May 11 2006
Pidato Rakan Muda
Baru je sampai rumah beberapa jam yang lalu. Smalam terpaksa tido kat USM sebab dah sampai lewat dan aku pun agak letih nak menunggang motorsikal balik ke umah.
So rasanya kali takde le apa-apa citer yang menonjol. Eh, ader. Baru teringat. Pak Dat takde suara.

Kali ni kitorang gi berlima naik van. Aku, Zali, Syikin, dan 2 orang budak rakan muda USM - Dayah dan Ayu (kedua2nya Fizik), yang pastinya diorang berdua akan menerima beberapa kejutan budaya yang belum pernah disaksikan (agaknya la kot)
Aku tak bawak vcam kali ni sebab ingatkan tak ramai gi. Sebab kalo x ramai, susah aku nak tinggal kat orang kalo aku nak gi toilet ke memana ke.
Lupa nak bagitau Abang Tra gi ngan Pak Dat. Shila yang memula x jadi, jadi plak gi bertolak dari rumah dia ke Kompleks Rakan Muda Puchong sendiri, dan Kak Khalidah join the journey waktu hari peringkat saringan.
Walopun x masuk kali ni, aku rasa cam jurulatih merangkap pengurus laa. Mana taknya, memula malam sebelum lawan, train Syikin ngan Zali, pastu 2-3 pagi gi jemput Syila kat bawah dan tunjukkan bilik, soknyer plak tolong jemputkan Kak Khalidah (tapi kat pintu jer la).
Pidato kali ni memenatkan sebab 34 orang bertanding dan lebih setiap orang cakap 10 minit. So 6 orang setiap sejam. Lebih 6 jam tuh.
Pak Dat hilang suara. Kesian plak aku tengok. Tak pernah lagi aku tengok Pak Dat ilang suara sebelom ni waktu berdebat. Tapi kira okey la sebab walopun hilang suara, masih lagi dapat no 3, kira berbaloi la.
Nasib baik la Dayah bawak digital cam, maka aku pun aper lagi, asyik bergambar je la keja aku. Putrajaya (tempat lawan) plak banyak tempat2 yang cantik, so ade jer chance aku suruh dia atau Ayu tangkap gambar sampai naik bosan diorang, he he.
Satu benda yang aku blajar : - untuk menjadi pemidato yang baik anda (sbb aku rasa cam aku x mampu jer) mestilah -
i) Berkebolehan berinteraksi dengan penonton.
ii) Informatif - agak bosan sebenarnya mendengar sesuatu yang sudah kita ketahui. Abang Kaloi nyer isi best, sebab waktu pusingan saringan, hujah2 dier membuatkan aku terasa bodoh - maksudnya banyak benda yang aku x tau
iii) Suara dan gaya yang selesa - tak perlulah meninggi atau menjerit atau buat gaya-gaya pelik yang membuatkan orang rasa x selesa. Daud nyer style best. Sebenarnya gaya dia xlah berlebihan, tapi dia bleh grab attention.
Seorang pemidato yang x best akan membuatkan orang
i) bosan
ii) walopun dia berkobar2, tapi pendengar akan cepat hilang perhatian. Ada la beberapa orang yang gaya bagus, bersemangat dan lancar, tapi x dapat capture perhatian aku sehingga membuatkan aku memikirkan perkara-perkara lain dan perkara-perkara yang tak sepatutnya difikirkan ketika pertandingan pidato. Heh.
iii) kuar waktu dia bercakap, bersembang-sembang sesama sendiri.
iv) menguap
Walau bagaimanapun, sebenarnya seorang penonton yang baik akan
i) diam sepanjang pemidato bercakap tak kisahla bosan ke x
ii) blah kuar dari dewan, gi bergambar kat sekeliling putrajaya, makan kat kafe putrajaya dan menjalankan aktiviti di luar dewan (tak termasuk melepaskan pencemaran udara) apabila terasa bosan supaya tidak menganggu majlis.
iii) tak akan menjerit kat blakang-blakang, rude la perangai camtu.
Secara kesimpulannya, aku enjoy gi jalan2 kat sana.
Senyum nampak gigi dari kiri atas:
Dayah, Zali, Kak Khalidah
Pakai spek dari kiri atas:
Ayu, aku, Abang Tra
Di tengah-tengah orang yang telah disebutkan namanya:
Syikin
Make-up tebal:
Shila
[Picture - a big happy family]