Jun 19 2006

Gol & Gincu - Episod 3 - Perempuan Melayu Terhampeh

Published by flexin-am at 1:35 am under Television

Recaps 18 Jun 2006
Episod : Perempuan Melayu Terakhir

Note: Bagi yg malas nak baca recaps, baca je bahagian bidasan

Recaps!

Okay, so citer kali ni dah semakin ala2 3R. Maksud aku, bila dah ada mesej2 yang mirip2 3R dalam episod kali ni. Honestly, aku agak sakit ati tengok bahagian awal citer ni. Okey, kita recap dulu

Putri gi antar Eddy kat KL Sentral, dan tetiba Reza ternampak dia berpelukan dengan Eddy. So, Reza cam rasa x best la bila nampak benda tu, jadi dia pun bagitau la Putri yang dia x brapa puas hati. Pada masa yang sama, Ayu pun masuk line dengan mempengaruhi Reza supaya fikir bukan2 pada Putri (yang sememangnya patut pun). Atas kesedaran yang separa sedar, Putri pun amik tindakan untuk mengubah sedikit imej. Dia pinjam baju kurung mak dia sbb baju dia ketat dan jarang (Eh, tetiba teringat kat sesorang yang ada baju camni gak). Ha, tau pulak nak pinjam kat mak dia. Putri terjumpak surat yang Marwan (bf lama mak dia antar surat ugutan tu) bagi kat mak dia. Tapi still citer fasal tu x masuk lagi.

Putri pun mulalah berbahasa Melayu sepenuhnya, x rojak la. Pastu ajak Reza gi tengok teater dan akhirnya Ayu ajak diorang dua gi pantun. Yang bestnyer, Ayu pekena Putri suruh jual satu pantun. Yang Putri pun satu, dah x brapa tau, cakap je la x reti, ini x. Confident jer bagi satu pantun pelik. Jadi dia pun termalu, tetapi akhirnya dipujuk Reza. Ending dengan Reza cakap dia menerima Putri seadanya.

Plot2 lain
Shasha kuar date dengan mamat over-confident tuh - Haikal. Dan Haikal rasa pelik dengan Zie (Rafidah) yang tomboy.
Watak Celina plak reveal fasal diri dia yang x kisah sebab x reti berbahasa Cina
J plak tengah kuruskan badan dan watak Kartini cuba bagi nasihat

Tu je la isi2 penting episod kali ni. Jom kita bidas!!

Bidasan!

Main point episod kali ni ialah ‘be yourself’ ataupun ‘be who you are’. Ni mesti la sebagai kempen keterbukaan dan salah satu gaya fikir ala barat yang mementingkan hak peribadi (rights of individuals) berbanding hak masyarakat (rights of society). Okeh, mari kita tengok perbualan mereka.

Lokasi : Kat tempat main futsal
Perbualan berkisarkan Putri yang berpakaian seksi. Ditambah dengan kenyataan pakai seksi boleh mengakibatkan kes rogol dan lelaki turn on. Dibidas oleh kawan-se-geng-Putri(KsP) yang mengatakan, mana ada turn on, kalo x dah berhenti dah lelaki2 kat tempat main futsal terkam diorang. Lelaki boleh kawal diri

Bidasan 1 : No wonder la dia cakap camtu. Penulis skrip citer ni pun pompuan gak kan. You really think that way?? (Read as sarcastic as you can!)

Pastu ada tambahan dari KsP yang cakap pakaian x mempengaruhi la. Banyak je orang tua, muda , seksi, pakai tudung yang dirogol.

Bidasan 2 : Kalau korang perhatikan kat ayat ni, memang x salah faktanya. Tapi perlu diingat, tujuan ayat ini dicakap tidaklah disambung dengan ‘maka, setiap orang wanita perlu berjaga2 tak kira gaya pemakaian, baik dari bertudung labuh hinggalah seksi, kerana sesiap sahaja boleh menjadi mangsa’. Kalo itu sambungannya, xder bidasan. Tapi biasanya ayat ni xder sambungan camtu. Dia akan membiarkan orang berfikir yang,’maka, x kisahlah pakai apa pun’. Ha, ni la part yang mirip 3R. Bukannya nak bincang sangat what’s the best for a woman. Lebih banyak bincang what a woman can do.


Lokasi: X ingat
Putri bincang fasal apa maksud orang Melayu. Maka disebutlah fasal makanan, pakaian. Fasal kalau nak jadi orang Melayu, x payah la main futsal, pakai la baju Melayu. What da… So, macam tu je la yek definisi orang Melayu. Very simplistic. Seolah-olah bangsa itu menurunkan cara hidup yang sama turun temurun. Seolah2 dengan berpegang pada jati diri bangsa, kita akan terus kolot dan x maju. Bagi aku, kalau bercakap fasal bangsa, sesuatu yang memisahkan satu bangsa dengan bangsa yang lain ialah etika dan cara hidup. Orang Melayu dikaitkan dengan kesopan, sifat malu, tidak straight 2 the point dsb. Orang Jepun dengan ketepatan masa dan hormat.
    Itu sebabnya kalau seseorang tu bercakap str8 2 the point, kita akan kaitkan dengan budaya barat. Bab2 pakaian, permainan ni mana ada signifikan. Dulu2 orang Melayu pakai lagi seksi (rujuk pada berkemban). Dan bagi aku, nilai2 positif inilah yang perlu dikekalkan dan seterusnya membentuk identiti sesuatu bangsa. Dan kebiasaannya, kalo kita adaptasi budaya bangsa lain yang positif, orang x akan cakap apa2. Misalnya kalau cakap str8 to the point di dewan parlimen, atau ketika menyuarakan isu2 rakyat macam dalam Edisi 7, jarang orang bagi reaksi buruk.
    Berpeluk-peluk (rujuk Putri ngan Eddy), x kiralah camna cara Putri dibesarkan, masih lagi kita katakan dia x berbudaya Melayu. Okey, persoalan berapa tahap kemelayuan ni memang kompleks. Soalan mudah untuk Putri, jangan kira tiket bangsa jer. Agama camna plak yek?

Kesimpulan

Aku agak frust dengan mesej yang cuba dibawa oleh Gol & Gincu : The Series. Pada aku, baik lagi citer ni kalo sekadar citer kosong, daripada membawa mesej2 yang deviate camni. Pada aku, pada akhir citer ni, bila Reza menerima Putri seadanya, aku rasa mesej tu bagus. Human is not perfect. Kita x bleh paksa orang untuk berubah (nasihat bleh). Tapi G&g punya point ialah, kita x bleh paksa orang untuk berubah, dan kita sendiri x perlu berubah selagi mana kita selesa dengan diri sendiri. Yea, right!(Baca dengan intonasi sinis. Salah intonasi, salah maksud tuh). Analoginya cukup mudah (cam debat la plak), seseorang yang obesiti dan ada kemungkinan boleh darah tinggi, kita x bleh paksa dia kurus (nasihat bleh), tapi itu x bermaksud dia x perlu berubah apabila dia selesa dengan sendiri dia.




4 Responses to “Gol & Gincu - Episod 3 - Perempuan Melayu Terhampeh”

  1.   -shahirah-on 18 Jun 2006 at 7:19 pm

    hehehehe…
    aku pun setuju gak…
    diorang ni wat skrip ikut hati je…
    takkan la tak sedar benda2 tu bleh banyak bagi pengaruh kat orang ramai… tambah2 lagi dak2 yang tak matang.. apala… kalo nak bagi mesej pun biar kena pada tempatnya…
    saja ja nak ikut cam barat.. kalo benda baik nak ikut takpa gak..

  2.   le'anon 18 Jun 2006 at 11:13 pm

    aku tak suka episod kali ni, especially masa zie ker celina tu tengah discuss pasal melayu dengan putri, then dier cakap kat putri ‘melayu tak boleh sambut valentine’ then putri jawab ‘huh!tak boleh sambut valentine?IT SUCKS!! aku rasa kalau orang yang kurang pengetahuan agama senang jek terpengaruh dangan ayat camni, dieorang ni just cakap melayu tu sama dengan race lain, ada bezanyer melayu tu berpegang kepada ajaran islam dan Islam melarang benda2 camnie..inilah kalau pengarah terlalu liberal..

  3.   mr kairu mirzhaon 25 Jun 2006 at 2:04 am

    aku setuju sangat2 pendapat hg wahai ahmad lutfi amri bin ramli..huhuhu..ye la,kita ni org melayu+islam..mmg xsesuai langsung dgn apa yg nak diorg( G&g )sampaikn tuh…aku pn sosial gak tp xla smpi membelakangkan isu2 agama..

  4.   aVie eicCaon 26 Jun 2006 at 9:34 am

    Ni SIS (sister in Islam) punyer “hidden” agenda.

Comments RSS

Leave a Reply