Mar 31 2006

Jawapan Balas - Debat DPNC ada team varsiti

Published by flexin-am at 7:49 am under Debat

Sebenarnya isu ni taklah besar sangat. Tapi ada gak beberapa orang yang tanya, apsal team varsiti still nak masuk debat peringkat universiti antara desasiwa.

So bagi menjawab soalan ni, aku nak cakap la camna jawapan ni adalah base of perception. Setiap orang ada persepsi berbeza so mungkin x stuju ngan jawapan aku

Sejak dari 1st year lagi, memang team varsiti akan join. Memula ari tu, aku cam rasa malas gak nak join. Rasa macam lebih baik biarkan pada bebudak baru untuk masuk memandangkan Fajar Harapan dah ada byk team varsiti - Abang Tra, Fuad dan Firdaus.

Tapi aku teringat lak dengan komen Kak Khalidah waktu Royal ari tu. Kak Khalidah cakap yang kewajaran team varsiti untuk masuk ialah supaya pertandingan debat lebih menarik, dan dengan cara tu, baru la dapat tarik mahasiswa USM untuk berminat ngan debat. Bleh cakap gak la. Kalo team varsiti x dibenarkan masuk, pertandingan debat MUNGKIN akan kurang menarik.

Rasanya yang ramai orang ingat team kitorang akan menang sbb ada team varsiti. Mana ada macam tu.

Format DPNC sendiri pun dah berbeza. Tajuk dah dapat 2 minggu awal. Tiada celahan tapi ada debat terbuka. Maksudnya, setiap desasiswa yang takde pendebat varsiti pun masih boleh menang.

Contohnya, Desasiswa Indah Kembara yang juga ada 3 pendebat varisti kalah waktu pusingan awal dengan Desasiswa Jaya yang xde pendebat varsiti. Lagi satu waktu aku 1st year, Desasiswa Harapan lawan Desasiswa Cahaya Permai. Cahaya Permai menang walopun xde pendebat varsiti.

Apa yang membezakan pendebat varsiti dengan pendebat biasa ialah pengalaman di luar. Tapi xla bermaksud ada pengalaman akan jadi lebih baik ye x? Waktu semi ari tu, performance aku sgt buruk waktu lawan Desasiswa Tekun yang ada sorang je pendebat varsiti.

Tambahan lagi, waktu latihan, kitorang biasanya x la exclude team. Ari tu kitorang buat merged practise. Bebudak debat Indah Kembara, Harapan, Saujana dan Tekun pakat2 kumpul kat Saujana untuk latihan.

Kalo DPNC cam debat royal, tajuk diberi 30 minit, ada celahan, mungkin pendebat varsiti x dibenarkan masuk ada kewajarannya. Tapi kalo dah bleh bersedia, xde bezanya antara pendebat, melainkan usaha.

Lagi satu, DPNC x de main konsep. Just curah hujah jer…




Comments RSS

Leave a Reply