Aug 06 2006

Isnin yang diiring tarian alam

Published by flexin-am at 9:59 pm under All About Me

So air ni bermula dengan sarapan pagi kat Kafe Bakti. Cam biasa, roti bakar dan air buah. Cuaca agak berjerebu. Selepas fotostat dokumen2 untuk disahkan, aku bergerak ke Canselori. Jumpa Cik Nina, setiausaha En Ramli Human Resource. Tanya skit2 fasal borang2 yang aku kena submit untuk biasiswa dan dia cakap fasal BTN.

Kalo aku nk fly, aku kena ikut program BTN dulu. Masalahnya BTN bulan Ogos clash dengan konvo. Dekan aku cakap selamber jer sebelum ni, dia x gi pun mana2 konvo dulu. Maksudnya, kalo aku x gi pun xper. Aku x la kisah sangat. Tapi konvo ni cam jadi perayaan famili, so xkan la tetiba x nak pergi semata2 gi BTN. Ish x best nyer nak citer kat cucu2 aku nanti.

Masih di Canselori, Cik Nina kasi satu nombor suruh aku kontek. Orang BTN.

Aku gi amik duit kat Bank Muamalat, dan gi school. Jerebu makin tebal. Aku hantar salinan2 untuk disahkan kat Penolong Pendaftar skool math. Dan kemudian gi surf jap kat skool. Ada sorang foreigner math tetiba jer datang tanya assignment yang kena submit esok. Ayo, aku baru buat halfway jer assignment tu. Tapi bagus gak dia ty, dapat aku tengok rough idea.

Pastu aku guna 80 sen telefon orang BTN kat telefon public kat Pusat Islam. Aku diberitahu yg aku xkan nyer dapat mintak masuk lewat BTN semata2 nak gi konvo. Dia suruh aku sit untuk September, tapi September kena fly dah (kalo jadi la). Habis x kan aku nak korbankan konvo. Tu la benda yg bermain kat fikiran. Waktu tu ujan mula rintik2. Syiling abih la plak. So aku bgtau aku akan call jap lg. Aku berjalan menuju ke Sg 2, cari Ring2 Card. Hujan rintik2 cam nak makin lebat.

Aku gi Sri Saujana. Cari Ring2 Card RM10 tapi xder. Aku kuar hujan dah lebat seperti mana perasaan aku yang x best kat dalam hati ni. Aku pun dapatkan Ring2 Card dari kedai lain. Aku berjaya mengharung hujan yang cam dah slow skit, gi public phone depan Selera Murni. Aku call balik kakak BTN tu.

Dia suruh aku masuk BTN September. Dia bgtau yg date tu awal bulan 9, maybe x clash dengan waktu aku suppose kena fly. Aku cam lega skit. Aku call balik Kak Nina minta dia tlg register nama aku untuk bulan September. Kak Nina cakap cam clash tapi Kak Nina cakap, sbenarnya xper kalo clash sebab bleh jer register lewat 2-3 hari. Ha’ah betul jugak yek. Kenapa la aku x terfikir. Aku semakin lega. Dan tetiba mentari memancarkan sinarnya kembali. Hujan dah stop waktu aku letak gagang. He he, cuaca ari ni cam ikut mood aku jer.

P.S: Aku meletakkan status aku untuk fly masih lagi dalam keadaan ‘maybe’, sbb USM x approve lagi untuk study kat Brunel. We’ll see. Kalo x jadi, aku perabih jer kat USM dulu.




Comments RSS

Leave a Reply