Dah 2-3 ari balik, baru la aku cam ada mood nak recap balik fasal debat. Bukan ler x excited, tapi disebabkan ada beberapa perkara yang kurang menyenangkan telah berlaku, aku kurang berminat nak tulis. Tadi dah baca Kimi update blog dia fasal Debat Integriti, so aku pun nak la jugak update.
Blog
Ala2 heboh jer fasal aku slalu mengupdate blog dan meng’full’ kan mailbox orang lain. Sampaikan orang yang x add aku dalam friendster pun bleh cakap yang aku slalu update blog. Cis. Kak Diyana (UiTM) tanya aku, camner aku bleh dapat idea. Aku pun bagitau la yang aku tulis blog ni sebagai cara untuk luahkan perasaan. Sebab tu kalo waktu cuti, aku slalu gak update berbanding kat USM. Sbb kat USM, aku citer perkara2 yang berlaku kat kengkawan.
Debat
Team USM - Abg Tra, Fuad, Kimi dan aku. Untuk ari pertama, 3 pusingan, aku x masuk, jadi simpanan. Ari kedua, baru aku masuk sampai suku. Tapi kitorang kalah kat suku ngan UM. Aku agak skit frust sbb perlawanan dengan UM x dirakam sebab Imah (USM) bawak kamera video aku kuar gi dating. Dah la perlawanan terakhir aku
Perlawanan ke-3 dan ke-4
Antara plot2 menarik dalam Debat Integriti ialah bila Kak Diyana jadi Tuan Yang Dipertua waktu Pertandingan antara UPM dan UMS untuk penentuan tempat ketiga dan keempat. Antara dialog (lebih kurang camni la)
Kak Diyana : (ketika memperkenalkan Abang Kaloi) Di sebelah kanan saya Saudara Khairul Nizam … yang khabarnya sedang hangat bercinta
(Diikuti sorak olah penonton. Datuk Jins Shamsuddin pun datang. For sure dia terblur skejap dengan reaksi yang diberikan)
Abang Kaloi : (ketika berdebat) Saya akan membidas kes di perwakilan pembangkang. Kes Tuan Yang Dipertua, saya akan bidas kemudian. (Abang Kaloi terhenti sekejap, dek ketawa dari penonton)
Kak Diyana : (selepas Abang Kaloi duduk) Terima kasih …. Filem kegemaran beliau ialah Da Vinci Code. Saya tertanya2 beliau pergi menonton dengan siapa. (Sorakan lagi)
Tak habis setakat tu, ketika pengumuman pemenang tempat ke-3, Nana (UIA) tambah lagi dengan
‘Pemenangnya ialah… pasukan yang sedang bercinta, barisan pencadang’.
Memang best giler tengok orang dipekenakan.
Video
Abang Tra cakap yang aku lebih banyak merakam aktiviti2 luar debat dari perdebatan. Mana ada. Kalo dikira dari segi masa, banyak lagi tape abis untuk debat. Cuma sebab aku sentiasa bawak kamera tu waktu gi makan, turun bawah, sini, sana, tu sebab nampak cam banyak buat rakaman aktiviti2 camtu.
Dan ada la beberapa scene yang menarik telah berjaya dirakam termasuk part Sakinah (UTM) tengah makan2 ngan kitorang dan buat aksi2 lawak dia. Kalo tayang waktu Debat Alam Sekitar kat USM nanti, for sure cam best. Tapi x bleh ar, sbb kurang sopan. Ha ha
Kelab LTF
Bleh la tetiba tertubuhnya kelab lelaki2 yang x percaya pada cinta. Acronyms dia jadi LTF, x perlu di expand kan ke perkataan penuh. Aku sekadar merakam jer la agenda kelab nih. Takde ar masuk. Tak layak. He he
Ketuk2 pintu
Balik dari One Utama malam tu, Mai(betul ke x nama dia ni, budak KUSTEM) citer fasal pintu bilik dia diketuk2 dan cuba dibuka. Waktu tu, dia sorang2 jer dalam bilik. Bahaya gak ek. Nama jer kat Institut Integriti Malaysia, tapi bleh ada la plak kes2 camtu. Kalau setakat bebudak U nak buat kacau, x kisah sangat. Takut2 ada orang2 jahat, bahaya la.
Integriti?
Mula dan ending yang okeyla. Tapi adakah pendebat2 sudah menjadi lebih berintegriti?