Dec 21 2005

Debat IKIM

Published by flexin-am at 9:04 am under Debat

Stelah balik beberapa lama dari Debat IKIM, barula terasa nak tulis. Maklumlah, duk kat rumah ni bosan gak. Takde sapa nak dikongsi. Tapi bagus gak sbb kurang la mengumpat dan berbual perkara-perkara yang x berfaedah. Walau bagaimanapun, aku mintak maaf banyak2 la kepada korang sbb memenuhkan inbox korang dengan email2 yang bertajuk ‘ Flexin’ Am has updated her Friendster Blog ‘ Hehe.

So camner ngan pengembaraan aku kali ni? (Macam gi hiking la plak). Walopun 4 orang je masuk, tapi ramai gak yang mengikut gi Debat IKIM nih. Yang masuk - Firdaus, Kak Mariani, Kimi ngan Fuad. Yang mengikut aku, Imah, Abang Tra dan Syikin. Tapi sampai kat IKIM, Shiela, Abang Shah, Kak Dor dan Achik (ketiga-tiga yang akhir x-debater) turut join perbincangan kitorang.

Debat IKIM ni satu je yang surely best. Makanan dier. Waktu aku ikut waktu 1st time Dbt IKIM pun makanan dia sedap. So, walaupun aku dihinggap selsema akibat kitorang tidor dalam Kompleks Tennis yang ada aircond dan roommates aku pun x rasa nak tutup walopun sejuk, aku masih lagi terasa enjoy menikmati juadah yang dihidangkan. Slalunya kalo selsema, x lalu makan nasik. Layan McD jer.

Memula kitorang sbilik ngan UIA, UPM dan KUTKM (bilik 10 orang, yg mengikut ni kena share la). Tapi slepas bebudak UIA - Daud, Shamsul Qamar, Jefri ngan Syatir - decide untuk lepak kat Matrix UIA, so pengikut2 cam aku ni dapat la katil gak. Kira okey la. Tambahan plak bbudak UIA dah siap lapik ngan cadar katil tu, so kira senang banyak la kerja aku yang pemalas ni. Tapi x best gak. Sbb aku teringin gak nak lihat camna perbualan di antara bebudak UIA. Ahaks. Bukan apa, slama kat debat ni, kebiasaannya jarang bebenor kitorang (mrujuk bbudak USM) dapat bilik yang dekat ngan bbudak UIA. Bbudak debat len cam slamber jer. Bbudak dbt UIA cam serious skit. Ish ni tulis byk2 nih kena buat satu tajuk baru fasal bbudak UIA nih. Tak gitu Johnna? (just kidding)Kimi

[Sbelah kanan: Gambar Kimi tgh berdebat. Gambar2 len x capture lagi dr vid cam]


Okey, kembali fasal debat IKIM. At other point, aku mempersoalkan gak diri aku,
apsal la aku rajin sgt nak datang Debat IKIM nih? Sbb debat IKIM dah bleh sedia awal2. Kira preparation bukan dalam 30 minit sbelum berdebat. Maka feel adrenalin pumping up tu x baper ader la. Dah la aku x brapa pandai nak membantu. Kimi, Fuad ngan Firdaus skali bincang isi, skali kuar nas-nas dalil-dalil. Aku hanya mampu melihat, lidah tidak bisa untuk bersuara memandangkan betapa terasa kerdil diri ini di depan mereka apatah lagi di depan Yang Maha Esa. (Ayat dipelajari hasil debat IKIM, Alhamdulillah). Menjawab soalan yang diungukan, aku sendiri yg nak datang gak sbb dah final year. Nanti xleh dah enjoy2 camni.

Untuk Debat IKIM, laluan USM, mmula jumpa KUSTEM, UKM, KUTKM. Quarter kalah ngan UIAM. Lagi satu benda x best fasal Debat IKIM ialah tidak menggunakan sistem juri dan xder debat konsep. So, kira team yang menang hy perlu mantain isi, persembahan dan bahasa. Abaikan jer konsep. Lemparkan sebanyak2 isi yg bleh. Waktu kitorang lawan KUSTEM, aku rasa cam kalo dr segi konsep, cam USM kalah, tp agaknya sbb isi lebih kot, maka kitorang menang. Sebaliknya waktu UIA, kitorang cam kuat konsep, tapi hakim2 tu x faham la lawan konsep nih.

Taknak komen byk2 sgt fasal debat. Citer lanjutan - Kitorang supposely balik ari Khamis. Lepas tgk semi. Tapi disebabkan miscommunication ngan pak cik bas, kitorang balik ari Rabu. Lepas jer quarter. Btolak kul 3 dari KL, sampai Penang 3 pagi. Mak aih, cam dari JB la plak. Mana xnyer, dari Jalan Duta, Bas USM gi UiTM Shah Alam dulu amik bbudak USM yang join aktiviti keusahawanan apa ntah. Diorang abih aktiviti kul 6 lebih. Diorang balik bilik dulu dan ade ke patut, sorang pun x ajak kitorang gi lepak bilik tumpangan diorang. x USM sungguh. Kitorang berlapar smpi kul 9. Tido dlm bas. Sedar2 kat USM dah kul 3 pg.

Dan kitorang dapat tahu yg sbenarnya mmg pak cik tu perlu amik kitorang ari Khamis. Cam geram jer sbb kena balik awal dan menunggu tanpa tujuan kat UiTM. Aku baru je cadang nak kuar KL ngan Kak Mariani, dan diassist oleh Johnna(UIA). Dah cadang nak cari tempat2 yang ada sales. Tapi x kesampaian la. Xder rezeki la tu…




2 Responses to “Debat IKIM”

  1.   Ana'Ailanaon 27 Dec 2005 at 6:15 pm

    isk..isk…camtu ke citernye…sampai usm pkul 3pg?sian..xpela ade rezeki jumpe lagi lenkali.time tu kite merayap puas2 okeh
    p/s-mmg kene buat satu tajuk khas la psl usm-uia nih..hehe…

  2.   Hakimion 16 Jan 2006 at 8:49 pm

    hehe…Am yeke balik kul 3pg??sian…

Comments RSS

Leave a Reply