Jul 17 2006

Manusia tanpa perasaan

Published by flexin-am at 1:23 am under My Philosophy

Ciss, ari tu bebudak debat melabelkan aku sebagai manusia yang takde perasaan. Orang yangNganmukhlis
bermain dengan logik. Sampaikan Kak Diyana (Debat UiTM) terus suruh aku tengok citer A.I. Nanti ek Kak Diyana, kuar BJ, kedai DVD asyik tutup jer. X tau kenapa. Dah lama dah x gi BJ. Nanti ek.

Entahlah, diorang cakap camtu pun sebab aku seolah2 tak perasan pada satu keadaan nih, yang maleh la aku nak ceriterakan kat sini.

Aku nih jenis sensitif. Bukan la mudah terasa maksud aku. Tapi mudah alert dengan apa yang berlaku di persekitaran, reaksi orang terhadap aku dsb. Contohnya, baru2 ni ada sorang junior tetiba panggil aku Abang Am, yang sebelum ni dia panggil Am jer, pun aku prasan. Tapi mungkin gak disebabkan sejarah lampau, bila aku buat prasangka bukan2 dengan reaksi kecik2 yang ada, membuatkan aku malas nak tafsirkan benda2 kecik kat sekeliling aku.

Disebabkan suka baca Detektif Conan, jadi aku suka gak la buat analisis pada satu2 perkara. Ari tu kan ke dalam suratkhabar (B Harian kot) ada ruangan selebriti ngan bola. Aku prasan lagi komen Anding dan Marsha dalam kolum tu.
    Anding cakap dia suka musim World Cup sbb inilah masanya untuk berkumpul dengan kawan2 lepak ramai bla bla. Marsha plak cakap dia dengan mak dia suka Brazil. Diorang slalu tengok sama2. Berdasarkan ayat yang ditulis, aku buat kesimpulan yang Anding nih x baper tahu fasal bola, dan maybe x brapa suka pun bola. Marsha plak minat bola (dengan kapasiti pompuan, maksudnya x la fanatik sampai sembang pun kuar tajuk bola). Kenapa?
    Sebab Anding cakap, perkara yang menarik bila musim bola datang ialah boleh melepak dengan kawan2. Setahu aku, kalo seseorang lelaki tu minat bola, dia akan cakap fasal pemain ke, team mana yang dia suka, atau prestasi pertandingan, dan seangkatan dengannya yang sure buatkan aku takleh join dan x berminat untuk join sbb aku x minat bola. Kalo cakap yang seronok fasal bola ialah boleh lepak dengan kawan2, hello (baca dengan gaya ‘hel’ ditarik panjang ke atas, dan ‘lo’ sedikit berlagu), lepas debat atau buat assignment pun bleh buat camtu. Marsha plak aku cakap, dia dengan mak dia mmg minat Brazil dan tengok la jugak bola sedikit sebanyak. Perempuan punya gaya citer (kebiasaanya) fasal bola adalah sedikit berlainan. Dan dia x perlu menipu yang mak dia minat Brazil kalau mak dia mmg x minat.

Tu contoh la, analisis yang aku buat. Nanti kalo aku bagi contoh orang2 sekitar aku, susah la plak.

Entahlah, kengkadang, atau kebanyakan sebenarnya, analisis aku fasal orang2 sekitar aku ni betul jer. Tapi dengan meletakkan anggapan aku sebagai hujah, aku menjadi bertambah paranoid.  Tu sebabnya aku jadi cam orang xLetih berperasaan skang nih. Kalo korang ala2 bagi hint jer, maybe aku x kan prasan. Tapi yelah kan, orang2 kita pun bukanla style str8 foward bila cakap. Cuma kalo korang ada apa2 masalah (sila baca dengan nada sayu, bukan nada cari gaduh) dengan aku, aku harap korang bleh berterus terang (dengan nada baik, kalo x aku tension nanti) dengan aku.

Ish, apsal blog aku kali ni lain macam jer yek??




Comments RSS

Leave a Reply