Dec 18 2005

Nothing to be done

Published by flexin-am at 6:05 am under All About Me

Sementara menunggu nak tengok Smallville kul 10, aku sempat gak menulis blog ni. Biasa la, cuti kali ni rasa lapang. Cam xder apa nak buat walaupun byk gak benda yang patut buat. Video IKIM, Royal Final x abis transfer lagi. The Mole aku yang 2nd season pun x abih lagi sedangkan dah plan ni nak buat bukak sem ni. Ntah la.

Kat umah aku, kak aku ngan famili dia ada skali. Bila diorang ada, akan kedengaran lah jeritan2 aku sbb marah kat anak-anak dia. Buas sgt. Yang kecik tu dah takut skit kat aku. Kira ok la. Senang nak suruh dia stop buat benda2 yang pelik2 cam panjat sofa, angkat besi yang kitorang buat sendal pintu, panjat sana sini dsb.Friendster2

Skang ni plak asyik hujan je. Mandi pun skali shari. Nak jerang air rasa malas lak. Cam smalam, sharian aku x mandi. Bangun pagi dah lewat. Pastu rasa sejuk plak. Nasib baik tiada keadaan2 yang memaksa aku mandi, so kira okey la. Ala, orang kat oversea tengah winter, x mandi gak kan. (Sure ada yang kutuk aku waktu baca ni. Heh)

Sepatutnya cuti ni aku perlu meninjau-ninjau peluang untuk sambung Master (InsyaAllah) melalui internet. Dan juga membaca sikit sebanyak fasal CAGD untuk aku punya final year projek. Nak masuk lagi seminggu nih.

Result dah kuar. Aku tengok versi spoiler kat healthycampus.usm.my Kira x official lagi. Tapi spanjang pengalaman aku 3 tahun, apa yang kuar situ, itula pointernya. Alhamdulillah, kali ni aku ada peningkatan (sejak jatuh gradually sejak 1st year) dan dapat kembali ke dalam carta. Harap-harap semester akhir akan menjanjikan yang lebih baik, InsyaAllah.

Dah lama aku x tulis sajak. Slalunya kalo rasa jiwang,tertekan dan sewaktu dengannya, aku ada idea yang banyak. Agaknya ini petanda yang aku skang ni okey la kut secara emosinya (Agaknya la kan).

Petang tadi baru je mengedit klip kat royal bagi jadi satu video clip. Boh lagu BSB - Just Want You To Know. Best ar lagu tu. BTW, Westlife dah kuar album baru. Baru dengar gitu2 jer. Sbb kat umah jarang dengar radio.

Secara kesimpulannya, cuti aku kali ni cam cuti-cuti yang lepas. X baper ada aktiviti. Hujan, memula nak ajak kengkawan main bowling. Pastu malas ah.




Comments RSS

Leave a Reply