Dec 16 2005

King Kong!!! Huargh!

Published by flexin-am at 8:50 am under Film

This post contains spoiler. Beware!

So, aku pun gi tengok King Kong smalam. Petang naik bas kul 3 lebih ngan Maharuddin (Sc Com USM), Shahrill (Sc Bio USM) dan Efy (Sc Bio gak). Kononnya nak tgk kul 3.25, tp macam sempat jer. So pindahla ke pukul 5.40. Dengan konfidennya bgtau kat gadis penjual tiket, nak guna student card. Pastu dia cakap x bleh sbb fixed price. Eh? Kenapa? Sbb citer tu 3 jam lebih. Wah. Ni kalo tgk kul 5.40, camna ngan Mahgrib. Dekat kul 9 baru abih. Tukar malam je lah. So malam tu kitorang berempat gi skali lg ke Bukit Jambul ngan Dzul(juga Sci Bio). Naik keta dia. Tengok kul 10.15

Selepas abih, Shahrill bg 4 bintang. Maharuddin plak bagi 4.5 dari 5 bintang. Aku bagi 3 jer. Kenapa?

Citer dia ok. Kalo tanya aku, tahap okey jer. Memang full of action, high quality graphics, surreal effects etc. Satu jer yang aku bosan. Jalan citer yang panjang dan meleret-leret. Cam tgk Transporter 2 la. Full of action tapi lack of storyline.Kingkong_yg_x_baper_best

Sikit je citer dia.
1. Sorang pengarah ni nk buat filem, maka amik Naomi Watts(heroin) gi sbuah pulau terpencil. Smentara nak sampai pulau tu, dah makan masa dah
2. Sampai kat pulau tu, diorang di attacked orang asli.
Bila pikir balik, byk gak plot. Iaitu dalam bahagian ni, sorang kena bunuh, diorang serang balas, diorang balik ke kapal diorang, dan waktu nak bertolak, orang asli culik heroin. Tapi bagi aku agak bosan la, sbb citer dia cam meleret + ala
telenovela.
3. Heroin kena tangkap, jadi korban untuk King Kong
4. Hah slepas ni, King Kong dan heroin terpakse melawan penjahat2 (dalam citer ni dinosour, kelawar dsb). Dan kumpulan penyelamat pun melawan raksasa2 buas sepanjang perjalanan. Nak dijadikan citer. Akhirnya king kong berjaya ditangkap dan dibawa balik ke bandar.
5. Kat bandar, King Kong mengamuk. Ditembak, mati.

Rasanya aku cam dah x baper enjoy filem2 yang full-of-action nih, agaknya la.

Saranan : Tak tengok pun x per.




Comments RSS

Leave a Reply