Jan 17 2006

Superman (It’s not easy to be me)

Published by flexin-am at 12:16 am under All About Me

Salah sebuah lagu yang kalo dengar mesti teringat KMPP ialah Superman dari Five From Fighting. Walau bagaimanapun, bukan ler nak citer fasal lagu ni ataupun band tersebut.

Sejak tengok citer The New Adventures of Superman pada 1996 dulu (rujuk gambar sebelah, kan ke nampak gambar tu macam dari kurun lepas kan…) Superman, aku mempersoalkan gak macam mana la orang bleh x perasan penyamaran superman bila dia tanggalkan cermin mata. Bukannya berbeza banyak sangat.

Rasanya mungkin aku lebih cerdik waktu dulu bila skang ni, aku dah fikir sebaliknya. Ha, ni la citer yang nak bagitau sebenarnya setelah intro yang panjang td.

2nd event pagi ni bila aku gi USM International Office saje nak jumpa Pn Soraya. Aku tegur la Mr Chandra tanya fasal printer sbb ari tu aku cuba tolong install driver printer (tp x bjaya sbb cd driver xder). Bleh jer dia tengok aku cam x kenal. Yela mungkin la sbb baru jumpa skali. What I should I expect kan. Tetiba lepas beberapa saat dia tegur, eh, ‘you yang hari tu kan, x pakai spek plak ari ni’, begitula lebih kurang ayatnya. Aku terfikir, beza banyak sgt ke aku pakai spek ngan x. Tapi sekurang-kurangnya ada orang x prasan, kira bleh guna trick Superman gak ler yek.

1st case ari tu, bila aku masuk school math, pakai spek, pun selepas beberapa lama di kaunter barulah akak kaunter tu tegur. ‘Oh, Lutfi ke ni? Ari tu x pakai spek’.

Kesimpulan citer ini adalah, masih ada unsur-unsur logik la citer Superman tuh. Walaupun banyak lagi pertikaian yang bleh timbul cam takkan la skali skala x tanggalkan cermin mata bila kabur untuk cuci dan x ke masa tu org nampak muka sbenar, dan trick tu bleh guna kat orang yang jarang-jarang nampak kita, etc, tapi kira bleh pakai la trick tu. Believe it or not? 




One Response to “Superman (It’s not easy to be me)”

  1.   sHiKiN naaon 19 Jan 2006 at 7:17 am

    Not here 2 comment anythg…
    but 2 agree wif u…

    Well, it’s ok if they don’t recognise u…

    Worse, if u take out ur spec, people say this “iyeee…muka hang pelik la tanggal spec!” ^_^ what would u feel?hmm…perli or puji?

    oweys happen 2 me…
    pengajaran?oweyz selang seli pakai & xpakai spec…<—nasihat dr yg berpengalaman…

    komen ni xde kena mengena dgn superman…hehe…

Comments RSS

Leave a Reply