Archive for December, 2005

Dec 21 2005

Debat IKIM

Published by flexin-am under Debat

Stelah balik beberapa lama dari Debat IKIM, barula terasa nak tulis. Maklumlah, duk kat rumah ni bosan gak. Takde sapa nak dikongsi. Tapi bagus gak sbb kurang la mengumpat dan berbual perkara-perkara yang x berfaedah. Walau bagaimanapun, aku mintak maaf banyak2 la kepada korang sbb memenuhkan inbox korang dengan email2 yang bertajuk ‘ Flexin’ Am has updated her Friendster Blog ‘ Hehe.

So camner ngan pengembaraan aku kali ni? (Macam gi hiking la plak). Walopun 4 orang je masuk, tapi ramai gak yang mengikut gi Debat IKIM nih. Yang masuk - Firdaus, Kak Mariani, Kimi ngan Fuad. Yang mengikut aku, Imah, Abang Tra dan Syikin. Tapi sampai kat IKIM, Shiela, Abang Shah, Kak Dor dan Achik (ketiga-tiga yang akhir x-debater) turut join perbincangan kitorang.

Debat IKIM ni satu je yang surely best. Makanan dier. Waktu aku ikut waktu 1st time Dbt IKIM pun makanan dia sedap. So, walaupun aku dihinggap selsema akibat kitorang tidor dalam Kompleks Tennis yang ada aircond dan roommates aku pun x rasa nak tutup walopun sejuk, aku masih lagi terasa enjoy menikmati juadah yang dihidangkan. Slalunya kalo selsema, x lalu makan nasik. Layan McD jer.

Memula kitorang sbilik ngan UIA, UPM dan KUTKM (bilik 10 orang, yg mengikut ni kena share la). Tapi slepas bebudak UIA - Daud, Shamsul Qamar, Jefri ngan Syatir - decide untuk lepak kat Matrix UIA, so pengikut2 cam aku ni dapat la katil gak. Kira okey la. Tambahan plak bbudak UIA dah siap lapik ngan cadar katil tu, so kira senang banyak la kerja aku yang pemalas ni. Tapi x best gak. Sbb aku teringin gak nak lihat camna perbualan di antara bebudak UIA. Ahaks. Bukan apa, slama kat debat ni, kebiasaannya jarang bebenor kitorang (mrujuk bbudak USM) dapat bilik yang dekat ngan bbudak UIA. Bbudak debat len cam slamber jer. Bbudak dbt UIA cam serious skit. Ish ni tulis byk2 nih kena buat satu tajuk baru fasal bbudak UIA nih. Tak gitu Johnna? (just kidding)Kimi

[Sbelah kanan: Gambar Kimi tgh berdebat. Gambar2 len x capture lagi dr vid cam]


Okey, kembali fasal debat IKIM. At other point, aku mempersoalkan gak diri aku,
apsal la aku rajin sgt nak datang Debat IKIM nih? Sbb debat IKIM dah bleh sedia awal2. Kira preparation bukan dalam 30 minit sbelum berdebat. Maka feel adrenalin pumping up tu x baper ader la. Dah la aku x brapa pandai nak membantu. Kimi, Fuad ngan Firdaus skali bincang isi, skali kuar nas-nas dalil-dalil. Aku hanya mampu melihat, lidah tidak bisa untuk bersuara memandangkan betapa terasa kerdil diri ini di depan mereka apatah lagi di depan Yang Maha Esa. (Ayat dipelajari hasil debat IKIM, Alhamdulillah). Menjawab soalan yang diungukan, aku sendiri yg nak datang gak sbb dah final year. Nanti xleh dah enjoy2 camni.

Untuk Debat IKIM, laluan USM, mmula jumpa KUSTEM, UKM, KUTKM. Quarter kalah ngan UIAM. Lagi satu benda x best fasal Debat IKIM ialah tidak menggunakan sistem juri dan xder debat konsep. So, kira team yang menang hy perlu mantain isi, persembahan dan bahasa. Abaikan jer konsep. Lemparkan sebanyak2 isi yg bleh. Waktu kitorang lawan KUSTEM, aku rasa cam kalo dr segi konsep, cam USM kalah, tp agaknya sbb isi lebih kot, maka kitorang menang. Sebaliknya waktu UIA, kitorang cam kuat konsep, tapi hakim2 tu x faham la lawan konsep nih.

Taknak komen byk2 sgt fasal debat. Citer lanjutan - Kitorang supposely balik ari Khamis. Lepas tgk semi. Tapi disebabkan miscommunication ngan pak cik bas, kitorang balik ari Rabu. Lepas jer quarter. Btolak kul 3 dari KL, sampai Penang 3 pagi. Mak aih, cam dari JB la plak. Mana xnyer, dari Jalan Duta, Bas USM gi UiTM Shah Alam dulu amik bbudak USM yang join aktiviti keusahawanan apa ntah. Diorang abih aktiviti kul 6 lebih. Diorang balik bilik dulu dan ade ke patut, sorang pun x ajak kitorang gi lepak bilik tumpangan diorang. x USM sungguh. Kitorang berlapar smpi kul 9. Tido dlm bas. Sedar2 kat USM dah kul 3 pg.

Dan kitorang dapat tahu yg sbenarnya mmg pak cik tu perlu amik kitorang ari Khamis. Cam geram jer sbb kena balik awal dan menunggu tanpa tujuan kat UiTM. Aku baru je cadang nak kuar KL ngan Kak Mariani, dan diassist oleh Johnna(UIA). Dah cadang nak cari tempat2 yang ada sales. Tapi x kesampaian la. Xder rezeki la tu…

2 responses so far

Dec 19 2005

1 + 1 bukannya 2

Published by flexin-am under Science

Ari tu waktu kat UKM, Pak Dat (Debater UTM) ada tanya aku beberapa soalan math untuk difikirkan bersama. Berikut adalah soalannya

1. Buktikan 1+1 bukannya 2
2. Kenapa wujud 1, 1.5, 1.9, 1.999, 1.9999999…. tanpa tamat. Dan tetiba muncul angka 2?

Aku fikir-fikir gak. Tapi x dapat la jawapan yang tepat. Namun aku cuba gak jawab. Kalo korang ada jawapan yang tepat, jangan lupa kongsi ngan aku.

Soalan 1
Soalan ni senior math, kak kat Desasiswa Aman Damai pun pernah bagi waktu aku first year.

Jawapan pertama:

1 jugak bleh diungkapkan sebagai 1/3 + 1/3 + 1/3

1/3 = 0.333333333333… tanpa henti
Maka
    1+1  = 1/3 + 1/3 + 1/3 + 1/3 + 1/3 + 1/3
            = 0.33333333.. + 0.333333333.. + 0.33333333333..
               +
0.33333333.. + 0.333333333.. + 0.33333333333..
            = 1.99999999999999….tanpa henti

Maka 1 + 1 tak sama dengan 2

Jawapan kedua :

Jawapan ni guna kaedah matematik (Rujuk Aljabar Moden) skit

Takrifkan S={1}
Operasikan S dengan operasi tambah. Walaupun S bukan kumpulan, S dengan operasi dedua tambah akan menjadikan 1+1 = tiada jawapan kerana 2 bukan unsur dalam S.

Soalan 2

Pada pendapat aku, walaupun ada angka 1.99999999999999, angka 2 muncul akibat angka mula-mula sekali wujud dari integer.

Maksudnya, secara realiti pun (tanpa mengira asas angka tersebut, asas 10 cam kita duk guna ke atau asas 2 cam pc amik {10101001}), manusia mula mengira secara berinteger.

Maksudnya, kalau kita nampak 6 keping pizza Morroco (yang aku x makan lagi, kurang duit semester ni), kita akan menghitung 1,2,3,4,5 dan 6

Maksudnya integer wujud terlebih dahulu. Pastu bila kita bahagikan sekeping pizza tersebut kepad 4 orang, maka wujudlah no perpuluhan cam 0.25.

Bahagi lagi dua, maka wujudlah 0.125 dan seterusnya.

##
P/S: Sebarang pendapat, share la ngan aku

No responses yet

Dec 19 2005

Unwanted Call

Published by flexin-am under All About Me

Rupanya, walopun duk kat umah, byk gak bebenda menarik bleh berlaku.
Petang tadi ayah aku menerima satu panggilan. Pastu ayah aku letak. Pastu berdering skali lagi. Ayah aku x bagi angkat. Eh, apsal plak. Takkanla ayah aku menerima gangguan dari
secret admirer. Ish anak dia yang bongsu ni pun xde gangguan yg sedemikian rupa sejak beberapa lama.

Rupa-rupanya ada sapa ntah yang call untuk mintak no ic dia. Ader ke patut mintak no ic orang ikut telefon. Aku apa lagi, ni la masa nak berdebat kut handphone. Aku pun angkat la. Ade ke patut dia minta no IC ayah aku dengan mengatakan yang dia nak check kononnya ayah aku ada buat pinjaman untuk beli Mitsubishi Gallant yang berplet pangkal W. Aku bagitau dia yang kitorang x pernah tinggal di Wilayah Persekutuan. Dia mintak lagi untuk semak katanya. Aku kata yang tu privacy. Dia masih mendesak. Aku cakap, kalau macam tu, hantar surat la, ikut saluran yang sepatutnya dan kemudian aku akan deal later. Dia cakap terima kasih. Terus letak. Ha ha, terasa cam menang debat juri 3-0, margin besar atas keberjayaan menumbangkan desakan dia.

Nasihat (Saranan) kepada rakan2 yang lain : Kalo korang terima panggilan sedemikian rupa, jangan lupa untuk melaser, mengeji sampai dia terdiam. Ha ha

No responses yet

Dec 18 2005

Nothing to be done

Published by flexin-am under All About Me

Sementara menunggu nak tengok Smallville kul 10, aku sempat gak menulis blog ni. Biasa la, cuti kali ni rasa lapang. Cam xder apa nak buat walaupun byk gak benda yang patut buat. Video IKIM, Royal Final x abis transfer lagi. The Mole aku yang 2nd season pun x abih lagi sedangkan dah plan ni nak buat bukak sem ni. Ntah la.

Kat umah aku, kak aku ngan famili dia ada skali. Bila diorang ada, akan kedengaran lah jeritan2 aku sbb marah kat anak-anak dia. Buas sgt. Yang kecik tu dah takut skit kat aku. Kira ok la. Senang nak suruh dia stop buat benda2 yang pelik2 cam panjat sofa, angkat besi yang kitorang buat sendal pintu, panjat sana sini dsb.Friendster2

Skang ni plak asyik hujan je. Mandi pun skali shari. Nak jerang air rasa malas lak. Cam smalam, sharian aku x mandi. Bangun pagi dah lewat. Pastu rasa sejuk plak. Nasib baik tiada keadaan2 yang memaksa aku mandi, so kira okey la. Ala, orang kat oversea tengah winter, x mandi gak kan. (Sure ada yang kutuk aku waktu baca ni. Heh)

Sepatutnya cuti ni aku perlu meninjau-ninjau peluang untuk sambung Master (InsyaAllah) melalui internet. Dan juga membaca sikit sebanyak fasal CAGD untuk aku punya final year projek. Nak masuk lagi seminggu nih.

Result dah kuar. Aku tengok versi spoiler kat healthycampus.usm.my Kira x official lagi. Tapi spanjang pengalaman aku 3 tahun, apa yang kuar situ, itula pointernya. Alhamdulillah, kali ni aku ada peningkatan (sejak jatuh gradually sejak 1st year) dan dapat kembali ke dalam carta. Harap-harap semester akhir akan menjanjikan yang lebih baik, InsyaAllah.

Dah lama aku x tulis sajak. Slalunya kalo rasa jiwang,tertekan dan sewaktu dengannya, aku ada idea yang banyak. Agaknya ini petanda yang aku skang ni okey la kut secara emosinya (Agaknya la kan).

Petang tadi baru je mengedit klip kat royal bagi jadi satu video clip. Boh lagu BSB - Just Want You To Know. Best ar lagu tu. BTW, Westlife dah kuar album baru. Baru dengar gitu2 jer. Sbb kat umah jarang dengar radio.

Secara kesimpulannya, cuti aku kali ni cam cuti-cuti yang lepas. X baper ada aktiviti. Hujan, memula nak ajak kengkawan main bowling. Pastu malas ah.

No responses yet

Dec 16 2005

King Kong!!! Huargh!

Published by flexin-am under Film

This post contains spoiler. Beware!

So, aku pun gi tengok King Kong smalam. Petang naik bas kul 3 lebih ngan Maharuddin (Sc Com USM), Shahrill (Sc Bio USM) dan Efy (Sc Bio gak). Kononnya nak tgk kul 3.25, tp macam sempat jer. So pindahla ke pukul 5.40. Dengan konfidennya bgtau kat gadis penjual tiket, nak guna student card. Pastu dia cakap x bleh sbb fixed price. Eh? Kenapa? Sbb citer tu 3 jam lebih. Wah. Ni kalo tgk kul 5.40, camna ngan Mahgrib. Dekat kul 9 baru abih. Tukar malam je lah. So malam tu kitorang berempat gi skali lg ke Bukit Jambul ngan Dzul(juga Sci Bio). Naik keta dia. Tengok kul 10.15

Selepas abih, Shahrill bg 4 bintang. Maharuddin plak bagi 4.5 dari 5 bintang. Aku bagi 3 jer. Kenapa?

Citer dia ok. Kalo tanya aku, tahap okey jer. Memang full of action, high quality graphics, surreal effects etc. Satu jer yang aku bosan. Jalan citer yang panjang dan meleret-leret. Cam tgk Transporter 2 la. Full of action tapi lack of storyline.Kingkong_yg_x_baper_best

Sikit je citer dia.
1. Sorang pengarah ni nk buat filem, maka amik Naomi Watts(heroin) gi sbuah pulau terpencil. Smentara nak sampai pulau tu, dah makan masa dah
2. Sampai kat pulau tu, diorang di attacked orang asli.
Bila pikir balik, byk gak plot. Iaitu dalam bahagian ni, sorang kena bunuh, diorang serang balas, diorang balik ke kapal diorang, dan waktu nak bertolak, orang asli culik heroin. Tapi bagi aku agak bosan la, sbb citer dia cam meleret + ala
telenovela.
3. Heroin kena tangkap, jadi korban untuk King Kong
4. Hah slepas ni, King Kong dan heroin terpakse melawan penjahat2 (dalam citer ni dinosour, kelawar dsb). Dan kumpulan penyelamat pun melawan raksasa2 buas sepanjang perjalanan. Nak dijadikan citer. Akhirnya king kong berjaya ditangkap dan dibawa balik ke bandar.
5. Kat bandar, King Kong mengamuk. Ditembak, mati.

Rasanya aku cam dah x baper enjoy filem2 yang full-of-action nih, agaknya la.

Saranan : Tak tengok pun x per.

No responses yet

Dec 16 2005

Looking from the both sides of human

Published by flexin-am under My Philosophy

I have a lot of things to be transferred from my mind to this blog. But it might be better for me to start saying something that most important first rather than all those crap story.

Entah bila aku belajar istilah ‘stabback‘ nih. Rasanya waktu kecik dulu, isu ni taklah besar sangat. Seingat aku, kalau nak kutuk kawan-kawan pun, sebab dengki budak lain yang kedekut tak bagi pinjam permainan ke, atau isu-isu yang remeh. Itupun, kalo jadi camtu, esok lusa dah baik. Tak la berlarutan.
Lonely_souls_outer_banks

Aku mula sedar aku x disukai waktu aku Darjah 6. Kengkawan aku kutuk blakang-blakang.
Tapi diorang x sedar yang aku dengar sebab kebetulan aku duduk bawah meja cikgu (
bilik darjah ada carpet,meja tu ada skirting) sambil membaca buku apa ntah. Tapi itu citer lama. Dah x kisah pun.

Cuma, bila semakin besar, perkara ni semakin kompleks. In a way that you become a person that other people trust, it’s become harder when you listen to all kind of story from different person with different perspective, which by being a person to trust, it never deny that you will also in another person bad storyline.

Perasaan tak puas hati, dengki, meluat etc seolah-olah wujud dalam diri setiap manusia dan tidak dapat disembunyikan. Katakan si A bercerita fasal si B (citer yang bukan berbaur pujian, kaguman atau apa saja yang sewaktu dengannya), dalam masa yang sama si B juga bercerita fasal si A.

Ataupun dalam situasi melibatkan diri sendiri. Bila si C bercerita fasal aku kepada si D, dan si D memberitahu la pulak citer tu pada aku. Citer ni plak macam-macam jenisnya, ada yang benar (kira dengan tujuan memalukan atau mungkin sekadar untuk memberikan pengajaran kepada pendengarnya {Ye ke?}), ada juga yang palsu (kiranya dengan tujuan untuk memalukan atau mungkin sekadar menyembunyikan kelemahan diri pencerita atau kedua-duanya).

Persoalan timbul. Korang pernah ke berada dalam situasi berkenaan? Apa tindakan korang?

Dalam suatu keadaan yang biasa, perasaan marah, sakit hati, kecewa mungkin timbul. Tapi sebagai seorang insan yang x sempurna dan x akan sempurna, aku cuba untuk memberitahu diri aku untuk melihat perkara tersebut sebagai suatu bentuk luahan akibat reaksi yang aku sendiri timbulkan (Bagi kes C dan D tadi). It isn’t hard to admit that in every step we make, we made a mistake.

Dalam kes A dan B, sesetengah perkara membuatkan aku tidak dapat bertindak. Apatah lagi dalam keadaan aku mampu untuk merasionalkan kedua-dua belah pendapat dan tindakan.

Cuma satu yang aku selalu harapkan. Supaya pihak-pihak yang terlibat pun turut dapat melihat kewajaran tindakan aku

2 responses so far

Dec 08 2005

The Chronicles of Narnia - Aslan, Warlock and Pintu Ke Mana Saja

Published by flexin-am under Film

Last night I met Shahrill (Sc Bio Year 3, USM) in Khalil. He’s with Naz and the other 2 Bio students. He said, "Guess where we’re coming from?"

"Watching Narnia" I knew but I add,"But I already watch it last night, ha ha, and be among the 1st to watch in Malaysia"

Anna_popplewell1Aku p tengok Narnia 8hb, 12 tengah malam. Memang tayangan paling awal yang ada kat BJ.

Secara keseluruhan, kira okey la. Mungkin jugak aku kena agree yang tak banyak benda baru yang ditampilkan. Agak kurang kelainan. Tapi antara daya tarikan yang kuat ialah pelakonnya. Best plak tengok citer yang bebudak berlakon.

Tapi daripada 5 bintang, aku bagi 3 la. Ntah la. Kalau citer tu best, slalunya aku akan teringat2 slepas kuar dari tengok. Cthnya Just Like Heaven. tapi citer ni agak kurang kesannya. Walau bagaimanapun, aku still termimpi fasal Narnia malam lepas tengok tu.

Takleh nak komen panjang2 sbb skang kat CC. Abih duit aku nanti. Secara kesimpulannya, aku rasa Narnia best lagi la dari Harry Potter 4 (Ha ha, saja nak buat HP fans sakit ati)

:)

No responses yet

Dec 05 2005

I want to be a better man!

Published by flexin-am under Debat

"Being defeated is often a temporary condition. Giving up is what makes it permanent " (Marlene vos Savant)

Smalam, adalah balik dari debat yang paling x best. Sbb ramai yang dah dropped on the way to USM.
1)
Fuad (Team USM2) dah balik umah pak cik dia malam Ahad lagi
2)
Abang Tra gi Genting ngan UTM, Kak Mar dan Kak Khalidah(Master USM, Hakim) gi rumah keluarga masing-masing.
3)
Kamil (USM KK - pemerhati) balik ngan kawan dia dan Nurul (USM2 simpanan) tumpang bas UPM.
4)
Shiela (Team USM2), A ai (Team USM3) dan Ema (USM KK pemerhati) turun kat stesen komuter UKM, dengan Johnna (UIAM - runner kitorang waktu dbt LLM yang best - datang mlawat kitorang) dan kawan Johnna (Shima)
5)
Firdaus Bawadi (USM1 simpanan) turun kat Tapah
6)
Kimi (USM2) stop kat Perhentian Juru

Dan akhirnya tinggallah aku, Maharuddin (Sc Com USM, ikut memerhati,jd cameraman), Imah (USM3) dan Syikin (USM3) sampai kat USM dan kitorang la yang terpaksa mengangkut suma beg-beg maklumat yang banyak tu ke bilik debat. Aku plak yang bawak beg berlungguk-lungguk, terpaksa berulang hantar ke Tekun dulu.

Pastu 11.30mlm, kitorang berempat gi melepak kat Khalil, layan ais kacang, borak-borak kosong dan balik tido. Tgh hari td kitorang lunch skali. Dan aku baru tersedar yang aku tertinggal beg aku kat Indah Kembara. Nasib la takde sesapa yang nak amik.

Aku jalan ngan Maharuddin, tetiba nampak sorang chinese girl, kitorang terasa cam nampak A Ai. Imah plak tengah makan, nampak sorang budak, dia cakap macam Ema. Nampak sangat la kitorang dah start teringat kat kengkawan Kubang Kerian kitorang tu.

Best, memang best. Royal kali ni, bg aku mendekatkan aku dengan pendebat-pendebat USM yang lain. Bukan la sebelum ni tak rapat, tapi aku dapat kenal lebih dalam dalam kalangan mereka.

Bagi aku, kengkawan yang kita bleh letak kepala atas bahu mereka (lie your head on their shoulder) susah nak dapat. Dan aku nak hargai setiap detik dan ketika yang ada. Tu le sbb tetiba aku rasa bersemangat jer nak gi debat IKIM. Saja. Sekurang-kurangnya, lebih baik aku duk mendengar diorang berdebat dari tido kat umah. Maklumlah cuti kan.

One response so far

Dec 02 2005

Kalah Royal

Published by flexin-am under Debat

Royal kali ni kat UKM. Skang ni aku kat pc kiosk kat HEP UKM yang ada connection internet. Saja je tulis untuk meluahkan ketidakpuasan hati ini.

Kitorang dapat masuk suku dengan ranking no 4. Aku kali ni dalam USM 1, senior team. Secara overall, performance aku sgt average sbb ada time aku perform dan ada time aku x perform.

Tapi surela waktu liga, tu x menjadi pertikaian besar sbb bukan isu kalah mati. Petang tadi kitorang kalah lawan UTM waktu quarter dan aku baru je lepas balik dari tgk semi final antara UTM ngan UiTM. Tak sempat abih, aku kuar.

Kan ke bagus kalo aku yang duk kat krusi UTM tu. Tapi Syikin (junior aku - USM 3) made a point. Kenapa nak menyesali keadaan. Itu tanda tak bersyukur.

Mungkin gak aku terkilan (tengok dari sudut negatif dulu) sbb waktu quarter, aku x hampeh dan aku rasa cam team lawan lagi x perform. Aku nampak gak ada kewajaran untuk tidak memenangkan UTM waktu quarter. Maksudnya, kami layak menang la. So, kinda frust la.

Tapi sure la hati yang luka ni akan mencari 1000 sebab. Dan aku rasa suma orang (agaknya la kan) pun camtu. Takleh la nak salahkan aku. Ye lah, takkan lah lepas kalah nak happy kan?

So, kira aku abih debat ni, paling tinggi pun masuk quarter jer. Sama rekod dengan LLM.

Tapi kalo lihat dari sudut positif, debat ni dah ajar aku banyak benda. Ajar aku buat silap, ajar aku jadi lebih baik etc. Sedih gak bila fikir yang lepas ni aku dah x akan join debat lagi. bagi sesapa yang lost ketika baca ni, aku dah x leh masuk sbb dah grad tahun depan. Bebudak master xleh masuk dah.

Entahler, camna la nak fikir positif betul2 di saat2 tengah dalam kekecewaan ni. Tapi, Imah ajar aku satu benda, sejak kekalahan tahun lepas waktu junior. Imah (satu batch dbt ngan aku - USM3) cakap, kalo kita bleh menang sbg satu team, kalah pun sbg satu team jugak la.

Aku dah malas nak post mortem. Aku dah malas nak think critical macam yang aku buat ketika berdebat. Aku dah x mau bincang konsep kenapa team tu atau team ni kalah. Aku malas nak tgk final junior. Aku dah x perlu belajar dan mendalami debat sbb aku pun bukannya akan join debat lagi. Dah abih dah tournament. Tapi aku tahu aku x leh nak menipu diri aku yang aku masih mencintai debat dan dunianya……

No responses yet