May 17 2006

Temuduga Biasiswa ASTS

Published by flexin-am at 4:49 am under All About Me

Pagi tadi aku ada temuduga untuk Biasiswa RLKA (Rancangan Latihan Kakitangan Akademik) USM. Kiranya kalau aku dapat, lega la aku nak sambung Master sebab kena sponsor plus terikat dengan USM selama 7 tahun. Tapi bagus gak sebab xyah fikir susah-susah dah fasal kerja. Harap-harap dapat la.

So, aku nak citer la, apa yang disoal. Mungkin korang bleh jadikan sebagai tauladan/sempadan kalau2 korang akan menghadapi sesi temuduga kelak. Thanx to Kak Khalidah yang telah menginspirasikan aku untuk terus berdebat biarpun dalam temuduga.

So, aku pun masuk la kat bilik yang ada 8 orang penemuduga semuanya. Aku tak bilang. Kakak kat luar tu la yang cakap ada 8 orang. Penemuduga yang berada di tengah-tengah ialah Prof. Rosihan M. Ali, TNC Hal Ehwal Akademik. Ni adalah soalan-soalan yang diajukan, tapi mungkin x mengikut susunan sebab dah terlupa. Jawapan lak bercampur aduk BI ngan BM sebab kalo soalan BM, jawab la BM begitulah sebaliknya. Mungkin sedikit bahagian terubah sebab terlupa (Ish, asyik lupa jer)

Q1: Kenapa pilih USM (sebagai tempat cadangan untuk menyambung Master)

Jawapan diberi : Kerana USM memiliki kelebihan …… (isi dengan pujian seperti mana disyorkan oleh Kak Khalidah). Lagipun saya sudah mempunyai pensyarah sebagai penyelia.

Jawapan dalam hati : Ish, teringin nak fly tapi xde duit. So buat kat USM bleh la jimat skit plus bleh lagi join2 ikut gi debat cam 1st year dulu, ye la kan ke budak Master x bleh masuk. Apa la MADUM, mendiskriminasi orang yang grad on time.

Q2: Apa topik kamu untuk Master dan apa rancangan kamu untuk PhD

Jawapan diberi : Fuzzy Nurbs. Saya masih lagi belum merancang untuk PhD (Jawapan ini agak bodoh)

Jawapan dalam hati : Fuzzy Nurbs yang cam menarik tapi saya pun cam x brapa faham. Baca 4-5 helai paper pun 2-3 hari dan tak habis-habis lagi sebab tengah cuti so cam x brapa rasa rajin nak baca dengan bersungguh-sungguh. Saya masih lagi belum merancang untuk PhD (jawapan yang sama) sebab ish, satu-satu laa.

Q3: So, kamu x bersedia. Bla bla bla…. (aku x tangkap point tu)…. So sama ada kamu akan sambung PhD dalam bidang yang sama atau tukar bidang lain? (Baru la aku tangkap point dia)

Jawapan diberi : Saya akan sambung dengan apa yang saya buat dalam Master dan xkan bertukar bidang (Jawapan yang dia nak kot).

Jawapan dalam hati : Sama seperti di atas.

Q4: Kamu tak bercadang untuk sambung di luar?

Jawapan diberi : (Sila tukar kepada ayat formal) Ada le gak cadangnya. Ada la surf skit-skit dalam internet. Amik brochur sana sini.

Jawapan dalam hati : Kalo ada duit, okey je.

Q4: Universiti mana?

Jawapan diberi : Saya masih belum melihat dengan teliti pilihan yang ada (Jawapan bodoh yang menunjukkan kelemahan)

Jawapan dalam hati : Stakat surf2 internet skit2. Cam semuanya best. Asalkan ada 4 musim dan ada salji (walopun aku tau aku x tahan sejuk), rasanya bleh jer mana-mana pun. Kalo kat US, bleh tengok Survivor Finale kat studio.

Q5: Kamu datang sini untuk interview tapi kamu x buat persediaan. Universiti luar cam x tau pun.

Jawapan diberi : Masalahnya saya memang sudah bercadang untuk menyambung di sini (USM). Jadi saya taklah berikan tumpuan pada universiti luar. (Bidasan yang baik, x sia-sia aku berlatih 3rd speaker)

Jawapan dalam hati : Yes!!!

Q6: Berikan subjek paling baik kamu (best subject)

Jawapan diberi : Aljabar Moden sebab ….. (tak nak tulis sebab nanti korang ingat aku riak plak)

Jawapan dalam hati : Err…Paper apa yang aku dapat A ha? Kalkulus 101 x dapat A. Persamaan Pembezaan dapat A x ar? Cam dah lupa la. Bagi je lar Aljabar Moden sebab tu cam ingat.

Q7: Kalau kamu diberi peluang sambung di luar mana kamu nak pilih, UK atau US

Jawapan diberi : Er. Saya sangat terbuka pada peluang (Satu lagi jawapan pelarian yang bodoh)


Jawapan dalam hati : US ada Survivor, Amazing Race etc. Apprentice UK cam x best jer. Tapi abah cam x bagi gi US takut kena serang, tapi nak kena serang mana-mana pun bleh kan. Err…. entah.

Q8: Bla bla bla. Bandingkan sistem pendidikan US dan UK

Jawapan diberi : UK peperiksaannya dikumpulkan macam SPM (Yang kemudiannya Kak Soraya(Pejabat Antarabangsa) bagitau jawapan yang sepatutnya ialah UK - exam oriented, US - student self-centered, ye ke? Mana la aku tau)


Jawapan dalam hati : Kat UK bebudak dia cam skema kot. Kat US ada social gaps sebab ada jocks, pom-pom girl dan nerds. Sure aku jadi Asian Nerds kalo gi sana (Rujuk : Mean Girl)

Q9: Are you married?

Jawapan diberi : No (dengan gaya tarik yang agak panjang menunjukkan cam pelik je soalan tu)


Jawapan dalam hati : Do I look like a married guy? Ke berkenan nak amik jadi menantu. Takpelah, saya tak biasa sangat match making, tapi boleh dicuba. (Ha ha)

Q10: Are you going to get married soon?

 

Jawapan diberi : Not soon, but later


Jawapan dalam hati : Ergh. Apa tanya soklan camni.

Q11: Tadi kamu cakap favourite subject kamu Aljabar Moden tapi cam xde kaitan dengan CAGD yang kamu nak buat master ni

Jawapan diberi : Eh, tak. Tadi saya ditanya my best subject, bukannya my favourite subject (bidas beb)


Jawapan dalam hati : Yes, kali kedua.

Q12: Brapa kamu dapat MUET?

Jawapan diberi : Band 4


Jawapan dalam hati : Band 4.

Q13: (Dengan ayat formal) Band 4 jer. Tak la bagus sangat (Camtu la maksud dia)

Jawapan diberi : Eh, tak leh cakap camtu sebab MUET ada writing etc (kononnya cam nak bagitau ada banyak komponen la dalam MUET tu tapi cam x baper sampai)


Jawapan dalam hati : Wah, MUET tu 3 tahun lepas la.

So, ade la lagi soalan-soalan yang ditanya. Tapi aku mungkin terlupa atau ada yang saja tak tulis sebab cam x best jer kalo tulis. So harap2 dapat la. Aku lagi terinspirasi sebab bila balik umah, mak aku cam okey jer kalo aku fly. Doakan la yek. Tapi kalo korang nampak muka aku lagi dalam USM 3-4 bulan lagi, maksudnya tak dapat la tu…

 




Comments RSS

Leave a Reply