Archive for August, 2006

Aug 03 2006

When Stranger Send SMS : Minimize ur credit!

Published by flexin-am under My Philosophy

Aku dah tgh When Stranger Calls. X best pun. Tapi kali ni bukan nak citer fasal tu. Ni fasal bila orang x dikenal antar sms.

Aku nak mula dengan perkara yang berlaku sem lepas, waktu aku tengah study group. Tetiba aku dapat mesej dari sorang budak, math, junior.

Aku tau dia junior math pun sbb dia tanya soalan math. Berikut adalah ringkasan balasan2 sms aku dan dia, yang aku dah x baper ingat detailnya.

Dia: nak tanya fasal pengantar analisis.bla bla bla.

Aku: ni sapa? (sbb mood aku x baper baik waktu tu). Sila bgtau nama, jantina, desa mana. (Aku ingat dia nk ty soalan,so kalo aku tau dia desa mana, snang nak gi ajar)

Dia: (lebih kurang camni la ayat dia) Perlu ke bagitau semua maklumat tu. Bla bla bla.

Lepas tu, dia bagitau yg dia just nak ty strategi, so, aku pun membalas la dengan balasan yang agak hampeh, "blaja spanjang sem scr konsisten, buat tutorial dan ty pensyarah kalo x faham", agak root, agaknya tu sbb aku dibalas dengan dapat B- 2 subjek Math sem lepas.

Okey la tu citer dulu2.

Cuti ari tu, aku dapat la plak satu mesej. "Ko tgh buat per skang ni? (Lebih kurang camtu la ayat dia)". Aku check, xder plak dalam phonebook aku. Aku ty la, ‘ni sapa’ (ayat cliche aku la kiranya nih). Dan dia membalas dengan x memperkenalkan diri. Maka aku pun x balas. Lama lepas tu baru dia balas balik. Kawan aku rupanya, Khairul (x-KMPP, UKM Medic). Dia sempat la mengutuk skit "Apa la ko ni, prangai x berubah". Memang la. Malas aku nak layan mesej2 dari stranger yang bila aku ty sapa x memperkenalkan diri.

Dua kes di atas adalah dari nombor2 Maxis, so aku rasa biasa jer. Petang tadi dapat lagi satu mesej. Dari no Celcom plak tu.

Budak tu: "Abang Lutfi, busy x esok petang".

Aku tau yang ni bukan jr yg kenal aku sgt, sbb jr2 panggil aku Abg Am, bukannya Lutfi. Dan soalan ‘busy x esok petang tu’ nampaknya cam ada benda serius nak buat. Aku assume ty soalan berkaitan math la kot, walopun, kalo dia skadar nak ajak lepak2 blanja aku makan, aku memang x kisah (In your dream heh).

Aku balas ‘ni sapa?’. Dia balas dengan nama dia, dan dia bagitau dia amik no kat senior math. Ok. Maka aku pun terus balas, dengan jawapan yg penuh
"Kenapa? Esok ada kelas pg,ptg,mlm. Kalo nk jumpa, bleh datang lab 4,school math, kul 4.20". Dan dia pun balas balik.

—————————————————————————————

Kengkadang aku tension gak dengan orang2 yg menghantar mesej ni. Slalu antar msj skit2. Pastu nak expect orang balas balik. Mungkin korang akan rasakan aku terlampau berkira, tapi dari segi praktikal pun, kena amik jugak. Cuba blaja2 antar mesej dengan target ‘mesej/intipati ayat’ sampai dan orang yang dihantar ada opsyen untuk x balas.

Contoh:
1. Kalo aku antar mesej, aku slalu buat camni. Ni contoh mesej aku antar kat Pidin(Debat, Math, USM) : "Pidin, ader x sweater aku tertinggal kat bilik Pidin. Kalo ya, miscall 1x". So penerima x yah membazir balas. Hanya miscal je. Abang aku pun slalu amalkan konsep yang sama.

2. Maximise perkataan. Contoh sms budak td : "Sy …, jr math, amik no ni kat senior math, busy x ptg esok, saya nak ty soalan". Kalo dia antar camtu, dia dah menjimatkan 15sen kredit aku.

3. Balasan ‘ok’. Membazir betul stakat balas ok. Bagi aku, kalo sms tu sebagai sms info. Contohnya cam "Weh, aku x leh pegi malam ni sbb ada assignment nak kena buat", x yah la membalas dengan ‘ok’.

Lagi satu, disebabkan RAM handphone aku rendah, jadi bila taip sms, lambat la. Tu sbb aku malas nak balas mesej. Korang bleh kenal pasti sindrom aku malas balas mesej ialah apabila korang antar sms, 12 jam lepas tu, baru aku blas, haa.. tu maksudnya aku malas la nak layan sms tu. Kecualilah orang2 tertentu. He he

One response so far

Aug 01 2006

Debat AS | I may be flying this Sept

Published by flexin-am under All About Me, Debat

Mula-mula berita penting.

Debat Alam Sekitar

Pertandingan peringkat akhir Debat Alam Sekitar telah berlangsung hari ini di Dewan Budaya USM menemukan UIAM dan UM, dan diakhiri dengan kemenangan UIAM. Nasib baik gak buat kat USM, bleh la aku tengok dan mengikuti debaran perjalanan team debat USM kat tempat sendiri. Bab2 penginapan/ makanan yang menjadi salah satu isu utama sepanjang pertandingan ini dalam kalangan pendebat, x dapat la aku nak komen lebih2. Kitorang debater2 USM x tahu menahu dan turut rasa kecewa sebenarnya bila problem camtu muncul.

Cuma USM break masuk semi, setelah sekian lama asyik tersekat kat suku. Kira satu improvement besar gak la selain mengekalkan ranking di top 8 sepanjang pusingan awal. Dah kalah kat semi, kira x der rezeki la tu.

Nantilah, bila aku ada time, free2, aku cadang nak tulis skit fasal debater2 sepanjang Debat Alam Sekitar. Buat masa ni aku stop kat sini dulu.

Scholarship

Aku dah citer fasal interview biasiswa aku dalam blog bertajuk Temuduga Biasiswa ASTS. Lepas aku bersembang dengan Sakinah (Debat UTM) dalam Dewan Banquet USM, membincangkan kenapa aku rasa dia cam kontrol ayu skit dalam debat kali ni, dibandingkan waktu Debat Integriti itu hari, ketika tengah mengamik gambar dia ngan Huda dan 2 lagi budak UTM, tetiba aku dapat panggilan dari orang human resource USM. Dia suruh aku amik borang tawaran dari pejabat dia kat Canselori. Kiranya dah ader hitam putih la. Alhamdulillah. Aku in the middle of excited, happy and worried.

Selepas jumpa En Ramli, pegawai berkenaan, dia suruh apply Nottingham University (pronounce as no-ti-ngem, as being told by Kak Shimah, my sis’s friend) untuk twinning program. Aku cam err. Dia call Dekan aku dan diorang bersembang pjg.

Aku baru jer lepas jumpa Dekan aku, dan dia suruh aku teruskan dengan apa yang aku dah usahakan sebelum nih.

Ni part yang aku x tulis lagi dalam blog, yang aku mention sbg uncertainty sbelom ni. Memandangkan dah ada hitam putih, so aku nak share la skit dengan pembaca2 setia dan x setia blog aku.

Aku dah appBrunelly untuk Brunel University, Uxbridge, London (Brunel disebut sbg Bra-nel, also as told by my sis’s friend). Dan dah dapat dah pun surat tawaran. Suppose masuk Sept 18. Aku tengah tunggu financial guarantee je untuk antar, selain transkrip akademik yg aku akan dapat lepas konvo (pd 18 Ogos), dan referee letter yang aku rasa Timb Dekan aku x hantar lagi.

So, kalo x der aral melintang, aku akan fly ler dalam pertengahan bulan Sept.

Tapi wujud beberapa pertikaian sebenarnya.

USM asalnya nak suruh sambung kat Nottingham U, terus buat PhD. Tapi Dekan aku advice buat dulu kat Brunel, MSc dengan mixed mode (maksudnya blajar satu sem dan disertasi lagi satu sem). Dia bagi aku 3 sebab
1. Kat Nottingham xder bidang CAGD (Computer Aided Geometrical Design/ Rekabentuk Geometri berasaskan Komputer). Dan dia nak suruh sambung bidang tu untuk keperluan School Maths kelak.

2. Untuk foundation. Biar ada asas kuat supaya bleh ajar multiple subjects kelak.

3. Dia x yakin yang aku bleh terus ke research dengan basic sekarang.

So, basically bawah ni ialah carta aliran master aku skang (InsyaAllah)

Jika (USM luluskan)
    -> sambung Brunel stahun, sambung PhD pastu
Jika (USM x luluskan untuk Brunel)
    -> ke Nottingham dan buat research
    -> ATAU teruskan kat USM untuk setahun, dan sambung Nottingham tahun depan
    -> kemungkinan2 luar jangka yang lain.

So, that’s it. Sebab antara pendebat pun dah terspread rumor aku nak fly, so eloklah aku citer siap2 kebarangkalian yang bleh terjadi.

My feeling now? Aku cam xder perasaan sgt. Tadi excited, tapi skang biasa jer. Bagi aku, mana2 jalan pun sama jer. Ada kebaikan dan keburukan. Ada peluang aku amik. Kalo xde, aku teruskan jer la apa yang ada. Do I ready to start a new life, and leave friends and foes I care behind?

4 responses so far

« Prev