Jan 26 2006

Minggu Dibelanja!

Published by flexin-am at 6:33 am under All About Me

Rasanya memang biasa la kalo kita dengar Minggu Bahasa, Bulan Membaca, Hari Kanak-kanak. Skang ni, aku nak mengisytiharkan Minggu ke-4 bulan Januari sebagai

Minggu Dibelanja!

Sementara JPA tak masuk lagi, dan aku menerima tekanan hebat akibat jeles tengok bebudak PTPTN beberlanja sakan membeli aksesori komputer, dan aku teringin sgt nak beli baju baru (walopun dah berlungguk baju kat dalam almari), aku telah berjaya menjadikan minggu ni sbgai minggu utk orang membelanja aku.

Isnin - Shila blanja kat Sany Cafe, lepas aku ngan Taufik gi amik dia kat hospital

Selasa - Dani blanja kat Kafe Bakti Permai

Rabu - Shikin Math blanja Pizza

Khamis - Hari diblanja mingguan sbb kak aku datang kuliah master dia ari ni

Hasilnya, aku telah berjaya menjimatkan perbelanjaan makan aku untuk minggu ini. Aku harap tahun depan, aku berjaya lagi buat benda yang sama. Ahaks.




Comments RSS

Leave a Reply