Apr 18 2006

Saya,aku,hang,ko…

Published by flexin-am at 8:04 am under My Philosophy

Teringat lagi waktu kecik2 dulu. Kalau bercakap dengan kawan, biasanya aku akan membahasakan sebagai ‘kami’. Tapi tu dalam lingkungan 6 tahun la. Lepas tu aku dah tak teringat penggunaan kata ganti diri pertama aku sebelum aku berpindah ke Kedah waktu Darjah 6. Sampai sekarang, aku masih lagi tertanya-tanya, dulu aku membahasakan sebagai ‘aku’ ataupun ’saya’. Dan ‘engkau’, ‘ko’, atau ‘hang’? Yang aku ingat, keadaan di Kedah memaksa aku beradaptasi dengan pantas untuk mula bercakap Kedah termasuk menggunakan perkataan ‘aku’ dan ‘hang’.

Dan sepanjang di sekolah menengah mahupun matrix, aku takla rasa ada sebarang persoalan berkaitan penggunaan kata ganti diri memandangkan aku biasanya menggunakan ‘aku’ untuk kawan-kawan, ’saya’ untuk guru atau kawan-kawan yang tidak rapat.

Tapi bila kat USM, aku agak bercelaru sebenarnya. Aku x kisah dah status rapat untuk tentukan penggunaan ‘aku’ atau ’saya’. Tapi biasanya, kalau aku dah start guna ’saya’, aku akan terus gunakan ’saya’ sampai la bila-bila. Ada beberapa kes la yang bleh dihitung bila aku tukar ’saya’ kepada ‘aku’.

Satu dengan Samson. Satu lagi dengan Shila. Tu sebab kengkadang aku terasa lawak bila bersembang dengan bebudak debat. Bila aku sembang dengan Shila aku guna ‘aku’. Tapi alih-alih sembang dengan Kimi atau Abang Tra, aku akan guna ’saya’ balik. Aku tak pasti apa aku cakap bila aku sembang dengan ketiga-tiganya.

Hari tu sembang dengan Shahrill(guna ‘aku’) ngan Nawal(guna ’saya’). Terkekok sekejap sebab tengah confuse nak guna yang mana satu. Last-last aku guna ‘I’ tapi disusuli dengan ayat BI jugak le. Tak pernah aku buang tebiat menggunakan ‘I’ bila cakap BM.

Aku bersembang dengan bebudak Saujana ari tu (Farah1,Farah2,Awin,Najihah) + Tuk Penghulu. Kitorang cakap la fasal panggilan ‘abang’. Diorang cakap yang diorang malas nak panggil sorang budak tu ‘abang’ sebab beza jarak usia 1 tahun jer. Dulu, waktu kat area matrix, hanya sepupu2 aku jer yang panggil aku ‘abang’ memandangkan usia diorang yang memang jauh lebih kecik. Orang lain yang muda setahun dua, aku tak bagi panggil abang sebab rasa cam geli sikit la. Aku anak bongsu la, mana ada adik-adik nak panggil abang. Tapi bila dah masuk U, cam dah tak brapa kisah, memandangkan aku dah rajin gi buat aktiviti kat skolah kak aku, so anak murid dia panggil aku ‘abang’ la memandangkan usia yang agak jauh berbeza.

Dekat USM, aku rasa aku akan panggil seseorang tu ‘abang’ atau ‘kakak’ kalau ketika diperkenalkan (atau memperkenalkan diri), dia atau orang lain membahasakan panggilannya sebagai ‘abang’ atau ‘kakak’. Kalau x diperkenalkan sebagai ‘kakak’ atau ‘abang’, aku akan panggil nama dia jer la. Contohnya macam Imah (debat) dan Nawal.

Aku sangat alert bila orang panggil aku. Mungkin sebab aku dah buat eksperimen menukar nama panggilan beberapa kali (nanti la aku citer fasal ni dalam blog yang akan datang). So, aku selalunya tersedar kalau ada orang yang biasanya panggil ‘Abang Am’ kat aku dan tetiba dia panggil ‘Am’ jer. Sebenarnya tak la kisah sangat pun fasal pangkat ‘abang’ tu memandangkan bukannya ada signifikan sangat pun. Tapi mungkin aku rasa pelik sebab aku sendiri tak berkemampuan untuk menukar panggilan pada orang lain. Once aku dah panggil dia ‘abang’ atau ‘kakak’, aku tak pernah lagi panggil orang tu dengan nama dia jer.

Tapi tu suma tak penting. Setakat panggilan jer. Aku kengkadang tak faham, camner ada orang yang bleh rasa ’seronok’ bila sseorang pompuan tukar dari panggilan ‘encik’ kepada ‘abang’. Eu..




Comments RSS

Leave a Reply