Jul 18 2006

Siti & Datuk K - Lemme say something good

Published by flexin-am at 5:56 am under Music

Siti_datuk_k Rasanya, aku x pernah lagi tulis fasal Siti Nurhaliza dalam blog ni. Bukan sebab aku x suka Siti, tapi hanya kerana aku biasa jer dengan lagu2 dia. Ada lagu yang aku enjoy cam yang ‘takkan jauh kita bertahan, hidup dalam bersendirian….’. Tak tau tajuk lagu tu.

Aku kesian gak ngan Siti. Sampai saat dia nak kahwin pun, orang macam x puas hati dengan dia. Antara komen yang aku selalu dengar ialah fasal Datuk K yang dah bercerai dengan isteri dia tu la.

Sebagai orang yang memang x mengikuti sangat Siti Nurhaliza dan kejayaannya, aku sebenarnya seronok bila Siti umumkan yang dia akan kahwin. Yalah, bila dah popular macam tu, mesti susah punya nak cari partner. Mana2 lelaki pun (hanya satu bentuk ungkapan, bukan statistik) bleh terpikat dengan Siti, maka bertambah susahlah dia nak cari yang betul2 dia suka. Kalo setakat yang kacak dan sasa, berlungguk kat sekeliling dia.

Aku tengok mudah jer. Kalo dah Datuk K bercerai dengan isteri dia, maksudnya takde jodohla tu. Mungkin diorang dah ade masalah sebelum ni, siapalah kita untuk mempertikaikan punca penceraian diorang. Dah Siti pulak tersuka dekat Datuk K, maksudnya dia nampak sesuatu yang lain yang dia x nampak pada lelaki lain la tu (Aku x maksudkan duit, sbb kalo duit banyak lagi orang yang kaya dan single kat luar tuh).

Karier Siti? Aku skang dah lihat siti sebagai usahawan. Bukan setakat penyanyi jer.

Apa-apapun, aku harap diorang akan kahwin dan hidup bahagia. Fasal keluarga Siti yang kononnya x brapa setuju, ala, korang faham2 la wartawan, benda2 camtu memang nak highlight sangat.

Entah. Smalam waktu aku tengok Siti ngan Datuk K kat TV3, aku nampak kegembiraan Siti. Kalo korang perasaan, gaya Siti senyum dan ketawa, memang menunjukkan yang dia memang gembira. Berlainan dengan bila Siti menang anugerah, sebab aku x nampak senyuman yang sama :)

P/S: Bebudak USM, korang terperasan x Datuk K ni cam saper? Nawal, perasan x?

[Picture taken from Utusan Malaysia Online]




4 Responses to “Siti & Datuk K - Lemme say something good”

  1.   Nawalon 19 Jul 2006 at 5:31 am

    ha ha ha…cam en NAZRU kita!!!
    nieway..good thot..as an intellectuals that is how we suppose to think not just blaming or badmouthing about the duo. respect their choices and get on wif our lives..yeahhhh !!!!

  2.   awynon 20 Jul 2006 at 6:06 pm

    lemme say something good??
    nape xtulis lemme say something not good?hahaha..
    nak wat camne kalo dah suka…
    tua ke,muda ke,belakang kira..janji bahagia.tul tak?
    org perempuan bising2 nie sbb siti dpt Datuk.org laki bising2 lak,sbb tak dpt Siti…lgpun,sesape yg “masuk” industri muzik,xkan terlepas punya ngn cakap2 org…

  3.   hajar-sanon 21 Jul 2006 at 1:10 am

    ha…kalu bab siti aku mesti baca..hehehe…lagu tu ‘Seindah biasa’..hahaha…aku stuju dgn pendapat ko sbb nya siapalah kita ni yang nak jodah-jodohkan siti kan?..kalu dah sampai jodoh dgn datuk K tu nak buat cana..ye dak?..tapi aku kesian gak la dgn si Fazley tu…dia mesti frust aku ase..tp kita takleh la dok nak jodoh2 kan lepa kan…ok lah…aku harap siti bahagia la dgn pilihan hati dia walau pun aku tak berkenan di hati…huhu…pape pun idup siti!!!

  4.   DiaNaon 23 Jul 2006 at 8:28 am

    haha…En. NAZRu… =p ha ah la.. baru perasan ma~

Comments RSS

Leave a Reply