Archive for September, 2006

Sep 12 2006

A bday vacation in BTN camp

Published by flexin-am under All About Me

So, aku pun pergi la Kem BTN kat Ulu Sepri, Negeri Sembilan. Malam 6hb tu bertolak, sampai Seremban dalam kul 6. Pastu aku tunggu bas gi Rembau. Tak terbayang langsung kat mana rembau dan brapa jauhnya dari Seremban. Tapi bila aku naik bas dalam kul 7 lebih, dan kena bayar RM2.40, aku tau la yang agak jauh. Nasib baik x naik teksi. Kalo x dah decrease bajet aku. Dari Rembau aku amik teski, kena bayar RM15. Takpe ah..

Enjoying the days

Biasalah kursus BTN. Ceramah etc. I guess you can imagine what’s the content, r8? Mak aku call on the way aku balik USM. Dia tanya camna, aku jawab ‘best’. Yang bestnya sebab semua yang kursus tu bakal fly oversea. So, diorang banyak sangat pengalaman dan benda untuk dikongsi. Best gak hang around dengan diorang.

Youngest

Memula aku ingat cam ramai je yang sebaya. Tapi setiap kali aku tanya, umur diorang 25, 27 tahun walopun muka nampak cam muda lagi. Aku terparanoid sekejap sebab aku duk membahasakan diri dengan diorang ‘ko-aku’. Mana selalu aku panggil orang lebih tua dari aku dengan nama je. So, cam segan pun ada la. Takut2 ada yang amik hati sebab panggilan tu cam x hormat je.

Ader sorang budak group aku nama Amalia. Nampak cam muda lagi, so aku tanya la umur dia brapa. Skali dia jawab ‘25. Saya dah kahwin’. Aiseh, dia ingat aku nak mengorat la kot. Kan ke dah salah faham tu.

Teruna Suci

Dalam kumpulan aku, En Mior, fasilitator kumpulan panggil aku ‘teruna suci’ sebab aku yang paling muda dan tak kahwin lagi. Yang lain banyak yang dah kahwin dah. Aku gelak setiap kali dia panggil aku macam tu. Kan ke cam sangat innocent dipanggil dengan nama tu.

Inspiration

Kebanyakan daripada peserta nak sambung PhD kat luar. So, diorang punya pengalaman dalam bidang masing2 toksah dok citer la.. Aku rasa inferior sangat. Fresh Grad, ape benda sangat la yang aku tau.

Cuma satu la yang bagus, aku termotivasi untuk pulun dalam Master dan InsyaAllah PhD aku. I really wanna prove something.

So, rasanya 4-5 hari aku gi sana, best la jugak. Otak dapat difree sekejap dari tension akibat assignment. Kira bleh la dikira sebagai birthday vacation aku. 17hb ni baru nak gi celebrate skit2 ngan Shila dan Kimi yang kebetulan birthday diorang pada hari tu. Secret Recipe kot:)

2 responses so far

Sep 06 2006

22 y/o - A new beginning of disastrous life

Published by flexin-am under All About Me

I would like to say thanx for the friends who greeted me for my 22nd birthday celebration (if you can call that as a celebration). Kira cantik la 6.9.6 ==> 22 tahun. Okey la kan.

But I guess this year adalah hari ulangtahun yang paling penat pernah aku jalani. It’s not just physically but also mental depression.

So hari bermula dengan kuliah. Lepas tido balik, aku terjaga dah kul 8.50, tapi cam, malas nak bangun, pejam2 kul 9.05. Nasib baik jam aku ter’set’ cepat. So, aku sampai tak berapa lambat kat kuliah Dr Rahni. Tapi dia sempat mention aku dan Chandra lambat, so it’s pretty obvious. Not a good thing on you birthday right?

Tapi Dr Rahni bagi kuar awal. Aku p uruskan penggantian tutorial aku ngan Teek Ling (yang turut mengajar MAT181 bersama2 aku. Dia amik 2 kelas, aku amik lg 2 kelas). Teek Ling cakap dia busy. Maka aku pun gi la jumpa Dr Norashidah dan kemudiannya Dr Zarita. Dah rasa timing cam sesuai, aku pun bagitau la fasal kemungkinan aku akan fly. So a lil bit long discussion kat situ. But both of them are very supportive. Even though by the time I may (instead of using might, I change it may this time) be flying, it’s already 3-4 weeks left before first semester final exam, but they are fine about it. Dr Zarita cakap, it’s gonna be a good exposure. I get my confidence. Perkara sama berlaku (Rujuk Isnin yang diiring tarian alam). Waktu aku tengah2 caught in the middle fasal penggantian tutorial, hujan turun dengan lebatnya. Tapi lepas kuar dari bilik Dr Zarita, dah seriat skit. Dipendekkan citer nasib baik Teek Ling setuju nak ganti.

Lupa lak, malam ni aku kena gi Negeri Sembilan sebab ada BTN. Balik Isnin petang. Dan Dr Rahni plak bagitau ada weekly assignment yang kena submit by Tuesday morning. Mampusla aku x sempat siapkan waktu balik dr BTN. Jadi sepanjang tadi, ada free2 time, aku duk sibuk buat assignment data fitting. Ingatkan nak celebrate sendiri2 kat pizza ke, MCD ke, KFC ke. Well, it’s in my dream only, I guess.

Petang sebelum kuliah plak, aku duk sibuk tercongok kat Canselori. Tunggu Cik Nina Human Resource. Aku mintak surat financial approvement. Terjumpak En Ramli Human Resource, dia suruh aku mintak masuk lewat lagi ke universiti tu. 1hb Oktober.

Skarang aku dalam lab math. Nak prabih assignment Dr Rahni skit lagi. Japgi lepas Maghrib gi amik towel yang aku tinggal kat bilik Kimi, gi antar nota Dr Rahni kat Dani, gi tengok sikit bebudak debat antara desa lawan. Barang untuk ke BTN x pack lagi. Takpe, aku dasar perosok masuk je dalam beg, so xkan amik masa lama sangat kot.

Kali ni punya birthday memang berlainan. Aku dalam keadaan selsema + cam ada demam skit2. Maybe it’s a mark to tell me that life won’t simply be the same again. It’s gonna be harder as seconds pass me by.

I was thinking about writing what I get and what I lose in this blog for my birthday. But I just don’t have that time. Simply say, I’m not in a state of person who should moans too much of the challenge around him. God gave me more than I deserve, and I just hope He’ll bless me now and in future, and give me strength to move on in this whole new world…

One response so far

Sep 03 2006

Kahwin dan diskriminasi pemikiran yang tidak sepatutnya

Published by flexin-am under My Philosophy

Aku baru je baca blog Din kat http://uddeencs.blogs.friendster.com/my_blog/2006/09/malaysia_ku_har.html . Kandungan post dia kali ni pun dia amik dari blog orang lain. Aku tak baper ada masalah kecuali part siti kahwin. Di sini aku nak tulis beberapa persepsi masyarakat tentang perkahwinan yang menyusahkan

1. Kahwin tua-muda
Kalo pasangan lebih tua, pasangan selalu dipandang serong. Macam kes Siti ngan Datuk K la. Pulun la media duk korek keburukan Datuk K dan famili. Dalam masyarakat kita pun sama jer. Memanglah kalo ikut kaedah munakahatnya, elok cari yang sekufu (sepadan), sehingga seorang anak perempuan boleh mempertikai pilihan ayahnya dengan alasan tak sekufu. Tapi sekufu ni pun bukannya dengan penilaian masyarakat. Kalo nak biar masyarakat nilai, abis la tak kahwin la  seseorang anak dara tu.Siti_kahwin

2. Belanja
Rasanya aku dah pernah tulis tentang nih. Jadi aku malas nak ulang benda yang sama. Aku tulis lain skit. Kengkadang aku rasa lawak, pada kes2 belanja yang diletakkan tinggi. Tapi alih2 pengantin perempuan turut share duit sebab lelaki kurang berkemampuan. Dan famili perempuan tau fasal tu. Nampak sangat signifikan letak tinggi2 tu untuk bagi orang2 kampung/taman dengar sedap skit harga belanja pengantin perempuan. Mungkin perlu, tapi menyusahkan.

3. Kecik ati sebab x jemput
Banyak je orang yang kecik ati sebab tak dapat jemputan kenduri dari so-called friend diorang. Kesian kat pengantin2 tu. Dah la sibuk nak urus kenduri, abih kenduri kena pujuk plak kawan2 yang tak dijemput. Mungkin adakalanya kita(orang2 yang dijemput) perlu lebih bertimbang rasa, bersangka baik. Sebab diorang mungkin terlupa sebab banyak hal, atau bajet rendah.

4. Wanita berstatus lebih tinggi
Banyak aku tengok konflik dalaman yang terjadi akibat isteri berpangkat lebih tinggi, dari segi pekerjaan dan pendidikan.  Masyarakat kita perlu ubah mentaliti. Jangan jadikan pasangan tu rasa rendah diri.

5. Kahwin muda
Ha ha. Orang yang kahwin muda tak matang, dan terlepas banyak peluang; itulah fikiran orang kita. Entahlah, kalau nak tunggu sesetengah orang tu matang, sampai 30 tahun pun belum tentu lagi. Kalo bebudak tu nak kahwin, bagi je la, daripada diorang benda2 tak elok, ye x?

6. Kad kahwin mahal
Kad kahwin biasanya akan ada format berikut:-
‘ Walimatul urus
‘ bla bla dipersilakan ke majlis perkahwinan anak lelaki kami
‘ nama budak tu
‘ pada tarikh dan tempat yang tertentu
‘ waktu makan
Pastu ada bunga2 kat depan. Saiz A4 yang dilipat 4. Takde lagi (kot) orang yang buat pelik2. Tapi ayah aku citer, waktu kenduri kak aku kat Felda dulu, ayah aku buat atas satu kertas A4,ada banyak,pastu potong kecik, dapat la banyak kad jemputan. Nak jimat sebab nak jemput 500 lebih dari kalangan peneroka etc. Ayah aku memang tak kisah buat pelik2 camni. My dad rocks! Err… kemana tumpahnya kuah kalo x ke nasi ye x? [Nasib baik ni peribahasa jer. Kalo ikut, aku lebih setuju dengan Zaleha (Rancangan Pukul 3 Pagi, TV9. Jumpa ari tu kat Padang Kota. Dia ngan Abang Shah (x-debat, skang kat TV9 gak) baru balik dari shooting), kuah tumpah kat atas meja la…)

7. Kahwin lebih dari satu
Suka dinyatakan kepada future wife aku (walau di mana jua anda berada), aku x bercadang nak kahwin lebih. Tak berapa mampu kot nak layan dua company. Penat o.. Tapi orang kita, bila kahwin 2 jer. Mula la yang perempuan ke-2 tu dituduh perampas dan pemecah rumah tangga orang. Aku tak kata isteri pertama happy, dan tak berhak nak rasa camtu. Cuma, kenapa jiran tetangga mahupun sahabat handai perlu sama2 memikirkan masalah rumah tangga orang tu. Sakit atau tak sakitnya masyarakat kita dalam hal ni, korang bleh tanya persoalan ni kat diri korang atau lihat camna reaksi masyarakat.
1. Apa reaksi masyarakat pada lelaki yang kahwin 2?
2. Apa reaksi masyarakat pada lelaki yang tak kahwin, tapi buat dengan 2-3 perempuan yang berbeza?

Hah.. diskiminasi pemikiran yang menyusahkan…. (Kalo aku ada band, mesti dah boleh buat satu lagu tajuk ‘Annoying discriminating mind’)

3 responses so far

Sep 03 2006

Social Gaps - are you popular or not?

Published by flexin-am under My Philosophy

He he, still remember apa yang Shahrill tulis dalam majalah KMPP. Aku baru je tengok citer Bring It On - All Or Nothing. Tak tayang kat Malaysia. Aku download, dan dapat versi yang clear, so okey la. Citer ni fasal cheersquad captain yang pindah sekolah. Pastu camana dia nak beradaptasi ngan kehidupan baru. Citer ni dari persepsi popular girls (sama cam Mean Girls (Lindsay Lohan), in contrast to Lizzie Mcguire).

Aku agak berminat bila membincangkan social gaps yang wujud nih. Banyak. Pemisahan yang berlaku disebabkan warna kulit, bangsa, agama etc. Tapi kali ni aku nak bincang fasal pemisahan sosial akibat gaya hidup di peringkat sekolah yang biasanya tak terbatas pada bangsa tertentu (Yelah, dah lepas tengok citer tadi, terasa la nak tulis skit).

Aku dah tanya Issei (officer Jepun yang datang itu hari. Dia pernah duk kat California,US dari kecil sampai high school, so dia tau la budaya US dan Jepun. Skang dia duk kat Jepun)

US

Kebiasannya terbahagi kepada pecahan yang diakibatkan aktiviti bebudak tu. Jocks (merujuk kepada orang2 yang aktif dalam sukan. Perkataan ni berasal dari jockstrap yang digunakan dalam sukan2 macam ragbi, American Football), pom-pom girls, nerd (bebudak skema), Asian, Black etc. Aku tanya Issei, susah x, kalo dari different group nak join group lain? Issei cakap, ikut kelas gak la. Kebanyakan jocks x brapa pandai. Jadi diorang distreamkan ke kelas2 bawah. Jadi, susah la gak nak join, tapi kalo sorang dua jocks tu ada kat kelas pandai, bleh la.

Merujuk pada filem, dan rancangan tv, nerd ialah golongan yang dioutcastkan la. Issei tambah lagi yang kebanyakan bebudak yang  nerd ialah bebudak yang memang asyik study jer, x buat benda lain. No wonder la orang x brapa nak bergaul dengan diorang. Tetiba waktu Issei cakap camtu, aku tertanya2, ‘eh, aku ni nerd ke?’.

Jepun

Rasanya pemisahan tu memang berlaku di mana2. Tapi kat Jepun, cam lagi teruk. Waktu aku gi Jepun dulu (10 hari jer, pada 2004, sebab ada Japan Exposure Program oleh Nihon Fukushi University), aku nampak la yang dalam satu kuliah, takde sapa pun yang duk depan. Semua pakat2 duk blakang. Menurut Prof Madya Nishimura (yang turut datang itu hari, juga pernah menetap di US dan Mexico), pada peringkat rendah kebanyakan pelajar takkan menonjolkan kepandaian mereka kerana tak mahu disingkirkan. Sampai pernah satu masa (pengalaman dia kot), pelajar yang menjawab soalan cikgu di’wooo’(aka booo) oleh pelajar2 lain dalam kelas. That is sucks! For sure aku kena booo dengan teruknya kalo aku ada kat sana. Waa, di mana keadilan untuk budak2 nerd??!

Malaysia

Aku rasa kebanyakan dari kita bleh tengok gak kot camna keadaannya di Malaysia. Berdasarkan pengalaman aku, ader gak la bebudak nerd yang kena buli sket2 waktu kat peringkat sekolah (p.s:aku la tu…). Tapi, kat Malaysia ni, perkara tu tak ketara macam kat US mahupun Jepun. Aku terfikir2 kenapa? Mungkin disebabkan Malaysia punya sistem yang lebih exam-oriented sehingga bebudak nerd lebih dianggap mempunyai kebarangkalian tinggi untuk score, sehingga bebudak yang ada kemampuan dalam bidang sukan cam rasa inferior. Bab x ketara tu, okey la. Tapi x perlu sebenarnya ada persepsi - orang yang score lebih baik. Tak semestinya scorer akan ada kehidupan yang lebih baik, ye x?

Persoalan

Kengkadang bila balik kg, ada gak la suara2 yang x best cakap, aku ngan kawan2 aku lepak sesama bebudak universiti jer. Cam ada sedikit terkilan bila orang bagi pandangan camtu. Sedangkan kitorang dah lepak skali sejak skolah menengah lagi.

Bila aku tengok2 balik, aku rasa pemisahan sosial ni sebenarnya berlaku akibat cara kita berfikir. Cuba tengok orang2 rapat sekeliling kita. Sedikit sebanyak kita akan ada persamaan dengan cara kita deal dengan sesuatu. Yela, kalo aku tetiba bukak citer fasal reality tv, CSI, pop stars etc, sapa x minat mana larat nak dengar, ye x?

Dan kalo cara dan gaya tu tak sama, susah nak bergaul dengan satu kumpulan tertentu. Baru2 ni aku rasa terganggu (offended) bila ada sorang tu buat lawak yang berbentuk seksual dalam sembang2 ramai2 la. Bukannya aku x pernah buat lawak camtu dengan kawan2 aku, tapi bila cara tu tak sama, camtu la jadinya.

One response so far

Sep 01 2006

In the mood to flirt

Published by flexin-am under All About Me

(this content my include some ‘jiwang’ statement. Avoid reading if it can make you puke)

So the title is a lil bit cheeky, I guess. Maybe because it’s too silent around USM due to 1 week break so I feel a lil bit lonely especially after the Japanese gone back to their country (well, actually they’re still in Kuala Lumpur for a lil bit sightseeing) (and actually before they gone back ‘pun’, I didn’t really hang around with them at night so, still feeling the same way sometimes).

I was thinking about make some flirtatious move upon my non secret admirer. Ha ha. But then I was questioning myself. For what?  [Flirt defined as to court triflingly or act amorously without serious intentions; play at love; coquet(Dictionary.com Unabridged (v 1.0.1))]. Is that because she is attractive so that I have to feel attracted and then try to spend (or waste in other perspective) my time with her? Or just because I feel desperate for not having any history of x-girlfriend so I try to make one? (in the case if it’s not working. Kalo working - kahwin laaa.)

So what if my non secret admirer is just in the case of admiring with literal definition [admire - to have a high opinion of; esteem or respect. Source: American Heritage Dictionary]. Such as I’ve been admiring some teachers but not in a way I want to become their spouse nor soulmate. So, that mean I am afraid of rejection, ain’t I?

So what if I just feel insecure by stating ’single’ in my friendster status, and receiving a notice of admiration from other secret admirer freak me out as I never been put in this kind of situation plus I prefer US straight-to-the-point style which is easier to say yes or reject.

I get the phone number from my friend but I am just afraid to move even send ‘hi’ message hence I never have frozen feet when I met her yesterday as I manage to say ‘oit’. And what if I;m just feeling afraid to make any move as I might be leaving the land and lot of things can happen in 9 months?

So with this roller coaster emotion, I keep figuring out the reason to flirt and not to flirt. But as my friend says, ‘you don’t need reasons to flirt. Just do it.’

One response so far

« Prev