Feb 16 2006

Mentatiliti, perspektif, whatever…

Published by flexin-am at 2:21 am under My Philosophy

[Oleh kerana kandungan blog kali ni agak bukan-citer-fasal-diri-sendiri-dan-suatu-isu, jadi aku guna ayat formal skit la.]

Seperti biasa, laungan kebebasan bersuara dan hak, kesamarataan antara lelaki dan wanita; merupakan antara isu yang dibangkitkan pada era milenium ini. Mungkin juga saya sendiri menggunakan medium blog ini untuk menyampaikan sesuatu, sesuai dengan kebebasan saya untuk bersuara. Dengan percambahan teknologi dan evolusi internet yang begitu pantas, ledakan idea baru oleh insan-insan biasa sudah mula didengar oleh pelayar-pelayar internet.

Namun hari ini, saya bukanlah ingin berbicara tentang teknologi mahupun kebebasan bersuara itu sendiri. Saya ingin bercakap tentang mentaliti. Gaya fikir.

Kebiasaannya kita selalu mendengar tentang penggunaan istilah ‘open-minded’. Dan kebiasaannya jugalah istilah itu tidak dirujuk kepada keadaan katak di bawah tempurung. Selalunya, apabila seseorang tidak mahu menerima idea kita, yang mungkin janggal pada pemikiran mereka, maka orang itulah yang kita labelkan tidak open-minded. Dan istilah ini jugalah yang sebenarnya mengikis jati diri dan akhlak masyarakat.

Rearviewmirror

Perkembangan cara hidup masyarakat kini dipengaruhi oleh media. Seingat saya dahulu, ketika waktu kecil, menonton 3 Abdul pun sudah membuatkan saya (pada ketika itu) berasa malu (Rujuk pada pakaian pelakon wanita). Rancangan lain apatah lagi. Kakak saya pernah mempercepatkan suatu babak dalam Sound of Music, kerana terdapat aksi ciuman. Tetapi sekarang bagaimana? Lihatlah bagaimana anak-anak kecil sudah seperti tiada peduli menonton rancangan-rancangan yang mendedahkan tubuh. Kalau ada orang katakan salah, balasannya mudah - tidak open minded. Sampai timbul pula isu - jangan salahkan wanita berpakaian seksi dalam kes rogol. Saya akan jawab isu ini kemudian.

Mentaliti masyarakat semakin dibentuk untuk melupakan budaya dan agama. Dahulu, jika seorang anak dara keluar lewat, maka satu kampung akan menyindir. Sekarang tidak lagi. Dan dalam hal ini, pembentukan mentalitilah yang menjadi sebab. Masyarakat bergerak mengikut komuniti. Akibat mentaliti orang kampung (dalam contoh tadi) mengatakan yang keluar lewat itu salah, maka satu undang-undang tidak formal terbentuk - keluar lewat itu salah. Contoh lain seperti budaya yang diamalkan. Majlis perkahwinan perlu ada kenduri besar-besar, hantaran dan sebagainya. Sehinggakan di Malaysia, sudah menjadi tabiat orang mengeluarkan belanja yang banyak untuk itu semua. Contoh di negara Jepun, makan mi dalam mangkuk serta mengeluarkan bunyi menandakan terima kasih dan bersyukur. Di Malaysia, anda bakal dipandang dengan muka yang pelik jika berbuat demikian. Dalam kes ini, siapa salah dan siapa betul? Mentaliti masyarakat di tempat itulah yang menentukan.


Dan kebanyakan orang hidup berpandukan mentaliti setempat. Apa kaitannya? Media memaparkan budaya barat sehingga mentaliti masyarakat Malaysia menjadi sedemikian rupa, dan orang Malaysia sudah mula hidup dengan mentaliti seperti masyarakat barat. Isu sensitif dibangkitkan? Itu kebebasan bersuara. Perkara yang di luar kebiasaan dilakukan (yang bercanggah dengan budaya dan agama), kebanyakan orang sudah semakin diam. Mengapa? Kerana mentalitinya mengajar bahawa perkara tersebut adalah perkara biasa.

Isu wanita dirogol - tak patut salahkan perempuan seksi; Perempuan bertudung bukan baik sangat. Saya bersetuju dengan kenyataan ini, jika dilihat dari aspek susunan ayatnya. Betullah, dalam apa jua keadaan, lelaki itulah yang menjadi pesalah kerana merogol; dan memanglah perempuan bertudung pun tidak semestinya baik. Tetapi apabila ayat tadi disebutkan, seringkali ayat tersebut mempunyai kesimpulan terselindung iaitu - Maka, tak kisahlah kalau tidak pakai tudung - dan mentaliti inilah yang seterusnya tertanam dalam masyarakat. Isu dalam perenggan diambil sebagai contoh, tanpa menafikan banyak lagi isu lain.

Mengapa isu ini dibangkitkan oleh saya? Saya sendiri mengakui bahawa setelah berada dalam era-20an (usia), mentaliti saya sendiri sudah mula berubah. Adakalanya menjadi lebih baik, tetapi tidak terlepas dari mula menerima yang negatif. Maka kadangkala, mungkin ada baiknya, jika saya mengabaikan mentaliti orang sedang kita tahu perkara yang kita lakukan tidak bercanggah (kiranya sekurang-kurangnya harus). Jika tidak, saya akan terus terperangkap di dalam perspektif orang lain…




One Response to “Mentatiliti, perspektif, whatever…”

  1.   sHiKiN naaon 16 Feb 2006 at 8:45 am

    Mentaliti generasi sebelum kita, kita dan selepas kita.

    Kalau dulu, pergaulan lelaki dan perempuan bukan muhrim disekat. Sekarang, kalau tiada teman lelaki/perempuan dianggap individu itu tidak pandai bersosial. Masa depan, pergaulan bebas jadi “trend” (sekarang pun dah menular).
    Mentaliti anak2 & ibu bapa berubah. Kalau ibu bapa larang dikatakan “ala, x sporting la ayah/mak ni”.

    Tapi perubahan mentaliti sejajar dengan arus zaman.

    Kalau dulu, tanggungjawab dibahagi mengikut jantina. Contohnya, kerja rumah adalah tangungjwab wanita, cari nafkah, kewajipan lelaki.

    Sekarang, apa yang lelaki boleh buat, wanita pun boleh. Tanggungjawab dibahagi sama rata. Kalau wanita bekerja, si suami membantu apa yang terdaya di rumah.

    Jika ini diamalkan pada zaman datok atau opah kita, si isteri dianggap tidak pandai melakukan kerja rumah atau “Queen Control”.

    Ini pun dipanggil mentalitikan?

    Yang baik, kita amalkan.
    Yang dilarang, jangan sekali-kali.

    Cuba fikirkan, mentaliti apa yang “evergreen”?

    Mentaliti yang berprinsipkan Islam..
    Sebab “ISLAM IS THE WAY OF LIFE”

Comments RSS

Leave a Reply