Apr 19 2006

Being Open

Published by flexin-am at 10:56 am under My Philosophy

Kengkadang hidup ni macam permainan survivor. Kita rapat, kita pakat, dan kita singkirkan seseorang. Gembira, gaduh, salah sangka, semuanya ada.

Aku terpanggil untuk menulis fasal ni setelah mendengar cerita dari mak aku. Tak perlulah citer fasal apa. Tapi aku buat kesimpulan yang sikap tertutup menyebabkan suatu konflik berlaku.

Aku bersembang dengan Muzaini (kawan sekampung, UIA) 2-3 hari lepas sampai pukul 3 pagi (tak sangka mak bapak aku sangat sporting, x kisah kitorang bersembang lewat2 camtu - I should feel gratitude for sure) membincangkan konflik antara manusia.

Mungkin disebabkan terlalu banyak menonton citer-citer omputih (teenage story macam One Tree Hill), aku ngan dia sependapat. Kalo ada problem, cakap jer lah. Slalunya bleh diakhiri dengan ‘We’re cool, right?’. Tapi for sure la kebanyakan orang tak bleh adapt dengan cara tu.

Dulu skali ada sorang budak minat kat aku. Aku tolak baik-baik, tapi beberapa bulan lepas tu, dia macam antar mesej yg ingatkan aku cam x puas ati kat dia. Mana ada camtu. Aku x kisah pun. Sama la macam kes aku minat kat sorang budak pompuan ni waktu Form 5 dulu. Dia x minat kat aku. Skang ni, slamber je antar mesej. Xde la nak segan ke apa. ‘I’m cool with it’.

Agaknya macam tu la aku harapkan kat setiap orang di sekeliling aku. Walaupun realitinya bukan macam tu.
One_tree_hill

Ari tu aku dengar dari sorang kawan kepada kawan aku yang jugak kawan aku cakap, ‘Am tu memang open skit’. Maksudnya ada la orang yg bleh perasan style aku. Aku x cakap cara aku ni betul, tapi aku rasa lebih baik confront (dengan keadaan baik) dari backstabbing.

Memendam rasa pun satu hal gak. Ada orang yang malas nak layan sesuatu isu dan ambil tindakan pelarian. Contohnya kalau ada isu dengan roommate, nak tegur malas, so senyap jer. Bagus la kalo dapat bersabar. Tapi bagi aku kalau kita senyap setelah merasionalkan keadaan dia takpe. Jangan senyap tapi simpan dalam hati. Contoh merasionalkan keadaan. Katakan dia tidur bukak lampu meja, dan kita x puas ati. So, kita rasionalkan dengan fikir yang mungkin dia takut tido gelap dan kita still bleh tido walopun dia buka lampu meja; maka senyap tu takde masalah.

Tapi kalo kita senyap dan terus senyap, takut nanti meletup. Sementara belum meletup baiklah kita berterus terang dengan masalah yang kita ada. Rasanya ada penyelesaian bagi setiap masalah. Paling teruk pun kita pindah bilik. Tapi lebih baik kita pindah kerana dia tahu alasan kita daripada menonong (bahasa Kedah la plak) tak tentu fasal.

Tapi daripada pengalaman aku, kita takleh sesuka hati jer bersifat terbuka dengan semua orang. We should know our target audience. Aku pernah gak bersifat terbuka dengan seseorang but then it turn out to bite me back. Tapi, aku rasa puas hati sebab sekurang-kurangnya dengan bersifat terbuka, aku bleh mengelakkan tindakan yang lebih buruk macam bersyakwasangka  tak tentu fasal.

So, we’re cool, huh?




4 Responses to “Being Open”

  1.   cton 19 Apr 2006 at 9:14 pm

    oooo…muzaini kat uia ke?
    haha..saper yg kau minat kat form 5 tu ha?
    tapi betul la apa yang hang kata tu…kalau kita tak puas hati cakap je tapi kadang2 kita tak sampai hati takut org lain kecik hati. mcm ne tu? beri komen sikit…

  2.   Lutfi Amrion 20 Apr 2006 at 1:55 am

    Ha’ah, Muzaini kat UIA (Economy)

    Kalo kita cakap baik-baik, takkan la nak kecik ati kot. Slalunya kita menegur yang salah, ye x?

  3.   cton 24 Apr 2006 at 12:45 am

    kadang2 kita nak tegur benda yang kita tak puas hati tapi takut dia memang style mcm tu, tentu dia akan terasa hati dengan kita kan…..bukan senang nak tegur secara berhemah…..
    kalau apa yang hang kata tu betul, so macam mana nak tegur org yang buat maksiat depan kita?
    mesti dia marah n bengang punyer kan….
    ha….soalan aku yang first hang tak jawab lagi?
    sapa budak pompuan yang hang minat tu, budak sebelah rumah ke? hehe……

  4.   diyanaSon 03 May 2006 at 11:41 pm

    its always a wise thing to do

    to face the truth?no matter how painful it is.

    i know you’re cool :)

Comments RSS

Leave a Reply