Mar 02 2006

Funny things happen!

Published by flexin-am at 11:33 pm under All About Me

So, macam biasa, hidup diteruskan..
Walopun ader je
benda-benda bodoh yang berlaku dalam kehidupan seharian, masalah-masalah yang tak perlu difikirkan (kerana memikirkan itulah yang mengakibatkan masalah tersebut berlarutan), dan situasi caught-in-the-middle yang sepatutnya x berlaku contohnya samaada memilih pergi bercamping ataupun masuk debat naib canselor, yang aku memang dah cadang nak gi camping sbb x pernah camping, tapi Abang Tra x kasik pegi; aku perasan gak benda2 lawak yang berlaku di sekeliling aku. Kalo korang baca dan rasa x lawak, nak buat camna kan. Aku bleh tolong geletek kalo korang baca kat sebelah aku, tapi apalah gunanya kan? Tak fasal-fasal lak jadi sexual harrasment jer.

1. Dua malam lepas, untuk tarik dari dari DPNC (Debat Piala Naib Canselor), aku cari la seseorang yg bleh backup aku. So, dpt la roommate Firdaus Bawadi. Aku prasan budak tu sbb dulu pun Firdaus pnah perkenalkan. Dan budak tu amik paper Optik dan Gelombang, Sumber dan Perundangan Islam sama dengan aku. So prasan la.

Tapi agaknya agak bodoh la bila aku tanya, ‘Perasan aku x?’. Ceh, macam prasan popular plak. Bukan la, melihat dari perspektif diri, aku slalunya prasan orang-orang di sekeliling aku. Aku tau la, dia ni sama paper ngan aku, atau dia tu sama course ngan aku, walopun x penah tegur, tapi kira prasan la. Aku ingat orang lain pun camtu gak. Baru aku sedar la yang rupanya orang lain x macam tu. Sbb Maharuddin yang amik paper BI ngan aku, x prasan roommate firdaus tu, walhal kitorang slalu bertembung kat Pusat Bahasa, sbb kelas dia abih, klas aku start. Maksudnya, aku la yang jenis usha lebih kot.

Sbelom aku balik dari bilik firdaus, aku cakap la, ‘(kalau) jumpa, tegurla’. Dan esoknya waktu kuliah, dia nampak aku, dia greet dan cakap, ‘ha, dah tegur dah’. Ceh….

2. Mak aku call smalam. Lama gak tak call sbb aku pun bz dan dia pun xder citer baru. Dia pesan, ‘Jangan gi jalan2 sangat’. Aku rasa ni antara nasihat yang sama diberikan oleh mak-mak seluruh dunia la, concern tentang study anak dia. Tapi pastu mak aku sambung ‘minyak dah naik’. Eh, aku ingat sebab risau aku nyer study ke, atau dia xnak aku ber’lagha’ berlebihan ke, atau perkara2 yang sewaktu dengannya. Rupanya sbb masalah yang melibatkan kepenggunaan dan isu subsidi. Mak zaman mileniumlah katakan..

3. Pagi tadi kat school, ade budak mana ntah nak bagi cam risalah le. Sbelom dia bagi, dia tanya course apa. Aku cakap la math. Dia buat muka terkejut. Rupanya dia nak bagi satu risalah fasal keusahawanan. Ade majlis ape ntah. Oh, padan la tadi buat muka terkejut, agaknya sebab prasan course math cam x ade kaitan sangat kot. Tapi satu halnya, kalo la dia masuk school math, xkan la nak expect bebudak management yang bersantai kat krusi kat pondok math kan? Gi la school management!




Comments RSS

Leave a Reply