Mar 31 2006
Dari Desa ke Desa
Sepanjang aku belajar kat luar (slepas SPM), aku dah berpindah dari satu bilik ke bilik lain. Memula di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP)> Kebetulan KMPP juga menggunakan terminologi ‘desa’ untuk panggilan kepada kolej kediaman seperti mana USM menggunakan panggilan Desasiswa. Tulah sebabnya aku tulis tajuk blog kali ni ‘dari desa ke desa’
KMPP - Desa Ilmuwan. Satu-satunya desa untuk bebudak laki. Tapi, dalam blok C1, pun, aku dah pindah ke 4 bilik yang berbeza dalam 2 semester.
Memula bilik C1-4-8, aras 4. Duduk dalam 2-3 hari je sebab nak jadi citernya, bilik 4 orang tu - aku sorang je penghuninya. Agaknya roommate aku yg sepatutnya ada kat situ fly kot, ataupun maleh nak datang matrix. Jadi aku di’dissolve’ kan ngan bilik C1-4-7. Bilik Ashraf,Kulim dan Aman. Simply says that aku x serasi ngan diorang jadi aku pindah la ke bawah C1-2-15. Bilik Fariz,Spider ngan Ali. Yang ni duk lama la. Cuma 2 minggu terpaksa berpindah ke C1-2-6, bilik Ramli, Safwan dan Ejol, sbb bilik bawah nak renovate bubuh siling.
Mungkin gak disebabkan aku seronok hidup kat KMPP. Maka aku slalu membuat perbandingan desa-desa di USM ngan Desa Ilmuwan KMPP.
1st year di USM, aku stay kat Aman Damai. Desa yang biliknya lebih kecil dari KMPP. 2 orang satu bilik. Aku tak berapa seronok sebab desa ni agak sunyi. Waktu tu tak dapat nak adapt keadaan universiti. Disebabkan jadual kuliah yang tak sama, waktu bangun dan tidur yang juga tak sama, memang susah nak bertembung dengan orang lain yang tak sejadual dengan aku.
1st year, 2nd sem, aku pindah Tekun. Aku pun x baper pasti sbb aku pindah ke Tekun. Mungkin sbb aku nak stay sebilik ngan Mahadi. Mungkin sbb aku nak buat team sendiri untuk DPNC. Tapi yang pastinya aku perlu satu perubahan. 3 semester di Tekun sebenarnya takla teruk. Bilik kat Tekun lebih luas. Dan disebabkan aku tinggal kat Tekun la, parent aku bagi bawak motor memandangkan Tekun sangat jauh dari Dewan Kuliah (ketika tu, Desa Saujana dan Restu masih belum bukak). Tekun mempunyai kadar privacy yang sangat tinggi. Mana taknya, 4 bilik - 2 bilik air dan 2 toilet. Kalo sakit perut, tak perlu risau sebab toilet sebelah bilik je. Tak yah lari2 cam kat KMPP.
Tapi aku mintak gak pindah balik ke dalam (Desa lama) sbb memandangkan yuran Tekun yang lebih mahal dari Desa lama. Pindah dalam, conform bleh jimat dekat-dekat RM200.
So, terpindahla aku kat Harapan, dengan niat dekat ngan school dan senang nak gi surf internet kat lab. Satu jer yang tak best kat Harapan - bilik panas. Bilik aku menghadap ke arah matahari terbenam. So bila kul 1 ke atas, memang panas. For sure x seronok untuk tidur petang. Kalo tido petang, conform bila bangun rasa cam dehydrated je. Mana best..
Dalam masa 2-3 minggu, akan abihla lagi satu pusingan perantauan dari Desa ke desa. Dah abih skali kat KMPP. Dan kengkadang aku macam teringin nak rasa balik - bangun pada hari sabtu di KMPP, roommate aku suma kuar atau Ali tengah study, gi mandi dengan perut kosong. Pakai baju dan turun cari makanan di kafe, singgah sekejap di bilik tv layan apa-apa kartun yang ada…. Miss that moment very much!
