Archive for May, 2006

May 01 2006

Aku, SMS & SMS Bundle

Published by flexin-am under All About Me

Kelmarin, aku pun terasa, apsal la ramai sangat yang antar mesej kat aku pagi-pagi ni (kul 11 masih dikira pagi ye tak). Rupa-rupanya disebabkan SMS Bundle yang Maxis tawarkan. Tapi aku cam tertipu gak la. Mana aku prasan yang valid 1000 sms sampai 12 tgh malam jer. Aku ingat stay lama. So, abih la RM1 aku.

Memandangkan aku guna Campus Zone, so kadar sms kepada lebih 6 juta rakan Maxis hanyalah 1 sen. Jadi, aku perlu menghabiskan 100 sekurang-kurangnya supaya balik modal. Dah la aku ni jenis malas sms.

Dah akhirnya, menjelang 12 lebih tengah malam, baki SMS Bundle aku ialah 800. So, kira dah abih 200 keping la.

Kengkadang aku rasa Maxis ada agenda lain untuk sms bundle ni. Memang la dah perabih RM1, Maxis gak bleh melatih pengguna2 supaya addicted untuk bermesej. Tapi, rasanya aku bukannya rasa addicted, malah terasa cam nak termuntah disebabkan banyak sangat mesej yang bleh dihantar dan diterima.

Jadi, kengkawan yang aku x bermesej sangat pun, menerima la mesej aku smalam. Tapi frust gak sebab kalah dengan roomate Firdaus (Debat,Fizik), Yusof sebab dia abih 200+ dan Shila (Debat) abih dekat 300. tapi okey la sebab aku berjaya mengatasi Dani (Math) dan Mahadi (Fizik, kawan sekampung). Ha ha

Tapi honestly, aku memang x brapa suka sgt nak antar mesej kat orang.

Teringat lagi waktu 1st year. Waktu tu still guna Celcom. Aku ngan Mahadi buat code untuk menjimatkan kredit. Iaitu:-

Miscall 1 x - Ya

Miscall 2 x - Tidak

Miscall 3x - Nak makan x?

etc

So, bila aku nak ajak Mahadi makan, aku akan miscall dia 3x dan dia balas la miscall 1x atau 2x. Jimat ar

Skang ni pun aku x faham orang yang menghabiskan kredit semata-mata nak balas ‘Ya’ atau ‘Ok’. Kalau ada CampusZone, so kira okey la. Kalo merentas service provider, Celcom ke Maxis atau Maxis ke Digi, kan ke membazir tu.

Itula sebabnya aku slalu gak tulis ‘Nak gi makan x?Kalo ya mcal aku 1x’ bila aku antar mesej. So, si penerima akan membalas mcal je. Jimat. Amalan ni aku lakukan terutamanya kepada kengkawan Celcom (Maharuddin misalnya)

Err, ini bukannya kedekut. Jimat laaa.

No responses yet

« Prev