Aug 03 2006

Rukun Iman, 6-1=0 : Pembuktian Matematik

Published by flexin-am at 9:21 pm under Science

Biasa la dalam lecture, akan ada ustaz2 cakap yang sometimes dalam agama, kita takleh kira ikut math. Contohnya, macam Rukun Iman. Kalo 6-1, dia x jadi 5, tapi jadi sifar. Sbb kalo x lengkap satu, maka x lengkaplah rukun imannya. Kata ustaz tersebut la..

Tapi aku fikir2, aku bukan nak menafikan x lengkap rukun iman, tapi aku rasa yang matematik sebenarnya boleh menunjukkan keadaan 6-1 tak sama dengan 5. Sedangkan 1+1 tak sama dengan 2 pun boleh ditunjuk. Maksud aku, melalui analisis matematik, ada cara untuk membuktikan kata-kata ustaz tu.

Maka,

takrifkan Rukun Iman = {a1 dan a2 dan a3 dan a4 dan a5 dan a6}

iaitu

a1 = Beriman kpd Allah
a2 = Beriman kpd malaikat
a3 = Beriman kpd kitab
a4 = Beriman kpd Rasul
a5 = Beriman kpd hari kiamat
a6 = Beriman kpd qada’ dan qadar

Maka, kalau kita amik a1 sehingga a5, dengan mengabaikan a6 misalnya, boleh didapati yang {a1,a2,a3,a4,a5} tidak memenuhi Rukun Iman yang ditakrifkan di atas, kerana set tadi menggunakan perkataan ‘dan’ iaitu setiap elemen perlu dipenuhi. So, jadilah 6-1=0, 0 ialah set kosong.




2 Responses to “Rukun Iman, 6-1=0 : Pembuktian Matematik”

  1.   aVie eicCaon 05 Aug 2006 at 10:54 pm

    wah terpaku aku membaca.”clever boy.”
    memang otak matematik betul :)

  2.   'RiLL-UnDoMiEL'on 06 Aug 2006 at 5:35 am

    simply BORING!!!!ahaks..clever but typical math wheez:)

Comments RSS

Leave a Reply