pada hari raya puasa buat kali yang keempat. Dah la waktu kat KMPP dulu pun pakai tiap-tiap minggu. Gi NFU pun pakai baju tu jugak. So, aku pun pergi la SP sehari sebelum raya. Dan menghabiskan (sebut membelanjakan lebih sedap didengar, ye tak) duit beli baju melayu warna biru setelah dekat 2 jam la kot aku berpusing-pusing kat jam besar tu.

Tapi raya kali ni, aku beraya dengan famili dulu. Kul 3, baru join kengkawan gi beraya rumah kawan-kawan form 5 dulu. Dulu, kebiasaannya dari kul 11 lagi aku akan beraya ngan kawan-kawan.

Rupa-rupanya dalam masa setahun ni, keluarga kembangan aku makin berkembang. Gi beraya rumah wa (mak long), ada cucu baru, mak ndak aku pun dapat cucu baru waktu bulan posa ari tu, mak lang aku pun akan dapat cucu baru pada bulan Januari, InsyaAllah, dan mak aku pun akan dapat cucu baru, InsyaAllah, dalam agaknya esok lusa. Uuuih, best gak duk picit pipi baby-baby (should written as babies) yang comel tuh.

Raya kali ni gak, aku banyak menghabiskan masa depan komputer, maklumlah komputer baru, dah lama berada dalam era lembab sejak 1999. Aku duk mendownload reality tv dari IRC dan jugak mengedit video The Mole musim kedua yang dishooting sbelom masuk cuti ari tu. Sbg preview, korang bleh la download kat sini.

Download kat http://www.carirezeki.com/flexin/the_mole_2_preview.zipThemole2
Saiz : 8.4MB
Masa : 38 saat
Kandungan : Klip 1st sbelom montaj.
(Aku mungkin akan delete fail ni pada akhir bulan Nov 2005)

Kepada kengkorang bebudak USM yang berminat nak main The Mole pada sem depan, bagitau la yek.Sangat dialu-alukan…

Kepada rakan-rakan yang dah balik ke USM. Sesamalah kita menyambut Aidilfitri nan mulia ini bersama buku-buku pelajaran. Aku balik Jumaat ni. Exam Sabtu LSP 402.

Slamat Ari Raya.




Comments RSS

Leave a Reply