Mar 14 2006
Kurang ajar
Ari Ahad ari tu aku gi Taiping ngan Bukit Merah dengan kak aku, famili dia ngan 2 orang anak murid dia. Saja dia nak makan2 angin sempena cuti skolah. Tak sedar pun tengah cuti skolah skang ni. Maklumlah, bukan rajin sangat nak tengok kalendar.
/
Kitorang gi Bukit Merah Laketown dah kul 5 sebab kawan kak aku cakap yang lepas kul 5 bleh dapat 50% diskaun. Tapi bila sampai, dah x der dah promosi tu. So cam rugi gak la sbb still kena bayar harga penuh walaupun dapat mandi dalam 1 jam jer. Kul 6.30 dah kena clear. Kul 7 tutup.
/
Yang nak jadi citer, kak aku tak bayar la untuk sorang anak dia ni sbb kalo kurang 90cm free. Dan anak sepupu aku tu pun cuma beza dalam 4 cm je. Kalo ikut aku, aku prefer la bayar, ye la, dah ada rules, ikut je la kan. Tapi kak aku cuba la try, kot2 diorang bg lepas.
/
Pastu dipendekkan citer, anak sepupu aku tu pun cam terlepas la. Dan lepas kak aku dah masuk dah, lepas dah entrance, sorang pompuan mana ntah, tetiba menjerit-jerit panggil kak aku balik. Sebab nak check anak sepupu aku tu. Aku tak kisah la kalo diorang nak panggil balik, tapi cara dia panggil tu sangat kurang ajar. Menjerit cam orang gila, cam dia ingat dia tu bagus sangat. Kalo dah tau slalu kena buat keja macam tu, guna la pembesar suara. Jangan ssuka hati je panggil orang xde adab camtu.
/
Lepas tu, selepas diukur, dengan kejituan yang tinggi (kalo ada ralat paralaks, dah lepas dah), kena la bayar. Aku gi beli tiket dan masuk balik. Pompuan tu dah blah mana ntah. Aku warning (saja guna pkataan ni, nampak gempak skit. perkataan lain = tegur), ‘bagitau kat kawan you, lain kali kalau nak panggil pun, jangan la terjerit-jerit camtu, tak sopan’. Nak sembur lebih-lebih, tak pasal je orang x bersalah jadi mangsa.
/
Dalam banyak-banyak tempat la, aku rasa kaunter kat USM antara yang ada staf bermuka manis. Abaikan akak kat Tekun (ikut mood) ngan akak nasik goreng ayam kat Bakti Permai. Yang lain slalunya okey la.