Archive for March, 2006

Mar 31 2006

Dari Desa ke Desa

Published by flexin-am under All About Me

Sepanjang aku belajar kat luar (slepas SPM), aku dah berpindah dari satu bilik ke bilik lain. Memula di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP)> Kebetulan KMPP juga menggunakan terminologi ‘desa’ untuk panggilan kepada kolej kediaman seperti mana USM menggunakan panggilan Desasiswa. Tulah sebabnya aku tulis tajuk blog kali ni ‘dari desa ke desa’

KMPP - Desa Ilmuwan. Satu-satunya desa untuk bebudak laki. Tapi, dalam blok C1, pun, aku dah pindah ke 4 bilik yang berbeza dalam 2 semester.

Memula bilik C1-4-8, aras 4. Duduk dalam 2-3 hari je sebab nak jadi citernya, bilik 4 orang tu - aku sorang je penghuninya. Agaknya roommate aku yg sepatutnya ada kat situ fly kot, ataupun maleh nak datang matrix. Jadi aku di’dissolve’ kan ngan bilik C1-4-7. Bilik Ashraf,Kulim dan Aman. Simply says that aku x serasi ngan diorang jadi aku pindah la ke bawah C1-2-15. Bilik Fariz,Spider ngan Ali. Yang ni duk lama la. Cuma 2 minggu terpaksa berpindah ke C1-2-6, bilik Ramli, Safwan dan Ejol, sbb bilik bawah nak renovate bubuh siling.

Mungkin gak disebabkan aku seronok hidup kat KMPP. Maka aku slalu membuat perbandingan desa-desa di USM ngan Desa Ilmuwan KMPP.

1st year di USM, aku stay kat Aman Damai. Desa yang biliknya lebih kecil dari KMPP. 2 orang satu bilik. Aku tak berapa seronok sebab desa ni agak sunyi. Waktu tu tak dapat nak adapt keadaan universiti. Disebabkan jadual kuliah yang tak sama, waktu bangun dan tidur yang juga tak sama, memang susah nak bertembung dengan orang lain yang tak sejadual dengan aku.

1st year, 2nd sem, aku pindah Tekun. Aku pun x baper pasti sbb aku pindah ke Tekun. Mungkin sbb aku nak stay sebilik ngan Mahadi. Mungkin sbb aku nak buat team sendiri untuk DPNC. Tapi yang pastinya aku perlu satu perubahan. 3 semester di Tekun sebenarnya takla teruk. Bilik kat Tekun lebih luas. Dan disebabkan aku tinggal kat Tekun la, parent aku bagi bawak motor memandangkan Tekun sangat jauh dari Dewan Kuliah (ketika tu, Desa Saujana dan Restu masih belum bukak). Tekun mempunyai kadar privacy yang sangat tinggi. Mana taknya, 4 bilik - 2 bilik air dan 2 toilet. Kalo sakit perut, tak perlu risau sebab toilet sebelah bilik je. Tak yah lari2 cam kat KMPP.

Tapi aku mintak gak pindah balik ke dalam (Desa lama) sbb memandangkan yuran Tekun yang lebih mahal dari Desa lama. Pindah dalam, conform bleh jimat dekat-dekat RM200.

So, terpindahla aku kat Harapan, dengan niat dekat ngan school dan senang nak gi surf internet kat lab. Satu jer yang tak best kat Harapan - bilik panas. Bilik aku menghadap ke arah matahari terbenam. So bila kul 1 ke atas, memang panas. For sure x seronok untuk tidur petang. Kalo tido petang, conform bila bangun rasa cam dehydrated je. Mana best..

Dalam masa 2-3 minggu, akan abihla lagi satu pusingan perantauan dari Desa ke desa. Dah abih skali kat KMPP. Dan kengkadang aku macam teringin nak rasa balik - bangun pada hari sabtu di KMPP, roommate aku suma kuar atau Ali tengah study, gi mandi dengan perut kosong. Pakai baju dan turun cari makanan di kafe, singgah sekejap di bilik tv layan apa-apa kartun yang ada…. Miss that moment very much!

F1galanight (Dinner Kuliah F1. Korang bleh cari x aku yg mana satu?)

No responses yet

Mar 31 2006

Jawapan Balas - Debat DPNC ada team varsiti

Published by flexin-am under Debat

Sebenarnya isu ni taklah besar sangat. Tapi ada gak beberapa orang yang tanya, apsal team varsiti still nak masuk debat peringkat universiti antara desasiwa.

So bagi menjawab soalan ni, aku nak cakap la camna jawapan ni adalah base of perception. Setiap orang ada persepsi berbeza so mungkin x stuju ngan jawapan aku

Sejak dari 1st year lagi, memang team varsiti akan join. Memula ari tu, aku cam rasa malas gak nak join. Rasa macam lebih baik biarkan pada bebudak baru untuk masuk memandangkan Fajar Harapan dah ada byk team varsiti - Abang Tra, Fuad dan Firdaus.

Tapi aku teringat lak dengan komen Kak Khalidah waktu Royal ari tu. Kak Khalidah cakap yang kewajaran team varsiti untuk masuk ialah supaya pertandingan debat lebih menarik, dan dengan cara tu, baru la dapat tarik mahasiswa USM untuk berminat ngan debat. Bleh cakap gak la. Kalo team varsiti x dibenarkan masuk, pertandingan debat MUNGKIN akan kurang menarik.

Rasanya yang ramai orang ingat team kitorang akan menang sbb ada team varsiti. Mana ada macam tu.

Format DPNC sendiri pun dah berbeza. Tajuk dah dapat 2 minggu awal. Tiada celahan tapi ada debat terbuka. Maksudnya, setiap desasiswa yang takde pendebat varsiti pun masih boleh menang.

Contohnya, Desasiswa Indah Kembara yang juga ada 3 pendebat varisti kalah waktu pusingan awal dengan Desasiswa Jaya yang xde pendebat varsiti. Lagi satu waktu aku 1st year, Desasiswa Harapan lawan Desasiswa Cahaya Permai. Cahaya Permai menang walopun xde pendebat varsiti.

Apa yang membezakan pendebat varsiti dengan pendebat biasa ialah pengalaman di luar. Tapi xla bermaksud ada pengalaman akan jadi lebih baik ye x? Waktu semi ari tu, performance aku sgt buruk waktu lawan Desasiswa Tekun yang ada sorang je pendebat varsiti.

Tambahan lagi, waktu latihan, kitorang biasanya x la exclude team. Ari tu kitorang buat merged practise. Bebudak debat Indah Kembara, Harapan, Saujana dan Tekun pakat2 kumpul kat Saujana untuk latihan.

Kalo DPNC cam debat royal, tajuk diberi 30 minit, ada celahan, mungkin pendebat varsiti x dibenarkan masuk ada kewajarannya. Tapi kalo dah bleh bersedia, xde bezanya antara pendebat, melainkan usaha.

Lagi satu, DPNC x de main konsep. Just curah hujah jer…

No responses yet

Mar 29 2006

Mencapap sekejap!

Published by flexin-am under Debat

Harapan So, korang dah baca ke Kosmo smalm? (hanya utk bebudak Utara je sbb kuar dalam berita ni masuk dalam ‘utara’ nyer segment jer) He he… Aku pun baru tau jer bila gi kuliah MSG389. Solehin bgtau.

Abih jer kuliah tu, terus memecut ke Bakti cari paper. Tengok-tengok dah abih. Gi la beli kat Kedai 24jam USM.

Ghee… Balik jer Harapan, ader la bebudak Harapan yg biasanya x tegur, ucap tahniah. Heh, rasa cam glamor la skejap. Tau la aku ni kan, suka jer publisiti murahan. So, aku pun antar la msj kat kengkawan, dan ni antara reaksi balas dari diorang (thru sms):-

Shima (Tekun,Math) : ‘Hahaha, kelakar muka abg am..’

Najah (x-MPP,KMPP) : ‘Akum. Am, Congratulations! U all deserve it.. Wah jd celebrity la skang. Pubsiti meluas nampaknye. Pembangkang yg ‘vogue’!’

Shila (Debater USM2,MassCom) : ‘Ek eleh dh r jgn nk mencapap k.. aku dh psn ari 2 sbt nme aku sme korg x sbt.. x mau aku kwn’

Mack (The Mole 3) : ‘Ceh..blah ar.. nyampah.’

Anuar (kwn skampung) : ‘Ek eleh. Tak maula. Haha. Tak best pun.’

Lyana (KMPP) : ‘Ceh…nk promote ke.. hehe.. one 3 hill episode 17 dh kua, tp xdownload lg…ye!’

Azua(MPP USM, The Mole 1) : ‘ Dah bc pn. Menyampah!’

Faizah (Labu, ank murid kak aku skng kat USM) : ‘Wah! Expose diri nmpk. Ari 2 apsal x rply. Sronok abis ler 2…’

Bard (Math) : ‘Yo’oo.. je dh beli pn. glamorla konon.’

Nasuha (Tekun,Bio,The Mole1): ‘Hehe ok nanti intan beli kosmo 2. hehe die nk frame lg gmbr2.’

Siti Jubaidah (kwn skampung) : ‘Eleh gmbr hg ada hg nk sruh aku beli la. tgh la klu smpt aku beli.’

So, itulah komen-komen membina (ye ker?) yg aku dapat. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada USM, Desasiswa Fajar Harapan, mak, ayah…. ahaks. Ni tak tunjuk kat Shahrill lagi. Mesti dapat respon best kalo tunjuk kat dia.

Trivia:

1. Aku baru je lepas scan dan laminate keratan paper ni. Terjumpa Najah kat kedai laminate, dia gelak jer.

2. Aku syok giler sbb diorang eja nama aku dengan betul. Slalunya salah jer.

3. Simpanan kitorang, Azhar ari tu dah konfiden nak kuar Berita Kampus, waktu kitorang dapat masuk final. tapi Berita Kampus nyer wartawan xder pun, nasib baik wartawan KOSMO dtg.

No responses yet

Mar 26 2006

DPNC 05/06

Published by flexin-am under Debat

Alhamdulillah, aku,Fuad,abang Tra,Puga ngan Azhar berjaya menumpaskan Bakti Permai kat peringkat akhir Debat Piala Naib Canselor 05/06.

Rasanya aku tak berapa dapat enjoy pertandingan kali ni macam pertandingan-pertandingan debat sebelum ni. Mungkin sebab otak aku biasanya memikirkan benda lain ketika perbincangan mahupun sebelum dan selepas pertandingan. Apa lagi kalo bukan final project aku yang cam hampeh tu.

Waktu menang semi pun, bebudak Tekun tegur, apsal aku cam x happy jer dapat masuk final. Bukan la tak happy. Tapi risau memikirkan study. Tapi aku lega sikit sebab aku salah faham yang minggu ni final week. Rupanya ada satu lagi minggu depan. So, takpe la kalo macam tu.

DPNC kali ni agak best sebab kitorang training beramai-ramai. Walaupun perlawanan antara bebudak USM, tapi still berkumpul kat Saujana. Baru la ni 1st time sejak sejarah debat yang makan mewah. Kira oklah sebab Saujana sanggup kuarkan duit untuk perbelanjaan makan.

Camna pun, aku harap yang bebudak yang masuk DPNC itu hari sumanya akan masuk team varsity. Nanti kita pakat-pakat make some noise bila Debat Alam Sekitar kat USM!!!

2 responses so far

Mar 25 2006

Bila orang marah

Published by flexin-am under All About Me

Waktu jaga kaunter debat ari tu ngan Nurul, aku bersembang-sembang la skit ngan dia. Disebabkan aku xnak citer apa yg Nurul cakap (sbb personal), so aku ada la cakap macam ni. ‘Kalo saya ada problem dengan seseorang (merujuk kepada keadaan gaduh ke, salah faham ke, ape je lah), saya xkan menjauhi orang tu. Saya akan buat macam xder apa-apa yang berlaku. Kalau dia yang buat salah dengan saya, saya akan lagi memunculkan diri menunjukkan yang saya tak kisah’

Mungkin nature aku kot. Selalunya kalo aku ada problem dengan sesapa, aku lebih suka buat cam xde apa kalo aku berjumpa dengan orang tu. Baru-baru ni pun aku ada problem ngan sorang budak tu. Mungkin gak la silap aku sebab x jaga mulut. Tapi tindakan budak tu pun cam silap gak la. Lepas tu, aku jumpa dia, buat cam biasa je (walopun sbenarnya rasa segan, malu sumanya ada dalam ati). Aku still gi bilik dia buat cam xde apa, dan alih-alih petang ni, dia mintak maaf skali lagi.

Entahla, mungkin aku sbenarnya lebih suka pendekatan face-to-face bila ada problem ngan seseorang, memandangkan lebih mudah dapat result dan lebih mudah respond. Tapi disebabkan budaya orang kita yang kurang ‘lepak’ nak duk semeja discuss fasal ketidaksefahaman, terpaksa la ikut rentak diorang.

Ingat-ingat balik pengalaman tahun-tahun lepas, dulu pun pernah aku ada problem dengan kawan aku. Aku amik tindakan backstab je. Ala-ala kutuk kat blakang ngan kengkawan yg lain. Last last kitorang gaduh sbb kawan aku tu dapat tau. So bergaduh la lagi. Tu la sebabnya kengkadang aku rasa lebih baik cakap depan2 jer kalo ada problem. Bukan la cakap di khalayak, ye x? Jumpa one-to-one la.

Aku terfikir, kengkadang sebab isu kecik, orang bleh bermasam muka camtu jer. Nak tegur pun dah malas. Abih tu kalo dah kahwin nanti, kena deal ngan benda2 camni lagi la kan? Urrgh…

One response so far

Mar 22 2006

Tekanan maksima

Published by flexin-am under All About Me

Minggu ni mmg hampeh

[currently listening to BSB - Incomplete]

Apa yang aku tau, minggu ni memang meletakkan aku dalam keadaan tekanan maksima (maksimum local = mungkin ada lagi maksimum sebenarnya pada esok atau lusa sbb x abih lagi minggu)

1) DPNC

Entah apsal USM nak buat DPNC pada saat-saat akhir ni. Lagi seminggu nak study week baru nak buat.

2) Bebudak C++

Sejak aku 1st year, bebudak yg amik C++ ni cam ada tradisi untuk tanya soalan C++ 3-5 hari sbelom nak hantar. Isnin ni nak kena antar, baru la kalut nak tanya. Tak fasal2 aku pun terpaksa rush. Petang satgi kul 3 jumpa diorang. Aku dah bgtau, sapa yg aku tolong kena belanja aku. Diorang pandai-pandai la decide bila nak blanja. That’s it

3) Minggu Debat

Ni lagi satu hal. Kengkadang rasa sakit ati je bukak pameran. Yang bersungguh 2-3 orang je. Yang lain entah. Kalo ikut aku pun x nak bukak pameran tengah-tengah busy dengan assignment nih.

[Currently listening to BSB - Never Gone]

4) Final Year Project

Smalam aku gi jumpak Aizuddin (x-roommate aku kat Aman Damai dulu), tanya dia fasal projek B-spline surface aku yang tersangkut dengan jayanya dicelah-celah ruang angkasa yang luas nih.

Terus terasa bodoh bila aku menceritakan aku mengabiskan masa 7 minggu untuk belajar curve. Aizuddin plak tambah, ni kalo buat ikut formula yang aku guna, bleh jadi 1 sem punya course. Mak aih, patut la.

Skang ni cam x smangat jer nak sambung. Aku trasa cam nak drop je final year project aku yg hampeh tu, dan extend. Tu kira fikir scara x rasional la.

Sementara bebudak final year lain dah tau dapat sambung master ke x (coursework) - Wak Rin, Solehin; aku plak still x apply lagi master.

[Rob Thomas - Lonely No More]

No responses yet

Mar 18 2006

The end is getting closer

Published by flexin-am under All About Me

Dah nak abih dah semester kat USM. Aku memang harap nak sambung, sbb x sedia la nak kerja lagi. Terasa jugak nak study tempat lain. Bukan apa, ubah tempat ni bleh tambah pengalaman.

Apsal ha, aku terasa sem akhir ni la sem yang paling hampeh. Dah nak abih sem, tapi final year projek cam tergantung x bertali. Kuliah MSG389 (Pengiraan Kejuruteraan II) merupakan tempat paling sesuai untuk berangan, memikirkan benda-benda tak berfaedah sbb x faham. Dah nak akhir sem, baru la USM nak buat DPNC (debat antara desa). Cis betul.

Pastu benda-benda peribadi pun macam-macam gak. Kena provoke ngan kak aku (tak dinyatakan apa yang diprovoke kat sini). Aku terkecik hati sebab tindakan seorang sahabat. USM ban dari mendownload guna mIRC atau P2P, sampai aku x dapat download survivor. Ceh.

Aku harap menjelang awal April ni, masalah-masalah yang wujud dapat diatasi…

No responses yet

Mar 16 2006

Diari Umum

Published by flexin-am under All About Me

Sejak kebelakangan ni, aku terperasan la yang blog aku ni dibaca oleh orang. Memang la untuk dibaca ye x? Tapi, yang mengekspresikan yang dibaca kat dunia sebenar hanya Pak Dat (UTM) jer sbelum ni. Yang lain yang bagi komen kat dalam blog tu, aku tau la dia baca.

.

Tapi ade sorang junior debat (Desa Saujana) yang quote fasal ‘dipanah kilat’ depan aku. Pastu dia cakap, kawan dia yang baca blog aku tu cakap yang apa yang aku tulis x macam aku kat luar. Memang patut la pun. Biasanya apa yang x ditunjukkan di luar, yang dipendam, itulah yang aku luahkan dalam blog. Mungkin sebab nature aku suka menulis. Dulu waktu Darjah 4 aku pernah tulis satu novel genre kanak-kanak, tapi sayangnya karya tu hilang. Tu disebabkan minat gila kat buku Enid Blyton.

.

Ada anak murid kak aku yang masuk reality game yang aku buat kat sekolah dia - Ira, ada tanya aku, buat per tulis diari? Tak ke terasa cam nanti tengok balik citer-citer lama?

.

Dalam kes aku, aku bukan jer tulis diari, tapi gak tulis blog, yang mana dah jadi diari umum la kiranya. Persoalan sama ada kisah-kisah lama yang ditulis, tidak begitu signifikan. Aku rasa, betapa bodoh pun tindakan yang aku ambil dan jika aku mencatatkannya dalam diari/jurnal/blog, masih lagi menarik untuk dibaca pada masa hadapan. Tak kisahlah kalo nanti rasa menyesal buat kali kedua bila baca tindakan lampau. Tapi bleh jadi sebagai pengajaran dan bahan gelak untuk diri sendiri. Melihat ketidak matangan pada usia tersebut.

.

Biasanya kalo dalam blog, aku tulis bebenda yang umum la. Mungkin maksud umum tu berbeza bagi setiap orang. Ada orang menganggap personal thinking tu dah begitu peribadi. Mungkin x bagi aku. Yang mana aku rasa benda tu bleh digelak bersama, dan tak begitu mengaibkan aku, aku share je dalam blog. So kalo korang tengok aku dalam blog lain dari aku di dunia nyata, apa bleh aku buat ye x? Kadangkala, berfikir lebih mudah dari melakukannya.

.

Mungkin gak aku baru tersedar yang aku ada hobi menulis. Bukan menulis untuk tujuan ilmiah la ataupun untuk mencari keuntungan. Just untuk mengexpress kan fikiran dan emosi. Aku tersedar pun sewaktu isi borang Amazing Race Asia (yang aku perabih RM24 untuk pos laju ke Singapore tapi tetiba tarikh tutup dilanjutkan ke 31 Mac, hampeh betul). Bila dia tanya hobi, aku tersedar yang aku suka menulis.

.

2 responses so far

Mar 14 2006

Kurang ajar

Published by flexin-am under All About Me

Ari Ahad ari tu aku gi Taiping ngan Bukit Merah dengan kak aku, famili dia ngan 2 orang anak murid dia. Saja dia nak makan2 angin sempena cuti skolah. Tak sedar pun tengah cuti skolah skang ni. Maklumlah, bukan rajin sangat nak tengok kalendar.

/

Kitorang gi Bukit Merah Laketown dah kul 5 sebab kawan kak aku cakap yang lepas kul 5 bleh dapat 50% diskaun. Tapi bila sampai, dah x der dah promosi tu. So cam rugi gak la sbb still kena bayar harga penuh walaupun dapat mandi dalam 1 jam jer. Kul 6.30 dah kena clear. Kul 7 tutup.

/

Yang nak jadi citer, kak aku tak bayar la untuk sorang anak dia ni sbb kalo kurang 90cm free. Dan anak sepupu aku tu pun cuma beza dalam 4 cm je.  Kalo ikut aku, aku prefer la bayar, ye la, dah ada rules, ikut je la kan. Tapi kak aku cuba la try, kot2 diorang bg lepas.

/

Pastu dipendekkan citer, anak sepupu aku tu pun cam terlepas la. Dan lepas kak aku dah masuk dah, lepas dah entrance, sorang pompuan mana ntah, tetiba menjerit-jerit panggil kak aku balik. Sebab nak check anak sepupu aku tu. Aku tak kisah la kalo diorang nak panggil balik, tapi cara dia panggil tu sangat kurang ajar. Menjerit cam orang gila, cam dia ingat dia tu bagus sangat. Kalo dah tau slalu kena buat keja macam tu, guna la pembesar suara. Jangan ssuka hati je panggil orang xde adab camtu.

/

Lepas tu, selepas diukur, dengan kejituan yang tinggi (kalo ada ralat paralaks, dah lepas dah), kena la bayar. Aku gi beli tiket dan masuk balik. Pompuan tu dah blah mana ntah. Aku warning (saja guna pkataan ni, nampak gempak skit. perkataan lain = tegur), ‘bagitau kat kawan you, lain kali kalau nak panggil pun, jangan la terjerit-jerit camtu, tak sopan’. Nak sembur lebih-lebih, tak pasal je orang x bersalah jadi mangsa.

/

Dalam banyak-banyak tempat la, aku rasa kaunter kat USM antara yang ada staf bermuka manis. Abaikan akak kat Tekun (ikut mood) ngan akak nasik goreng ayam kat Bakti Permai. Yang lain slalunya okey la.

No responses yet

Mar 07 2006

Lenguh satu badan

Published by flexin-am under All About Me

So, aku pun masuk la Explorace under MST. Maybe sbb agak excited nak apply Amazing Race Asia, tapi yg tu x tentunya dapat, so masuk la yg mana dapat.
.

Sebagai sorang manusia yg aktiviti hariannya jauh dari bersukan dan bersenam, korang bleh expect la apa yg akan berlaku bila aku abih berlari. Abih la lenguh dan sengal satu badan.
.

Tapi aku rasa best sbb aku xla terkejang kaki mahupun terpengsan di tengah perlawanan. Dari 14 group, aku dapat no 7, mengalahkan group Azie (Tekun/Kimia) dan group Muazzam (Bio).
.

Aku partner ngan Maharuddin. Antara saat-saat yang rasa macam dalam Amazing Race bila Maharuddin cam dah x semangat bila kitorang dah ketinggalan ke belakang sampai cam dah xde mood nak lawan dan bercakap. Waktu tu, aku terfikir - padan la dalam Amazing Race, ada yang sampai bergaduh-gaduh. tak heran la. Kitorang suspek yg ada teams (with s) yang main tipu, naik teksi. Mana taknya memula kitorang sama je waktu kat Padang Kota dengan team yg dapat no 4,5,6, pastu tetiba je diorang sampai destinasi seterusnya (Tanjung Bungah) sedangkan waktu tu, hampir kesemua team yang kebelakang ni naik bas sama-sama dari jeti. Tanya bebudak Penang, diorang cakap xde bas straight dari Padang Kota ke Tanjung Bungah. Drebar bas pun cakap camtu. So?
.

Tapi kira okeylah. Yang pentingnya aku puas hati sbb aku berjaya membuktikan kepada diri sendiri yang aku mampu endure benda-benda camni. Kombinasi team aku ngan Din plak cukup best.
.

Ade je soalan, aku jawab. Mana soalan tak tau, aku suruh Din gi tanya orang awam sementara aku figure out soalan lain. Kat Masjid Terapung Tg Bungah, kitorang kena tangkap ketam 2 ekor. Yang tu Din buat. Kena makan cabai, pun Din buat. Kena makan petai, aku makan cam panadol. Kat Bukit Bendera, Din dah letih (last checkpoint sbelom balik smula ke USM). Aku gi jual roti 50sen kat orang awam (task la tuh) dan pastu kena nyanyi. Ish, audition Malaysian Idol aku x masuk tv dah cukup baik, ni nak kena plak nyanyi kat depan orang. Tapi aku lantak je. Janji cepat dapat klu seterusnya.
.

Balik dari race, solat Asar dan tido sampai Maghrib. Nasib baik Najhan dan tido petang sbelom tu, dapat la aku menumpang bilik dia. Bilik aku kat Harapan merupakan destinasi terbaik tidur petang kalo ko rasa nak merebus diri sendiri. Mnghadap suria yang bersinar terang tuh. Smalam, jalan cam orang tua skit la. Nak rukuk pun slow-slow. Sengal maa. Ari ni dah okey skit. Tak sangka plak yang aku macam dah start minat nak join aktiviti-aktiviti lasak nih. Ari tu wall climbing kat harapan. Slalunya aku lebih suka menghadap komputer dari membiarkan tangan sunburn…

No responses yet

Next »