Jun 12 2006

Gol & Gincu (Recap 2nd episode)

Published by flexin-am at 10:38 am under Television

Golngincu"Hari ini hari engkau’

Ahad lepas, Gol & Gincu masuk ke episod ke 2. Kali ni konflik cukup mudah iaitu kesibukan Reza (Pierre Andre) mengakibatkan Putri (Fazura) berasa diabaikan. Ala, kira masalah2 biasa jer tu. Tapi yang lebih best ialah part Ayu yang admire secretly kat Reza yang men’delete’ fail assignment Reza supaya Reza x leh kuar ngan Putri + terpaksa la menghabiskan masa dengan Ayu (dan rakan2 lain) untuk menghabiskan assignment. Waktu Putri tanya x buat backup ke, nasib baik jawapan dia bagi bagus. Kalo x, aku nak fire dah kalo dia cakap x. Reza cakap dah print tapi skali dengan hard copy pun ilang. Kira mantap gak Ayu (sarkastik nih). Siap amik hard copy skali. Cuma satu ar fasal Reza nih. Slain daripada gaya dia yang cam x bertenaga (mak aku pun stuju), dia ni cam sangat nerd dan innocent (lebih nerd dari aku la kiranya). Ayu dok bagi sign2 camtu pun x prasan lg. Ceh betul

Okey, pastu kita tgk la Mia (sapa nama model iklan Ponds tuh) yang memulanya aku was2 status bangsa dan agama dia dalam citer ni memandangkan nama pun dah pelik. Rupa2nya dalam citer ni Mia ni Melayu ar kiranya sbb dalam episod nih, dia telah berjaya lari ke Thailand dan kahwin dengan sorang pak cik nih. Walopun aku x berhak nak pertikaikan ‘kesucian cinta’  si Mia nih, tapi aku nak cakap gak - ish, xde taste betul Mia nih. Lepas balik dari Thailand, Mia dinasihatkan oleh Putri dan mak Putri untuk bagitau parent. Dan diketahui dari cerita (sbb x tunjuk pun part tu), ayah Mia cam bergaduh sakan ngan suami baru Mia. Dan kemudiannya, Mia pun bagitau Putri yang dia dan suami dia nak gi melancong kat Egypt. Uuh, kira berduit la gak kan. Kira, kahwin xder kenduri la yek..

Pastu datangla plak part Eddy (Ashraf Sinclair) yang nak blah study kat oversea. Tapi rasanya cam ada improvement skit lakonan Ashraf berbanding Gol & Gincu The Movie. Eddy cam nak berbaik balik ngan Putri, tapi Putri pun sama, macam x prasan la. Apsal la diorang ni banyak sgt baik sangka. Kalo telenovela Spanyol, mesti macam2 fitnah dah timbul. Dan at the end of the day, Putri antar Eddy gi KL Sentral. Reza ngan Ayu terserempak nampak Putri berpelukan ngan Eddy. Ergh, apsal kena peluk ha? Cam, x patut boh part2 camtu. Nasihat kpd Reza - clash jer, tapi jgn couple ngan Ayu. Cari orang lain.

Lantaklah kat watak utama. Aku lebih suka tengok citer2 orang lain lg. Contohnya cam J yang apply utk Pasukan Futsal Selangor, dan dapat. Shasha lagi best. Aku suka lakonan Sazzy Falak yg cam bitchy skit dalam ni, tapi cam dah jadi baik skit la dalam The Series. Episod kali ni, ada sorang mamat yang over confident giler (diketahui dari episod akan datang, nama dia Haikal). Dia ngorat Shasha, tapi Shasha bagi cabaran, dia hanya akan kuar date kalo lelaki tu pakai kasut tumit tinggi warna merah. Dan supaya cerita diteruskan, Haikal ni pakai ar. Part ni kira comic relief ar.

So, at the end of the day, aku pun tertanya2, apa kaitan tajuk dengan cerita ni. ‘Hari ni hari engkau’ - engkau tu merujuk pada sapa. Mungkin boyfriend lama mak Putri kot. Tapi cam skit je part tu untuk melayakkan tajuk tu diberi untuk part yang skit tu.




Comments RSS

Leave a Reply