Jul 16 2006
Tak gentleman la…
Aku sembang dengan Shila ari tu. Aku cakap, ‘kalo bleh, aku nak dapat gf yang sanggup belanja aku. Mesti best’. Shila balas, ‘itu dayus namanya’.
Kengkadang aku rasa lawak la plak. Bukannya apa, sekarang ni bila sebut je tentang kebolehan, keupayaan, kemampuan, perempuan2 masa kini mengakui kebolehupayaan untuk menyamai lelaki. Tapi masih ada lagi keadaan yang perempuan nak dilayan berlainan dari lelaki. Angkat barang misalnya. Ataupun bila minta lelaki tolong buka pintu kereta mahupun tarik kerusi untuk duduk.
Aku ingat lagi sorang kawan perempuan aku (tak mau sebut nama takut kontroversi) yang kecik ati sbb sorang lelaki yang juga kawan aku mengeluarkan kata yang agak pedas kepada dia. Tapi pada masa yang sama kata2 budak perempuan tu pedas la jugak. Dan bila aku bersembang dengan budak lelaki tu, dia cakap yang ‘dah style dia pun macam tu, aku balas balik macam tu, dia x bleh tahan pulak’. Dalam kes ni, bila lelaki dah mula layan perempuan macam diorang layan lelaki, perempuan la pulak yang tak bleh tahan. Bak kata Kak Khalidah (Master USM, Debat), lelaki kena la bijak sikit untuk bertindak ikut keadaan. Heh.
Ada satu iklan kat majalah Maskulin yang aku baca kat bilik kawan, dari Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat. Tagline untuk iklan tu :- ‘Jangan menilai wanita dari penampilan, nilailah mereka dari keupayaan’. Lebih kurang macam tu la. Maksudnya, kalau dari segi keupayaan, tak salahlah untuk kata yang wanita ni lemah. He he, sajer je tulis ayat kontrovesi skit.
Kadang-kadang aku tak faham sebenarnya dengan isu ni. Maksud aku, isu supaya wanita tidak dipandang rendah. Isu bila lelaki memanggil perempuan tu lemah, tak berupaya. Kenapa?
Pertamanya, isu tersebut di Malaysia tidaklah sehingga menutup peluang wanita untuk terus maju. Wanita terus diberi peluang yang hampir sama dengan lelaki. Aku cakap ‘hampir sama’ sebab memanglah masih ada bidang kuasa yang wanita tak akan dapat hak yang sama macam lelaki seperti kuasa meletak talak contohnya.
Kedua, orang-orang akademik mahupun pemimpin sebenarnya tidak memandang rendah pada kebolehan wanita. Takde kot kajian mahupun kertas kerja yang dibentangkan untuk mempertikaikan kedudukan wanita di negara ini.
Ketiga, kalaupun ada pihak-pihak yang masih memandang rendah pada keupayaan wanita, pihak-pihak tersebut kebiasaanya adalah golongan-golongan minoriti contohnya budak2 muda yang slalu melepak kat tepi jalan. Dan sebenarnya, dalam keadaan tersebut, takyahlah perempuan ni nak sensitif sangat disebabkan suara kecil yang lantang ini sebab lelaki pun x terkecuali untuk dikutuk gak dengan orang-orang camni.
Berbalik pada pokok persoalan blog ni iaitu wajarkah seseorang perempuan membelanja lelaki yang dia suka dengan selalu seperti mana lelaki membelanja wanita? Rata-rata lelaki sendiri pun melihat keadaan ni sebagai situasi lelaki mempergunakan wanita, tetapi situasi sebaliknya sebagai lelaki yang gentleman. Ergh. SIla amik perhatian yang aku bukan nak mempertikaikan nafkah yang diberi selepas kahwin. Sebab yang tu memang dah jadi tanggungjawab lelaki, dan hak wanita. Ni, yang belum kahwin nih. Tadi cakap nilai wanita berdasarkan keupayaan. Kalau dah wanita tu memang dah lebih berupaya dari segi kewangan, salah ke kalo dia belanja lebih2? Tak gentleman? Ha, kan dah contradict dengan apa yang dicakap tadi. Agaknya, untuk menyedarkan lelaki fasal benda2 nih, kita kena tubuhkan Kementerian Pembangunan Lelaki lak kot…
amboi…nk cr gf yg leh belanja lah nie..??
kalo nk cr wife,yg kena support ke?:P
shila ckp aje camtu tp kat ati dia lain…hahaha
amboi2 nak cari gf yang mak belanja hang banyak cantik, kedekut sungguh hang ni…. tapi kata perempuan lemah, tolong ckit eh….
hahha!very interesting.sebnaqnya kan, it depends on the couple la kot.like my fren, she’s dating a mat saleh and apparently, the issue of paying your own meal is not that serious. like, paham2 sendiri la kan. as for me, i think, when u’re truely comfortable with ur partner, paying for his/her meal wont be an act of degrading masculinity or feminity, tho the former is more prominent. semua neh juz a mythical stereotype je…when u’r in relationship nanti, u tell me what u think then.cheers!