Feb 06 2006
All around me.
Cuti baru ni aku x balik umah. So ada la aktiviti yang dibuat bersama kengkawan. Dan tetiba terasa cam nak tulis fasal kengkawan plak kali ni. Walaupun korang mungkin x kenal, baca je la. Bukan byk sgt pun citer fasal diorang.
1. Smalam gi makan pizza. Sempena ari ni birthday Maharuddin dan memang geng pizza aku x kuar lagi semenjak dapat PTPTN ari tu. Sbb JPA aku masuk lambat, diorang tpaksa tunggu. Solehin disingkirkan secara x sengaja sbb dia tpaksa balik umah jaga adik. Sori ek. Kira best gak la gi makan ramai2. 8 orang - aku, Mahadi (Fizik), Shahrill (Bio), Dzul (Bio), Najhan (Fizik), Maharuddin (Sc Com), Ayeen (Sc Com), dan Syafiq (Bio)
2. Semalam dulu aku kuar ngan Shila. Memula ajak Kimi. Antar mesej kat Abang Tra skali (tapi ari ni baru tau yg handphone dia ilang - nasib baik campus zone 1 sen jer). Tapi disbbkan Abang Tra x datang (sbb x dapat mesej la) dan Kimi balik awal, sbb dia dah datang awal, aku melepak ngan Shila jer. Apa la. Kalo tau 2 orang jer baik kensel. Aku lak cam malu betul bila jalan ngan dia. Abih la, kalo awek2 USM tengok, mesti dah cop aku x single. Mana best…
3. Ada makhluk mana ntah tadi datang bilik aku kot lerah kul 9 pagi. Roommate aku cakap, dia datang pakai tuala. Dah pakai tuala, sure la bebudak Desa Harapan gak. Takkan la jauh dari Saujana nak datang pakai tuala je, ye tak? Pada fikiran aku, kalau bebudak yg x slalu dtg (sbb roommate aku x kenal sapa), patutnya Abang Tra atau Fuad jer, walopun diorang x pernah la datang bilik aku pakai tuala. Aku tanya roommate aku, berjambang x? Dia cakap x. So aku rasa bukan Abang Tra la. Fuad la kot. Aku tunjuk gambar Fuad dari album Debat Royal aku. Dia kata macam Fuad. Aku mesej Fuad, Fuad kata bukan dia. Sapa lagi yek. Aku suruh describe muka, dia describe badan. Dia cakap badan besar, fit. Apsal la x hafal muka? Pastu roommate aku petang tadi, aku dah sampai skool, dia antar mesej suruh balik bilik sbb tertinggal kunci bilik dalam bilik. Patah la aku balik ke Harapan.
So ari aku diteruskan seperti biasa ………