Jul 09 2006

Gol & Gincu - Episod 7 - Jerangkung dalam Almari

Published by flexin-am at 8:43 am under Television

Recaps 9 Julai 2006
Episod : Jerangkung dalam Almari

Aku x tulis recap episod 5 sebab kat Institut Integriti Malaysia (ada debat waktu tu). Episod 6 aku x tengok sbb tgh ada practise debat. Nak kuar sbb nak tgk G&g, for sure kena laser. Skang kat rumah so layan la episod malam nih.

So, episod malam ni fasal Marwan yang ugut mak Putri tu selamatkan Putri pada episod lepas. So, Putri pun bawak la Marwan balik ke rumah. Dan mak Putri ala2 terkejut la sbb Putri bawak balik lelaki tu. Dan kerana kesiankan Marwan, Putri suruh mak dia bagi Marwan lepak 2-3 hari kat rumah dia.

Persoalan : 1. Apa ke bodoh (saja guna perkataan ni supaya lebih dramatik. Jika kurang selesa, gantikan dengan naif) senang2 hati bawak balik orang x dikenali ke rumah. Memang la orang tu selamatkan nyawa, tapi x la perlu ajak ke rumah. Dan x ke rasa cam bahaya kalo tetiba jer yang selamatkan kita tu nak ikut balik rumah. Dia xder keja ke. Oh, Marwan bagi alasan beg dia kena ragut. So? Bagi la RM50 (kalo baik dan ikhlas), pastu pandai2 la dia nak gi mana. Kalo dari KL, RM50 cukup dah nak balik ke Perlis, mahupun JB.

2. Boleh la sesenang hati benarkan Marwan tu duk serumah. Dah la rumah janda.

Okey, sambung balik. Timbul la isu kat Lim Kok Wing fasal surat layang. Ada sesapa tah tulis fasal rahsia peribadi orang lain dan sebarkan. Dan nak dijadikan cerita, Shasha kena gossip lesbo dengan Zie. Yang dipendekkan citer, Zie balik kampung, dan Shasha cam menjauhkan diri dari Zie. Zie balik umah dan terjumpa dengan x-boyfriend, Ikan(Que Haidar) yang menceritakan suatu rahsia besar kat Zie. Shasha disingkirkan dari team oleh Wawa dan sapa ntah nama lagi sorang.

Disebabkan Putri kesian kat Shasha, Putri suruh Dekan (aku tertanya2 dekan apa? Dean of IPS? Dean Sains Matematik? dan Dekan ader kuasa ke nak pasang2 kamera, bukan sepatutnya bahagian HEP ke yang deal dengan benda2 nih). Dan akhirnya, tertangkaplah orang jahat iaitu Wawa - sorang budak pompuan yang pakai tudung yang bleh dikategorikan pemakaian tudungnya baik kerana agak labuh.

Wawa ni awal2nya cam laser2 kat Shasha. Tapi rupa2nya dia ni buat benda2 keji tu + dia melakukan perbuatan terlarang dengan sorang budak lelaki yang pakai kepiah.

Mesej tersurat yang cuba disampaikan: Even orang yang pakai tudung pun x semestinya baik. Sebab ada orang yang bersembunyi di sebalik imej dan pakaian
Mesej tersirat yang cuba disampaikan : Maka dengan itu, xyah la pakai tudung, pakai jer seksi2 kerana yang penting tu hati (Ceh)
Bidasan : KEJI!!! Aku agak terasa (offended) bila diorang boh skrip macam ni. Dah la dalam citer ni, Wawa sorang jer yang pakai tudung, alih2 watak dia watak jahat plak. Nampak sangat diorang merendah2kan wanita bertudung sesuka hati. Jangan kerana 2-3 orang wanita bertudung yang x baik, maka ’senang2 hati’ (baca dengan beremosi) nak tuduh wanita2 lain yang bertudung juga boleh senang2 diragui. Hampeh punya citer.

Kenapa aku bara sangat?
Kalo macam dalam citer Syukur 21, di mana semua orang ditunjukkan pakai tudung, kepiah, dan tetiba muncul satu watak lakonan Norzizie Zulkifli yang pegang watak antagonis, maka itu merupakan suatu keadaan biasa. Dalam satu komuniti, ada la orang jahat.
Tapi kalo dalam satu rancangan yang membudayakan barat, dan hanya tampil satu saja watak memakai tudung, dan satu watak memakai kepiah, dan tetiba plak diorang adalah watak jahat, maka cerita ni jelas merendah2kan orang yang memakai tudung. Kalau non muslim foreigner tengok, apa persepsi diorang? Negatif. Jom tengok media lepas ni, selain blog aku, sapa lagi agaknya akan mempertikai. Kalo xde, nampak sangat le orang kita kurang sense.

Sambung citer. Sbb mood dah hilang nak bercerita, aku pendekkan. Reza bagitau Putri yang dia ada HIV+




4 Responses to “Gol & Gincu - Episod 7 - Jerangkung dalam Almari”

  1.   aVie eicCaon 09 Jul 2006 at 4:48 pm

    AKu tak tengok dah citer ni.Cam bias habislah.Memang betul2 menghina bangsa dan agama.Kalau dah tau semua yg pakai tudun tu tak baik cuba dok diam jalah.BUkan orang tak tau pun.Tapi maybe sebab depa nak cover malulah sebab tak pakai tudung.Cerita G&G ni patutnya kena lalaui penapisan Filem dulu.AKu rasa ni lagi “tahyul” lagi dari cerita hantu.Argh…lingkuplah mesia camneh.[sigh]

    http://avieciennawannabe.blogspot.com
    heh promote blog aku deh.

  2.   awynon 09 Jul 2006 at 5:53 pm

    apa kata lps ni abg am hantar “surat wasiat” kat mana2 srt khabar..sbb abg am tgk citer tu.(xminat tgk citer yg menggedik2 tu)..tp,mmg hampeh lah yg wat skrip nie.mendajalkan org yg sepatutnya!!

  3.   diyanaSon 09 Jul 2006 at 7:48 pm

    bersetuju.umpama mata pena yang membunuh secara senyap..-

  4.   'RiLL-UnDoMiEL'on 16 Jul 2006 at 6:27 am

    aku tak tgk cerita tuh tapi th realiti mmg skang perepuan yg pakai tudung not fer teh sake of tuntutan agama tapi fashion..furthermore dah pakai tudung pakai seksi plak dan mmg betoi pun ada perempuan yg pakai tudung tapi mulut tak ‘tudung’..the lesson, tuintutan agama wajib ditegakkan but dont judge a book by its cover !

Comments RSS

Leave a Reply