Jan 07 2006
Hidup sbg suatu drama
Aku duk tulis gak diari. Dan kengkadang bila baca balik, aku akan gelak besar sbb apa yang aku fikir waktu aku tulis tu nampak sangatla x matang, ataupun perasaan yang aku gambarkan dalam diari tu, sangatla emosional.
Tu lah sbbnya ramai gak reality-tv yang bercambah akibat tanpa skrip pun, drama akan sedia wujud dalam kehidupan masing-masing.
____________________________________________________________________________
Menyingkap kembali tahun-tahun aku di USM (sempena beberapa bulan lagi akan tamat la aku dalam dunia undergrad, InsyaAllah), rasanya kalo aku tulis satu novel, cam best gak. Citer best citer x best smua ada. Tapi, nanti x pasal2 jer akan jadi isu plak sbb ada mana-mana pihak yang aku tulis sbg watak antagonis. Yela kan, antagonis tu sbb dari perspektif aku. Mungkin sbenarnya aku yang antagonis dalam dunia sbenar.
So skang aku nak listkan beberapa saat-saat manis kat USM yang aku hargai (ada lagi kot yg x tulis, tp bukannya maksud aku x hargai, cuma terlupa jer). Susunan tidaklah mengikut ranking keutamaan - just tulis sesedap ati jer.
1. Makan pizza - kalo kat umah, mana la nak kuar makan pizza sesenang ati jer. Nak cari geng pon susah. So, kuar layan pizza ngan kengkawan la time yang best. Gi 4 orang, order set untuk 6 orang. Bayar la sorang dekat RM15. Tapi puas la.
2. Gi Jepun - Tak perlu la nak gambarkan camna aku appreciate sgt time tu. Dan kat sana la aku
menyedari yang banyaknya peluang yang ada dalam dunia ni. Not to mention how I kinda suprise to get lot of friends (really close friends) in 10 days. Right Nawal?
3. Debat LLM - Maybe sbb ni je debat yang aku masuk slain Debat Royal. Tak aci la kira yang jadi simpanan ye tak? Dan debat ni aku dapat pilih team aku. Merenjong ramai2. Main bowling. Happy dan tension sama-sama. Reaksi umpama ‘masuk final’ waktu diumumkan masuk quarter.
4. Jalan-jalan memikirkan masa depan ngan Mahadi - waktu awal-awal 1st year dulu la, aku slalu duk lepak ngan Mahadi, jalan-jalan pusing harapan, sambil bersembang-sembang pelbagai isu. Duk lepak-lepak kat pulau kat tasik harapan.
5. Main The Mole - Buat 1st season dan 3rd season The Mole. Tengok sorang-sorang tersingkir. Bukan la maksud best tengok orang tersingkir. Tapi camna aku trasa cam x best bla sesetengah pemain tersingkir. Tak perlu la state sapa kan. ha ha
6. Layan midnight - Tengok HP - GOF, Resident Evil 2, LOTR, Spiderman II. Suma tu tgk waktu mlm.
7. Lepak kat Khalil ngan debater
8. Masuk Final DPNC. Yang best bukannya bila masuk. Perjalanan nak masuk tu yang best. Camna ngan bbudak Tekun buat prep. Pastu stiap kali sbelom pertandingan, kitorang nyanyi lagu AF (Perlu
ke?).
____________________________________________________________________________
Ada lagi la. Tapi sbb x baper ingat dah yang berlaku waktu 1st year ngan 2nd so, ada kot yang penting yang aku terlupa. Tapi drama yang mnampilkan smua saat-saat indah tak akan ditonton. Apa yang menariknya if I show the heaven side of the world saja ye tak? Saat-saat yang x best kat USM lagi byk :
1. Konflik dengan ramai orang. Xnak ar state satu-satu walaupun mampu. Tapi kewujudan konflik akibat sikap aku yang x sayang mulut, salah faham, terlalu mementingkan diri sendiri dan so on adalah kegagalan utama aku kat universiti. Entah dah brapa ramai aku sakitkan ati orang pun aku x tau.
2. Terlalu naive (ye ker?) - Dalam sesetengah keadaan, tindakan aku sangat baik sehingga adakalanya aku diperbodohkan. Keadaan apabila walaupun bukan aku yang buat salah, aku biasanya menerima jer, sehingga tiada lagi hormat wujud.
3. Terlalu mempercayai - Kengkadang aku rasa bodoh gak sbb aku mudah sangat mempercayai orang lain. Takyah la orang tu blanja aku pizza ker, main bowling ker, asal mnunjukkan minat pada apa yang aku katakan, aku xde masalah untuk meluahkan masalah-masalah aku pada orang tersebut. Jadi akhirnya it bite me back bla rupa-rupanya kepercayaan yang aku bagi tu ada udang di sbalik batu. Aku mempersoalkan gak, agaknya perkara-perkara yang memalukan diri aku, yang pernah aku citer kat orang yang aku percaya, akan brought on the air tak on the future? Tak perlu jauh-jauh, tak jadi artis pun, aku dapat dengar gosip tentang diri aku. Maknanya kalo suatu ari nanti ada orang akan blackmail aku, bukan suatu perkara yang mengejutkan la kot.
Ada lagi benda-benda yang aku bleh state camtu jer. Tapi dah tulis panjang-panjang ni, rasa x best la plak nak memanjangkan benda-benda buruk nih. So, aku stop kat sini jer.
____________________________________________________________________________
Dalam masa yang akan aku lalui berikutnya, aku berdoa agar masa aku dapat dihabiskan dengan lebih faedah, mencoretkan lebih banyak kenangan manis, berbanding menyakiti lebih banyak hati, melakar kisah indah, berbanding terbenam di laut mati, berkurang fikiran mencapah beserta bertambah kekuatan diri. Semua aku panjatkan kepada Illahi….