Jun 10 2006

Do you care?

Published by flexin-am at 1:01 am under My Philosophy

Ada 2 jenis orang. Jenis 1- yang sentiasa mengambil peduli terhadap pandangan orang lain terhadap diri sendiri. Satu lagi yang x kisah. Okey, ada lagi jenis2 yang di antaranya tapi x yah la dibincangkan.
.

Mungkin aku jenis yang pertama tapi dah berubah sedikit2 ke arah jenis yang kedua.

.

Biasala, kita pasti berjumpa orang yang sangat amik peduli pandangan orang lain. Skop perbincangan aku ni ialah merujuk kepada penampilan fizikal. Tak nak citer fasal penampilan dalaman sbb lagi kompleks.

.

Kesan dari pemikiran jenis pertama iaitu amik berat fasal pandangan orang lain ialah seseorang itu sedaya upaya cuba berubah. Kalau rasa x cukup muscular, pegi gym. Kalo rasa x cukup cerah, guna alat2 pencerah, gi peeling dsb. Kalau rasa berat badan bertambah, diet. Orang yang jenis x kisah ni, kehidupannya lebih mudah. Kadang2 bagi perempuan, keluar pun xyah boh bedak. Kalo amik kisah, nak kuar pun kena make-up tebal. Contohnya macam…. he he. Takyah sebutla.

.

Nak cakap orang jenis pertama salah, pun x bleh jugak. Sbb kengkadang penampilan ni penting. Tapi jangan la sampai terover atau terlalu obses untuk melakukan perubahan. Jenis kedua plak, yang x kisah, memang mempunyai kehidupan yang lebih mudah, tapi hasilnya mengakibatkan orang tersebut selekeh dsb.

.

Okey, memula aku nak tulis fasal pembinaan perspektif. Sbenarnya masyarakat sekeliling memainkan peranan untuk mempengaruhi orang jenis 1.

.

Misalnya, pada zaman sebelum media luar bercambah, misalnya pada era 80an, seseorang lelaki yang maskulin digambarkan sebagai seorang lelaki yang bertenaga (aku rujuk di Malaysia la yek). Mampu melakukan kerja2 berat dan bersifat pelindung. Bentuk badan x kisah memandangkan rata2 orang yang kuat tenaga fizikal terdiri dari peladang, petani dsb. Makanan mana la cukup sangat nak bagi berketul2, tapi kalo suruh buat kerja, kalah bintang2 WWE skang nih.

.

Maka lelaki pada zaman tersebut akan cuba sedaya upaya untuk memantapkan diri dari segi ketahanan fizikal. Yang x kisah tu, still la x kisah.

.

Tapi bila media barat semakin masuk. Dan lelaki yang maskulin digambarkan dengan badan yang berketul2, maka kebanyakan lelaki zaman sekarang dah x berapa peduli sangat tentang ketahanan fizikal dan daya untuk melakukan sesuatu kerja. Lelaki yang terpengaruh akan sibuk2 pergi gym dan work out. Okay la, mungkin lelaki Melayu x banyak sgt yang buat benda2 camtu, might be sbb persekitaran jugak kot. Sbb orang Melayu biasanya x diajar dengan benda2 alah dalam gym tu dari awal. Tapi korang bleh tgk la sekeliling korang kan.

.

Tu bercakap tentang lelaki. Perempuan mungkin kurang bertuah sbb dari dulu sampai sekarang, persepsi perempuan yang ayu ialah perempuan yang kurus. Maka perempuan2 pun pulunla berdiet dan melakukan itu ini untuk tampil kurus. Sekarang ni pulak, perempuan dimomokkan dengan ceritera yang putih itu menawan. Maka bercambah la krim2 pemutih. Abih krim pemutih, ada plak krim menegangkan kulit kerana kesan lanjut usia bermula sejak 25 tahun dan sebab itulah Siti jatuh cinta dengan Datuk K, oops, dengan Olay Total Effect. Tak cukup muka, rambut pulak. Kalo dulu2 trend rambut kerinting cukup popular, skang trend rambut lurus plak. Semua ni hasil dari perkembangan fesyen dan pengaruh media.

.

Kedua, benarkah omongan itu semua realiti?

.

Sekali lagi, bagi orang yang x kisah, mereka berada dalam situasi yang cukup menyenangkan. Tapi bagi orang yang kisah, ketakutan melanda apabila soalan2 paranoid menerjah di kepala otak. Contohnya - kalo aku gemuk, ada ke orang nak kat aku. Contoh lagi - Agaknya kalo aku x make-up, orang cakap apa yek? Dan kebiasaannya, orang jenis 1 akan mengalami depresi ataupun kurang keyakinan diri untuk tampil di khalayak baik dari berjalan di pasar malam, mahupun berdebat, oops.

.

Mungkin juga satu soalan perlu ditanya kepada diri. Apa guna untuk merubah fizikal (dari gemuk ke fit, kurus ke fit, cerah ke tanned skit, dan gelap ke cerah bak tepung)? Bukannya semua orang bleh jadi model pun.

.

Bagi aku kalau jawapan untuk perubahan ialah untuk mendapatkan keyakinan diri, mungkin agak rugi. Sebab, korang akan still x puas hati walaupun ada sedikit perubahan. Dan berapa lama korang nak tunggu sampai dapat keyakinan diri. Okey la 3 minggu kalo guna Fair & Lovely. 30 lbs in 3 weeks kalo guna benda alah dalam Smart Shop tu. Jika jawapan ialah untuk suami (atau isteri), ada baiknya. Jika jawapan anda ialah kerana suka, mengenangkan perubahan itu sesuatu yang sihat, ataupun untuk tujuan kesihatan, sedang dalam masa yang sama, anda tidak kisah dengan keadaan sebelum perubahan, maka itu jawapan yang baik.Nick_jessica

.


Era kini telah mewujudkan sesuatu pattern yang digambarkan sebagai kesempurnaan. Bagi perempuan -
tinggi, langsing, cerah, mata lentik dsb ialah imej perempuan yang ayu. Bagi lelaki - tinggi, tough dsb.

.
Persoalannya, adakah kehidupan lebih baik dengan imej tersebut. Kalau dari segi pandangan mata, memanglah orang selesa memandang. Tapi kalau dari segi sosialnya, orang yang kelihatan sempurna tidaklah memperoleh lebih banyak rakan, mahupun lebih berjaya dari sudut perhubungan, kewangan etc.

.
Produk2 gagal bercambah kat US macam Nick Lachey ngan Jessica Simpson. So?

.
Kalau nak melakukan perubahan, jangan la disebakan pandangan orang lain. Sebab x kira sebaik mana seseorang, kalo jahat apatah lagi, manusia still xkan tutup mulut atau at least fikir ketidaksempurnaan seseorang.

.
Issei (NFU International Office Officer, datang mlawat USM bberapa bulan lpas) ty aku, ‘kenapa kebanyakan lelaki kat Malaysia cam x fit. Diorang x gi gym ke?’. Aku jawab, ‘Mungkin disebabkan persepsi lelaki Malaysia yang anggap a typical guy could still get a beautiful lady, so they think they don’t have to change anything about themselves, instead in US, where jocks belong to the pom2 girls and geeks have to marry geeks’.

.
Well, life isn’t really a fairy tale where Prince Charming marry beautiful princess and live happily ever after. Yeah, they never tell you Cinderella get divorce after her husband broke her glass shoes, and Sleeping Beauty get tired with her prince, and they went separate way and still live happily ever after…. Don’t you guys watch Shrek and learn something??




2 Responses to “Do you care?”

  1.   awynon 12 Jun 2006 at 6:36 am

    kenapa still perempuan nak kurus or cantikkan muka lagi ngan krim,make-up..??alah,sebab wujudnya kaum ADAM(kaum abang am gak.hehe) yg bermulut laser lg tajam seperti F bkn nama penuh yg suka kritik(lbh tepat lg kutuk:P) penampilan perempuan…tu pasal la org perempuan terkedek2 beli krim,mkn pil kurus..hahaha…

  2.   Lutfi Amrion 12 Jun 2006 at 8:09 am

    Ha, tu la maksudnya Awyn ni jenis 1. Pandangan minor pun dah men’affect’ kehidupan. He he..

Comments RSS

Leave a Reply