Mar 22 2006

Tekanan maksima

Published by flexin-am at 8:04 pm under All About Me

Minggu ni mmg hampeh

[currently listening to BSB - Incomplete]

Apa yang aku tau, minggu ni memang meletakkan aku dalam keadaan tekanan maksima (maksimum local = mungkin ada lagi maksimum sebenarnya pada esok atau lusa sbb x abih lagi minggu)

1) DPNC

Entah apsal USM nak buat DPNC pada saat-saat akhir ni. Lagi seminggu nak study week baru nak buat.

2) Bebudak C++

Sejak aku 1st year, bebudak yg amik C++ ni cam ada tradisi untuk tanya soalan C++ 3-5 hari sbelom nak hantar. Isnin ni nak kena antar, baru la kalut nak tanya. Tak fasal2 aku pun terpaksa rush. Petang satgi kul 3 jumpa diorang. Aku dah bgtau, sapa yg aku tolong kena belanja aku. Diorang pandai-pandai la decide bila nak blanja. That’s it

3) Minggu Debat

Ni lagi satu hal. Kengkadang rasa sakit ati je bukak pameran. Yang bersungguh 2-3 orang je. Yang lain entah. Kalo ikut aku pun x nak bukak pameran tengah-tengah busy dengan assignment nih.

[Currently listening to BSB - Never Gone]

4) Final Year Project

Smalam aku gi jumpak Aizuddin (x-roommate aku kat Aman Damai dulu), tanya dia fasal projek B-spline surface aku yang tersangkut dengan jayanya dicelah-celah ruang angkasa yang luas nih.

Terus terasa bodoh bila aku menceritakan aku mengabiskan masa 7 minggu untuk belajar curve. Aizuddin plak tambah, ni kalo buat ikut formula yang aku guna, bleh jadi 1 sem punya course. Mak aih, patut la.

Skang ni cam x smangat jer nak sambung. Aku trasa cam nak drop je final year project aku yg hampeh tu, dan extend. Tu kira fikir scara x rasional la.

Sementara bebudak final year lain dah tau dapat sambung master ke x (coursework) - Wak Rin, Solehin; aku plak still x apply lagi master.

[Rob Thomas - Lonely No More]




Comments RSS

Leave a Reply