Feb 16 2006
Cliché - Wei, tengah buat apa tu?
Dah lama dah aku tak jumpa orang camni. Tapi saja la nak tulis. Perasan x kita kadang-kadang berhadapan dengan situasi camni.
B : (Membaca buku)
A : Wei, buat apa tu?
B : Basuh baju…. (sarkastik la konon)
Bagi aku, jawapan yang diberi tu tak patut la. Memanglah nampaknya macam soalan tu x peka dengan keadaan sekeliling. Tapi kita kena faham keadaan setempat gak. Dan ayat soalan tu sbenarnya cara utk berbahasa.
Kalo kita banding dgn budaya barat, kebiasaannya diorang akan tanya ‘How do you do’ setiap kali berjumpa. Kat Jepun pulak, diorang akan bercakap fasal cuaca kalo berjumpa. Kat Malaysia, salah satu kebiasaan (cliche) ialah tanya apa yg orang tu nak buat (selepas kebiasaannya memberi salam, atau mungkin juga x)
Sebenarnya balasan (mcm orang tu buat salah plak, ye x) untuk orang yang bagi jawapan bodoh macam tu ialah setiap kali kita jumpa dia bagi sapaan berikut
‘Weh, apa pendapat ko fasal rombakan kabinet hari tu’
‘Weh, macam mana kadar tukaran asing RM ke Dollar?’
‘Eh, ko bersih tak dari penyakit berbahaya?’
Sebenarnya, gaya sapaan memberi soalan, sedangkan tahu apa yg dilakukan oleh penjawab soalan juga mencerminkan
1) Pemula bicara - kira cam heat up session la. Lepas tu baru la sembang berat2.
2) Nak tahu busy ke x?
3) Atau mungkin juga melambangkan hubungan penyoal dan disoal tidaklah begitu rapat,kamceng,geng (dan sewaktu dengannya) sbb kalo rapat, kita akan terus ke main point sperti:-
‘Weh, dah download dah Survivor Panama episod 3?’
‘Makan x lagi?’ etc.
Selamat mencuba (ceh, macam rancangan masakan la plak) <— penutup yg x sesuai
hi am nak tanya nak download survivor panama camner?geram betul ntv7 tak tayang!!dah dok kl ni tak bleh nak tgk..aritu firts episode tgk kat spore..any info mail me le_an2001@yahoo.com…tq
le’an UTM