Aug 25 2006

Melepak dengan Japanese | No Fwd Message Please

Published by flexin-am at 12:29 am under All About Me

Melepak dengan Japanese


Sekarang, aku akan meluangkan masa ada dengan bebudak Jepun. Program yang hampir sama aku ikut pada 2004,skang rasa cam nak balas balik apa yg aku dapat. Kelmarin aku gi Penang Port Sdn Bhd kat Butterworth dengan diorang. Dapat la masuk kawasan dermaga kapal kat situ. Pagi tadi diorang gi Pulau Jerjak. Memandangkan aku dah ponteng kelas Dr Fazlul - Mat517 , back to back, Jumaat lepas (terbangun lagi 10 minit kul 11) dan Rabu kelmarin dulu sebab ada taklimat Biasiswa USM, jadi aku pun malas la nak ponteng lagi dan terlepas la aku chance nak gi sana free2.

Takpelah. Sesuatu yang aku suka melepak dengan bebudak Jepun ni sebab ada sedikit persamaan style (nak sebut budaya cam x sesuai) aku ngan diorang. Satu bab makan berbunyi. Salah satu peserta program NFU Japan Exposure Program dulu dapat seorang family angkat yang marah kat dia bila dia makan mi tak berbunyi. Sebab bagi orang Jepun, bunyi,slurp3 tu kira cam tanda penghargaan pada tuan rumah. Kinda funny eh. Bila aku citer fasal ni kat bebudak debat, Abg Tra terus bidas, ‘tu kat Jepun,skang kat Malaysia’. Aku, macam, ye la, tapi aku tak perlu nak control2 kalo makan berbunyi skit depan2 diorang nih.

Smalam on the way back dari Butterworth ke USM, dalam bas USM, aku gi lepak2 dengan 2 orang budak perempuan (3 je peserta perempuan, lagi 11 pelajar lelaki). Disebabkan sebutan Bahasa Inggeris diorang berbeza, contoh: sebutan l jadi cam r skit, maka memang banyak gak halangan untuk berkomunikasi. Aku suruh salah sorang pelajar Jepun yang datang sini untuk exchange program (6 bulan) terjemahkan skit2.

So aku pun duk tanya la diorang
‘Suki na ongaku group wa nani?’
(Who’s your favourite music group)

Dan aku dapat tau la yg antara yougaku (foreign music) yang popular kat Jepun ialah Maroon 5. Aku cakap ‘watashiwa Maroon 5 to Morning Musume ga suki desu’. Dan bebudak pompuan ni bgtau la yg Morning Musume dah tak baper popular kat Jepun (yang mana kemudian Najhan bagitau diorang dah kurang popular sebab banyak ahli lama dah grad (baca: keluar dari kumpulan)). Tapi sempat gak la aku duk menanyi atas bas lagu Sakura Mankai (Morning Musume) dan Sorega Ai Deshou (Full Metal Panic Opening Theme) kat depan diorang.

Ni yang bersemangat balik nak gi melancong kat Jepun nih. Kena simpan duit nih.

No Fwd Message Please

Kepada kengkawan yang budiman. Takyahla antar kat aku Fwd message, walopun aku tau korang sangat amik berat fasal aku (sarkastik kan). Bukannya apa, kebiasaannya, Fwd message adalah email yang aku akan klik dan delete tanpa membaca terlebih dahulu. Aku x berminat la nak baca fwd message nih.




Comments RSS

Leave a Reply