Sep 27 2006

We’re going down in the earlier round

Published by flexin-am at 11:37 am under All About Me

Going_downMalam ni, baru aku rasa tenang skit. Aku amik baju2 dalam almari dan letakkan diluar. Mula nak pack barang skit demi skit. Sekurang2nya bleh la perasan, apa yang tak beli lagi. Baju Melayu tak lupa. Walaupun aku bercadang untuk utamakan lecture, tapi manalah tahu, dah tiba saat2 nak raya, terasa nak turun Malaysian Hall. Susah plak.

Petang tadi, aku cakap kat mak aku. ‘Sejak beberapa minggu kebelakangan ni, susah nak senyum’, merujuk kepada keadaan aku yang agak ‘pathetic’. Mak aku balas ‘Biasalah, dunia,.. baharu..’.

Perasaan aku ketika ini, agak kosong. Nak cakap excited giler2, tak juga. Nak kata sedih pun, tidaklah sangat. Mungkin sebab baru nak recover dari penat balik dari KL. Kat KL, aku cam cuti2 Malaysia. Mana taknya, walaupun aku boleh pendekkan waktu perjalanan, kebanyakan pengangkutan awam yang aku naik melencong ke sana sini.

Dimulai dengan hari yang teruk pada Isnin. Kononnya aku nak amik visa petang tu, sebab UK Visa Application Center hanya bagi amik dari kul 4.30 ke 5.30. Aku naik bas dari SP, bas tu berhenti Butterworth. Dah la bertolak lewat setengah jam. Pastu dia berhenti lagi Ipoh dan Tapah. Alamatnya, aku terpaksa cancel niat aku nak amik visa petang tu. Aku straight gi UIA. Muzaini (x-SMKM, UIA-Econs) amik aku kat Terminal Putra Gombak. Malam tu aku lepak kat bilik dia. Sempat la jumpa Joanna(runner USM waktu LLM, UIA Aikol) jap. Sembang2 skit.

Muzaini bagitau kengkadang Pak Guard UIA gigih (takrifkan ikut persuratan bahasa Kedah) check kad matrix. Tu sebab dia gi amik aku naik motor. Tak kena tahan. Esoknya plak, aku cadang nak terus ke Putrajaya dari Terminal Putra (tukar di KL Sentral naik ERL) sebab nak avoid trafic walopun ada bas str8 dari UIA ke KL. Naik bas je la, sbb Muzaini ada kelas. Tengah2 tunggu bas, alih2, kereta Pak Guard berhenti kat bus stop. Dia memula gi kat 2 orang budak yang berpakaian agak tidak kemas, mintak kad matrix. Aku cam cuak dah. Otak dah ligat mencari idea. Nak tipu ke, nak cakap yang betul? Alih2, bas datang. Aku terus la cabut naik bas tu. Tengok2 bas tu gi KL terus. So, melencong lagi la aku pagi tu.

Gi KPT okey, aku naik bas. On the way balik, aku ternaik bas yang berpusing2 kat pejabat kerajaan dan kawasan penempatan sebelum balik ke stesen ERL. Abih 40 minit gak aku dalam bas tu. Memang dah takdir aku untuk tengok sekitar Malaysia ni puas2 kot sebelum fly. Aku terima seadanya.

Dipendekkan cerita, aku dapat kedua2 benda yang aku nak. Dan aku balik umah. Sampai umah pun dah kul 12 mlm. No wonder la kenapa aku masih letih pagi tadi.

But I’ve learnt something from Muzaini. Lepas sahur ari Selasa, aku cakap kat Muzaini, ’seems like my disastrous day continue’ (ayat ni telah diubahsuai skit). And he didn’t like the idea of me being that negative. And then I realise, for this whole time, I always be negative. Sikap aku yang merangka2 kemungkinan ini dan itu bukan meletakkan aku dalam keadaan berjaga2, tapi paranoid.
So, I change it. Not a disastrous day, but it’s another challenging day. It is always challenging. That’s life, isn’t it??




3 Responses to “We’re going down in the earlier round”

  1.   fazrilon 28 Sep 2006 at 3:43 am

    am, aku pastinya akan merindui hang…maybe xsempat nak hantar masa kat airport nanti.

  2.   ainhadhiraon 28 Sep 2006 at 5:28 am

    dah nak fly?well gluck. all d best. nanti boleh tour europe..bestnya. n yes, bring lotsa baju melayu.heheh…btol..kalo raya tak pegi tpt2 yg ada malaysians mmg sedey gila. trust me, been there done that. tak best, sangat2 tidak best. makan la makanan malaysia banyak2 b4 fly, n pick up some cooking skills…u’ll need that to survive.n bawak la buku2 solat sunat semua, buku2 doa sbb nanti korang la yg kna handle evrithing…especially guys la.heheh…dah cam terlebey bgk guidance lak..bet u know most of d stuffs i talk about. anyway, wish u all d best n u gotta b tough k.take care.

  3.   hajar-sanon 30 Sep 2006 at 7:04 am

    gud luck!..

Comments RSS

Leave a Reply