Mar 07 2006

Lenguh satu badan

Published by flexin-am at 10:15 pm under All About Me

So, aku pun masuk la Explorace under MST. Maybe sbb agak excited nak apply Amazing Race Asia, tapi yg tu x tentunya dapat, so masuk la yg mana dapat.
.

Sebagai sorang manusia yg aktiviti hariannya jauh dari bersukan dan bersenam, korang bleh expect la apa yg akan berlaku bila aku abih berlari. Abih la lenguh dan sengal satu badan.
.

Tapi aku rasa best sbb aku xla terkejang kaki mahupun terpengsan di tengah perlawanan. Dari 14 group, aku dapat no 7, mengalahkan group Azie (Tekun/Kimia) dan group Muazzam (Bio).
.

Aku partner ngan Maharuddin. Antara saat-saat yang rasa macam dalam Amazing Race bila Maharuddin cam dah x semangat bila kitorang dah ketinggalan ke belakang sampai cam dah xde mood nak lawan dan bercakap. Waktu tu, aku terfikir - padan la dalam Amazing Race, ada yang sampai bergaduh-gaduh. tak heran la. Kitorang suspek yg ada teams (with s) yang main tipu, naik teksi. Mana taknya memula kitorang sama je waktu kat Padang Kota dengan team yg dapat no 4,5,6, pastu tetiba je diorang sampai destinasi seterusnya (Tanjung Bungah) sedangkan waktu tu, hampir kesemua team yang kebelakang ni naik bas sama-sama dari jeti. Tanya bebudak Penang, diorang cakap xde bas straight dari Padang Kota ke Tanjung Bungah. Drebar bas pun cakap camtu. So?
.

Tapi kira okeylah. Yang pentingnya aku puas hati sbb aku berjaya membuktikan kepada diri sendiri yang aku mampu endure benda-benda camni. Kombinasi team aku ngan Din plak cukup best.
.

Ade je soalan, aku jawab. Mana soalan tak tau, aku suruh Din gi tanya orang awam sementara aku figure out soalan lain. Kat Masjid Terapung Tg Bungah, kitorang kena tangkap ketam 2 ekor. Yang tu Din buat. Kena makan cabai, pun Din buat. Kena makan petai, aku makan cam panadol. Kat Bukit Bendera, Din dah letih (last checkpoint sbelom balik smula ke USM). Aku gi jual roti 50sen kat orang awam (task la tuh) dan pastu kena nyanyi. Ish, audition Malaysian Idol aku x masuk tv dah cukup baik, ni nak kena plak nyanyi kat depan orang. Tapi aku lantak je. Janji cepat dapat klu seterusnya.
.

Balik dari race, solat Asar dan tido sampai Maghrib. Nasib baik Najhan dan tido petang sbelom tu, dapat la aku menumpang bilik dia. Bilik aku kat Harapan merupakan destinasi terbaik tidur petang kalo ko rasa nak merebus diri sendiri. Mnghadap suria yang bersinar terang tuh. Smalam, jalan cam orang tua skit la. Nak rukuk pun slow-slow. Sengal maa. Ari ni dah okey skit. Tak sangka plak yang aku macam dah start minat nak join aktiviti-aktiviti lasak nih. Ari tu wall climbing kat harapan. Slalunya aku lebih suka menghadap komputer dari membiarkan tangan sunburn…




Comments RSS

Leave a Reply