Aug 13 2006

Apa gunanya kawan kalau tak dipergunakan

Published by flexin-am at 5:01 am under All About Me

Part 1: Blog and Privacy

Dah lamer dah aku tulis blog. Tapi maybe skang ni aku agak ter’affected’ dengan reaksi orang. Shahrill (USM-Bio) ader tulis dalam Bulletin Board fasal macammana nak bagi blog hanya boleh dibaca oleh sesetengah orang. Aku faham ler kenapa dia buat camtu. Sbb x tahan kot dengan komen2 pedas orang. Bagi aku, blog ni sebenarnya luahan rasa dari hati untuk tatapan umum. So, kengkadang ader la bebenda yang kita kena tapis2 dulu sebelum ditulis.

Tapi sejak kebelakangan nih, rasa lain macam sebab pembaca2 blog aku dah terdiri dari orang2 yang bukan di persekitaran aku jer. Aku x kisah nak share feeling aku ngan orang ramai, tapi aku takut kalo2 apa yang aku tulis disalah ertikan. Kalau orang yg baca tu ialah orang yang mengenali aku, dia tau style aku, aku tau yg dia tau aku ni orang jenis apa. Tapi katakanlah orang x berapa kenal. Nanti bila aku tulis bebenda aku happy, dia cakap aku berlagak plak. Kalo aku tulis fasal confidence, takut nanti ada orang salah anggap riak plak. Harap2 tak jadi la bebenda tu ek.

-———————————————————————————————————-

Part 2: Apa gunanya kawan kalau tak dipergunakan

Well, ayat atas ni keluar waktu aku ngan bebudak x-SMKM melawak sambil makan burger dan junk food kat tepi bendang selepas dari pasar malam. Khairul (x-KMPP,UKM Medic) yang cakap kalo x salah.

Aku terfikir untuk expand ayat ni untuk jadi satu cerita panjang sebab aku terasa kerelevenan. Bukannya dari segi bila kita ada kawan, kita perlu ‘pergunakan’ dia, tapi, kisah atau tidak kisahnya aku dipergunakan oleh kawan.

Senang citer macam ni la. Katakan ade sorang kawan. Tetiba dia mintak tolong buat sesuatu, maka adakah aku akan menolong dengan ikhlas serta hati terbuka atau ikhlas dengan hati yang x brapa terbuka ataupun lagi teruk - tak ikhlas. Take alert yang aku x mengungkit bahagian ini kepada memana kengkawan aku terutamanya dalam 1st degree friendster list. Nanti x cakap camni, salah faham plak.

Dalam kehidupan seharian (tetiba jer ayat skema ek), aku berinteraksi dengan ramai orang. Kengkawan rapat, baru dan lama. Kalau korang mintak tolong, InsyaAllah aku cuba. Bukannya apa, nanti kalau kes2 yang aku berkemampuan, tapi aku x tolong sebab nak gi Gurney layan movie, nanti dipersoalkan lepas mati, aku xleh nak jawab plak. Kalau aku x mampu nak tolong, biasanya aku cakap jer tak mampu. Kengkawan yang kenal aku tau kot yang kalo kes2 yang aku separa mampu tapi disebabkan ada hal2 lain yg nak kena buat (termasuk perasaan malas), aku akan bagitau.

Timbul la plak kes2 yang orang aku x kenal mintak tolong. Tak mau sebut kes sebab nanti cam obvious. Kengkadang aku x kisah, tapi bila aku agak busy, aku kisah. Tu sebab aku selalunya akan letak syarat pada orang2 yang aku x kenal nih. Mintak belanja makan dan sebagainya. Tapi ada la kes kan (maybe ada 1-2 orang yg dah mula prasan), aku masih lagi x dibelanja lepas menolong. Ish, aku rasa aku dah cakap dengan nada serius, dan bukannya melawak. Takkan tak prasan kot.
Ha, ni mesti ader jer sesapa yang mula mempersoalkanHelp_friend
keikhlasan aku. Kalau aku x deal dengan orang tu dari awal, aku rasa memang aku x bleh la meminta lepas tu. Tapi kalo aku dah deal, err…

Tu satu la. Lagi satu plak bila kes2 mintak tolong berkontrak. Aku suka jer kalo selepas dah berhubungan dengan seseorang tu, x kisahla kalo sebab kerja sekalipun, bila2 jumpa lepas tu masih bertegur. Ni kalo tetiba jer layan macam stranger, x best la plak.

Bagi aku, kalo korang kengkawan aku, aku x rasa berat hati kalo nak tolong. Kalo xnak tolong aku bagitau. Tu sebab aku slalu cakap ikhlas jer bila aku x nak blanja korang (sehingga mendapat title kedekut dan mata duitan dalam kalangan bebudak Tekun). Err.. salah ke orang yang aku suka, aku tolong lebih skit. Ikhlas tu. Ha ha ha.

Orang yang kenal aku akan fikir camni: Am memang camtu, plus dia memang kedekut pun.
Orang yang x kenal aku akan fikir camni: Hek eleh, rasa bagus sangat ke? Macam suma orang duk minta tolong kat ko? Perasan best ar.
Tu la yang aku maksudkan dalam Part 1 tadi.




4 Responses to “Apa gunanya kawan kalau tak dipergunakan”

  1.   NAZon 13 Aug 2006 at 7:50 am

    Bila ckp pasal tolong menolong ni mmg susah nak diperjelaskan. Okey, camnilah, selalunyer bila kita tolong org mesti dalam hati kita akan ckap camni: “Apa salahnyer aku tolong ko, nanti bila aku susah, ko plak tolong aku, ni hari kau, esok2 maybe hari aku plak…”. Itulah lumrah dunia.Bila kita tolong orang, x bermakna kita mengharapkan pembalasan spt belanja mkn atau sebagainya cukup sekadar bila kita susah nanti org yg kita tolong dulu sudi berikan bantuan. Itupun bukan dgn desakan & paksaan. Maknanyer, jika org yg kita tolong tu turut berkemampuan dan sedia serta ikhlas nak menolong kita di saat2 kesusahan. Kita kena la jd cam burung punai & semut. Burung punai dah tolong selamatkan semut drp lemas dgn meletakkan daun ke atas air, pastu bila burung punai dlm kesusahan plak bila nak ditembak pemburu, semut tadi dtg menolong burung punai dgn menggigit kaki pemburu tu. Sekarang kita tolong rakyat Lebanon yg ditindas kejam oleh Israel.. tp kita lgsung x mengharapkan balasan drpd Lebanon tetapi bukankah wajar jika satu hari nanti bila Malaysia dlm kesusahan, negara2 yg telah dibantu negara spt Lebanon, Bosnia, Indonesia & sebagainya dgn hati terbuka membantu Malaysia? Fikir-fikirkanlah… Am, u r such a good friend. Thnks…

  2.   'RiLL-UnDoMiEL'on 13 Aug 2006 at 8:02 am

    A cliche Lutfi Amri…no doubt abt that! :)

  3.   Mercon 16 Aug 2006 at 2:12 am

    hm..pasal pembaca blog yg bukan dalam persekitaran tu,salah sorangnyer saye la kot..hehe..n kekawan sayer..whatever pun, sekurang2 nyer org len leh kenal the other side of you, n ade jugak orang yang telah ikut jejak langkah awak, dier raser menulis kat blog nih then tunjukkan pada umum adalah satu kepuasan wat diri dier n dier raser lega. sumer org tau pandangan die dalam suatu perkare..lagipun bukan sumer yang leh wat camni kan?sekurangnyer ape yang awak buat berjaya memberikan ilham or idea kat org len, walaupun bukan sumer…satu lagi, kiter takkan berjaya puaskan hati sumer orang..pasal aper2 yang awak tulis, maybe kejayaan, complain bout something, leh bg inspirasi kat org len..jgn risau..just teruskan aper yang awak buat, asalkan awak hepi n tenang..

  4.   awynon 19 Aug 2006 at 6:07 am

    erm..err…errr…abg am ada mntk awin belanja ke??x kan…??kan??hehe

Comments RSS

Leave a Reply