Apr 30 2006
Melepak tak tentu arah
Smalam, paper aku baru start. Orang lain dah abih exam, aku baru start. Cam best gak pengalaman ni. Sekurang-kurangnya aku ada pengalaman unik camni yang bleh dijadikan kenangan.
Pastu abih exam, mak aku call (stelah aku miscall telefon umah menandakan suruh call aku). Mak aku rasa yang 3 jam exam tu, agak lama. Agaknya lama la gak. Tapi kalo dah diberi soalan math, 3 jam belum tentu cukup. Dah le soalan banyak bukan main (MSG389 - Pengiraan Kejuruteraan II) sampai aku rasa yang soalan ni sebenarnya menguji sapa yang cepat dapat jawab berbanding kemahiran yang kitorang (bebudak Math) ada.
Abih exam, malam tu gi lepak2 ngan Shila (Mass Com, Debat) dan Nurul (BATI). Sembang-sembang kat Padang Kawat. Aku siap berbaring beberapa saat, melihat awan gemawan di angkasa. Entah ler, aku ni memang suka tengok ke langit. Tengok bulan, bintang. Tapi smalam xde bintang la.
Smalam gak, aku terasa yang sometimes, menulis blog ni cam lawak pun ada. Sebab pembaca2 blog aku kengkadang slalu quote balik apa yang aku tulis dalam blog. Smalam aku dapat mesej dari Siti Jubaidah (x-SMKM, kawan sekampung). Dia tanya satu soklan lebih kurang camni la - ‘aku dengar ada orang minat kat hang waktu kat skolah dulu. Apsal hang x minat dia. Bgtau la. Hang kan OPEN’
Aku tergelak pon ada sebab dia state yang aku ‘open’. Ha ha. Aku berusaha sedaya boleh la untuk bagitau. Aku fikir-fikir jugak apa jawapannya. Last-last aku bagi jawapan yang berunsur pelarian la jugak (Sori ek Siti kalo baca ni) - aku cakap (sms sebenarnya) - ‘Aku ni memilih skit’.
Lepas tu aku tido awal. Kul 2 pagi dah la tapi awal la dari biasanya. Biasanya kul 3 - 4 pagi. Pagi tadi, roommate aku balik dari bilik kawan dia (dia tido bilik kawan), kejut aku Subuh. Balik dari toilet mak aku call. ‘Bangun dah’, aku jawab. ‘Eh, kenapa bangun awal pulak ari ni?’ Thee. aku gelak jer. Takde jawapan.
Kalo aku buat reaksi yang lain skit, mesti orang notice. Satu contoh yg mak aku la. Minggu minggu minggu lepas, aku gi Solat Jumaat awal skit. Mahadi (kawan sekampung, USM, Fizik) tegur, ‘I couldn’t believe you’re already here!’. Ciss.
Aku cakap kat Abang Tra (Debat), nanti kalo nak cari bini, kena cari yang minat tengok wayang gak la. Senang nak ajak. Tapi, kena make sure dia suka genre teen-flicks, action, dan bukannya horror. Ish, aku x suka tengok horror. Dulu waktu gi amik visa untuk gi Jepun, aku stop sat tengok citer antu Thailand - Rathree apebenda tah. Tengok ngan Nawal (Aman Damai), Kak Soraya (International Office) ngan husband dia. Skali antu keluar, aku menjerit bukan sebab takut sangat pun, tapi sebab Nawal yang kat sebelah aku tetiba tarik baju aku. Ish… seram (bukan merujuk kepada filem).
Abih dah citer aku malam ni. Rajin gak korang membaca apa yang aku dok merapu skit sebanyak nih. See ya next time…
Hahahah !!! Ko seram ngan Nawal ? Nawal MEMANG menyeramkan…
hei, yang hang tulis nama aku tu wat pe? ckp je la member, dah agak jawapan hang tu tak berapa ikhlas, apa pun thanks sbb cuba menjawab sbb ada org tanya aku la. jgn salah sangka lak….