Jul 15 2006

Staying in Rumah Antarabangsa

Published by flexin-am at 6:16 am under All About Me

Skang ni aku menginap di Rumah Antarabangsa, USM. Kolej Kediaman yang hampir kesemuanya didiami oleh foreigner. Sepatutnya bebudak master kena duduk kat Desasiswa Restu (bagi lelaki), tapi aku telah berjaya memberikan alasan yang baik, siap dengan bahan sokongan untuk mintak duduk dalam. Hah, jangan ingat aku menyalahgunakan kuasa sesapa plak.

Tapi rupa2nya, salah satu cara lagi nak duduk dalam ialah dengan menerima penempatan di Restu dan kemudian buat rayuan ke dalam seperti yang dilakukan oleh Nasri (coursemate MSc aku) yang dah berpindah pun ke Cahaya Gemilang smalam.

Walau bagaimanapun, aku masih berpuas hati duduk di Rumah Antarabangsa walaupun sewanya RM60 lebih mahal dari kat Restu. Sebab utamanya ialah aku dapat bilik sorang2. So, it’s my own space dan aku rasa bebas skit. Bukannya apa, selepas matrix, aku asyik ada problem jer dengan roommate2 aku waktu undergrad dulu. Dah kalau setiap orang pun memberikan masalah pada aku, maksudnya bukanlah diorang yang bermasalah, tapi aku yang bermasalah sebenarnya.

Mana taknya, aku style x suka dengar lagu2 genre hip hop (50 cents and the gang), lagu2 melayu bawah 90an kecuali beberapa lagu bergenre pop, lagu2 hampeh masa kini seperti lagu2 Ahli Fiqir dsb. Dah aku plak style kalo aku x suka dengar lagu tu, aku x bleh duduk, dan x bleh study, dan x bleh baca buku serta jiwa aku rasa terganggu dan rasa nak meletup. So, benda2 camtu membuatkan aku lebih bermotivasi untuk duduk sorang2 dalam satu bilik.
Pelanrumah
Imah(skang pembantu penyelidik kat HBP, Debat USM3 waktu Royal) cakap bilik dia kecik. Maybe la agak kecik tapi cukup la untuk sorang. Ni aku lukis pelan bilik untuk tatapan bersama.

Bilik air share 2 orang. Aku tau yang orang sebelah tu orang Indon, tapi sampai skang, aku masih x terserempak dengan dia waktu nak gi bilik air. Mahadi cakap, kebarangkalian untuk dua-dua orang bukak pintu nak gi bilik air agak rendah. Ye la, jarang la orang sakit perut nak gi toilet serentak, ye x. Tapi kalo bulan posa nanti, mesti selalu terserempak.

So, kepada kengkawan yang rasa nak melawat, bleh la buat appoinment. He he..




2 Responses to “Staying in Rumah Antarabangsa”

  1.   raHYlaon 15 Jul 2006 at 5:47 pm

    tak menahan…am siap lukis plan……hehehehehe!!!!!!am sambung master yerk????

  2.   Bro Deenson 03 Aug 2006 at 12:08 pm

    bagus….. nanti boleh aku pi lepak kat bilik hang… konvo nanti

Comments RSS

Leave a Reply