Jun 30 2006

Superman Returns

Published by flexin-am at 7:59 am under Film

Baru je balik dari tgk Superman Return. Duration = 2 hours and 40 minutes. Apsal la citer2 skang ni lama2 sangat. Penat.

[Caution: Spoilers ahead]

Citer dia bermula dengan Superman pulang semula ke bumi. Sebab aku x tengok citer Superman dulu2, yang movie, jadi aku agak lost la skit.

Ada percanggahan yang jelas antara Superman movies ngan Smallville dan New Adventure of Superman (TV).

Antaranya ialah Lois Lane masih x tahu yang Clark tu Superman dalam movie ni, berbanding New Adventure of Superman yang mana the secret isn’t secret anymore.Superman4

Nak dijadikan citer, aku pergi beli tiket kul 5.45. Lepas beli, baru tanya brapa lama citer ni. Bila dia cakap 2 jam 40 minit, aku dah x sedap hati sebab clash ngan Maghrib. Maka aku skip 15 minit bmula kul 7.35, yang mana rupa2nya waktu tu adalah part klimaks. Tapi aku sempat tengok la ujungnya. Jadi aku x dapat la nak komen klimaks dia best ke x. Tapi kalo stakat 15 minit, orang jahat dah kalah, maybe bleh dipertikai kot. Takpe, nanti aku download, bleh la tengok part yang skip tu.

Antara part yang dibidas (oleh orang2 kat blakang seat aku, yang x reti2 nak diam waktu tgk movie) ialah bila Superman jatuh dari langit. Sebab selepas jatuh, rambut dia yang part depan tu still maintain.

Part yang x dikembangkan mengikut harapan dalam hati aku ialah part anak dia. Rupa2nya Lois Lane dah melahirkan anak luar nikah dia dan Superman. So, anak dia pun cam ada power gak la.

Ending agak hampeh. Amik nak dekat 15 minit hanya untuk lihat Superman jatuh, dimasukkan ke hospital, Lois Lane dan orang2 lain bersedih, and out of nowhere, Superman sihat seperti biasa. Cam anti-klimaks.

Part yang bagus ialah

1. Waktu Superman terbang masuk screen. Sistem bunyi menyebabkan aku terasa yang dia terbang kat tepi menuju ke tengah, sampai aku tertoleh sedikit.

2. Skrip yang lawan expectation - Waktu Lois Lane nak merokok kali kedua, aku ingat Superman akan padamkan api rokok tu macam dia buat waktu awal cerita. Tapi x berlaku. Lois  Lane padam atas kesedaran sendiri.

3. Waktu tetiba trak suluh kat penonton. Aku tertutup skit cam silau. Rasa ada nilai2 realiti ar.

Kesimpulan: Citer Superman ni sebenarnya cam kombinasi 2-3 episod dalam satu movie. Aku agak suka konsep ni berbanding King Kong yang memanjang action. So, the producer know when to break and when to keep the adrenaline pumps up. Tapi aku x suka part yang peluru masuk ke mata Superman tu. Walaupun dianjal balik, tapi bleh meninggalkan kesan negatif pada kanak2.

Gred : 3.24 bintang (yang 0.24 tu boh sesuka ati jer :)




One Response to “Superman Returns”

  1.   - hani -on 02 Jul 2006 at 12:47 am

    wow.. leh jadik pengkritik terbaik nih.. hmm.. welldone maaa..aku tau hg mmg suka buat analysis cam nih.. hehhe.. so, pract ke skrang? ada lagi one year gak kan?

Comments RSS

Leave a Reply