Feb 12 2006
Slurp, guk guk, aaah ….
Baru je bangun sarapan. Walopun lepas abih sarapan, jam menunjukkan kul 12, tapi aku consider sbg sarapan gak le. Tengah2 minum, tetiba je mak aku gelak. Rupa-rupanya, gaya aku minum dengan ayah aku minum mempunyai ritma yg sama - slurp; minum - guk guk;telan - aah;bunyi yg kuar sbb minum air panas. 2-3 kali gak kitorang buat dan aku tersedar lepas tu. Maybe concentrate sgt kot minum air.
American Idol
So, American Idol dah sampai stage hollywood. Aku lebih suka bila tengok part ni dari part audition. Sbb kebanyakannya dah bleh menyanyi. Part audition, producer asyik memperbodoh peserta2 je, sikit jer tunjuk yg bleh menyanyi. Tapi episod smalam kat 8tv mengecewakan.
1- kecewa dari rancangan tu sendiri. Byk yg bagus dan ada personaliti tersingkir. Bukan la nak cakap aku bagus lagi untuk judge, tp beberapa peserta favourite aku terkeluar la. Skang ni rooting for girl yg nyanyi lagu Kelluy Clarkson ‘Since You’ve been Gone’ waktu audition dia tu.
2 - kecewa dari 8TV. Sangkut-sangkut jer. Macam tengok online tapi bandwith tak cukup la plak.
Reality TV
Skang ni byk season baru reality tv nak mula. Survivor dah 2 episod, still x ditayang di Malaysia. Amazing Race 9 mula 28 hb ni. Apprentice baru (lepas season skang yg ditunjuk kat TV3) pun mula akhir bulan ni. Kerja2 mendownload aku kat school math pun akan diteruskan la nampaknya. Malang betul ari tu aku kehilangan thumb-drive aku. 512MB ok? Hilang sbb aku careless. Abih main pc kat school math, terus blah, lupa nak cabut. Maka hilanglah harta RM150 aku. Buat camner, xder rezeki, ye x?
Foreigner
Disebabkan sem ni agak free dari dbt - sbb xder tournament dan latihan pun jarang, aku suruh la Kak Soraya (Pejabat Antarabangsa USM) bgtau aku kalo ader apa2 aktiviti, bleh aku join. Walopun sebenarnya byk gak Persatuan yg bleh join utk abihkan masa lapang, tapi aku malas sbb kebanyakkanya kalo join, buat projek. Aku bukan nak buat projek, aku x minat suma protokol2 yg kena buat sbelum projek tu bjaya. Kalo aktiviti Pejabat Antarabangsa, diorang dah uruskan.
Jumaat lepas, ada interaksi ngan bebudak dari Taiwan kat pulau kat tasik Harapan. Main permainan tradisional. Aku mengajar diorang main congkak. Tetiba diorang tanya, apa maksud ‘congkak’? Err, sepanjang aku hidup, x penah la aku pertikaikan macammana congkak dapat nama dia, sama la dengan perkataan lain cam ‘nasi’, ‘bubur’, ‘pizza’, etc.
Lepas cuti ni, ada budak UK, Daniel nak blaja Spoken BM ngan aku. Wah, cam bagus sgt je aku ni nak ajar orang. Kak Soraya introduce. Aku fikir, apa salahnya mencuba ye x? Bleh gak improve English aku.