Archive for October, 2006

Oct 30 2006

Get on track

Published by flexin-am under Life in UK

Alhamdulillah, cuti weekend 2 hari ni, aku dapat cope balik study dan hal2 yang tension tu. Betul gak, kalo satu2 benda tak menjadi, x leh stick cara sama jer. Sabtu ari tu, aku bawak nota dan kertas conteng free* ke bawah sambil tengok X-Factor (cam American Idol gak, tapi pertandingan ni lawan suma skali, band, single, suma ada. Dan Simon Cowell jadi judge gak. Rancangan ni made in Britain), bila iklan jer aku try baca skit2. Punya la banyak salah salin yang aku detect kat nota aku.

(* Setiap kali print kat dalam lab yang dicaj satu muka 3pence, printer akan print satu page yang hanya tulis no student untuk memisahkan dan bagitau seseorang tu print banyak mana. Dan kebanyakan bebudak tinggalkan kertas tu kat printer sebab diorang rasa tak berguna. So, as I am finding the way to save my money - and reuse, recycle, reuse ethics, hopefully - aku pun amik la kertas2. Mula2 cadang nak buat kertas conteng jer. Tapi skang ni, latihan2 yang x kena antar pun aku dah buat atas kertas tu. Walaupun kertas tak la mahal sangat dibandingkan dengan beli benda2 lain - 1 pound jer - tapi lebih baik la beli benda2 lain dari beli kertas yang boleh amik free kat lab)

(Penggunaan istilah matematik bermula di sini) Maybe pensyarah terlupa atau aku yang x nampak. Sebab sekarang ni, pensyarah duk guna sign titik ( . ) dan bukannya prime ( ‘ ) untuk pembezaan. Dah 5-6 tahun duk nampak tanda prime. Terubah sikit2, pening la. Dah la kalo tulis pengamiran dia buat tanda kamiran kemudiannya dx (kamiran terhadap x), pastu baru bubuh formula. Ni style fizik sebenarnya. Sekali lagi aku kena adapt. Lagi satu nota plak, dia tetiba guna tanda x’ dan y’ untuk melambangkan arah. Aku la… geram pun ada sebab otak dah set yang tanda tu untuk pembezaan. Ergh (Penggunaan istilah matematik tamat)

Dapat email daripada Dekan, setelah aku bgtau yg aku agak lost. Dia cakap lipat gandakan usaha. Gunakan cuti krismas nih untuk study. InsyaAllah. Walaupun aku cadang nak pergi jalan2.Nota2 Aah, takkan nak pergi jalan2 sampai 3 minggu, ye x?

Skang ni aku duk plan nak stay kat library lepas kelas. Tahir pun duk slalu stay back, so bleh ar join dia. 2-3 hari lepas aku buat camtu gak. Rasanya kalo ada benda tak kena tu, maksudnya aku kena ubah la sikit style. Seimon selalu duk poke fun fasal nota kuliah aku yang aku lipat dua. Tapi, aku dah guna teknik ni dari matrix, dan nampak cam okey jer. Salah satu kebaikannya ialah tak psycho sebab kalo tulis dalam buku, nampak cam banyak jer benda nak kena cover. Lagipun kalo aku nak study 1-2 part jer, aku amik la 2-3 helai jer.

Setelah perubahan masa DST pada hari Ahad lepas, maghrib dan isyak menjadi semakin awal. Dalam 6.25 dah Isyak ari ni. 4.45 Maghrib. Aku punya jadual tidur harian pada pukul 12. So, banyak sangat masa waktu malam. Mungkin disebabkan jadual harian di stickkan dengan jam yang aku tengok, tu sebab rasa cam pelik sikit. Walaupun perubahan masa 1 jam, tapi tak rasa apa pun, sebab matahari jarang2 nampak. Rasa cam pagi jer sepanjang ari. Tetiba matahari nak turun. Sepatutnya aku bawak whitening cream untuk tangan aku yg dah tersunburn sejak Form 4 dulu yang mengakibatkan wujudnya belang di kat bahagian pergelangan tangan (sbb naik motor pakai baju tgn panjang tapi x pakai sarung tangan) dan siku (sbb pakai baju tgn pendek).

No responses yet

Oct 28 2006

Tension | Hari ini satu hari = 25 jam

Published by flexin-am under Life in UK

This is my first weekend which I can eat during day. Yelah, sebelum ni kan puasa. So, ada la sikit lainnya. Biasalah, kalo x posa, perut mesti lapar giler kalo x makan. Sejuk? Macam biasa la.

Aku tanya kat Tahir semalam. Bukan la soalan yang aku x tau jawapannya. Just nak feedback.’I wonder why hundred years ago, people came in live in here. It’s so cold. There’s no (electric) heater at that time’. Tahir balas, ‘imagine homeless people.’ Ergh, jawapan yang aku tak jangka…

Tangan aku cam nak beku semalam. Keluar2 rumah, rasa cam sejuk menyucuk (ke mencucuk?) tangan. Mesti dah jatuh bawah 14 nih. Aku skang nih cam dah bleh bajet suhu yang aku rasa. Kalo suam2 London, kot lerah 20 darjah, tapi xder lagi kot. Suhu selesa pada 18 darjah. Kalo dah bawah 14, agak tak best sebenarnya. Aku naik basikal, muka rasa cam nak beku je bila angin tiup. Memang la takde masalah berpeluh atau rasa panas. So, bolehlah kayuh laju2. Cuma letih je la sikit.

Tapi petang tadi aku dapat jawapan soalan aku semalam. Seronok sebenarnya duk tempat sejuk nih (ayat ini still apply selagi the real winter tak datang lagi). Ada sedikit ketenangan. Dan kalo duk dalam rumah, tak la kisah sangat. Sejuk boleh pasang heater. Tidor bawah duvet (selimut) seronok gak. Cam tidor kat hotel.

Tension

Aku agak keberatan nak tulis fasal aku tension study kat dalam blog nih. Memandangkan aku sedar, sifat ‘egoistik’ aku atau dengan kata yang lebih lembut, ’sokongan itu kadangkala menyebabkan aku tertekan’, aku simpan je dalam hati. Tapi sakit jugak sebab aku ni bukan orang yang style pendam2.

So semalam, lepas solat Jumaat, aku bercadang nak call seseorang. Aku duk fikir, nak call Mahadi ker, Naz ke, Maharuddin. Sapa yang dapat bagi reaksi paling menyenangkan? Menyenangkan dengan kata dia akan lebih banyak mengiyakan dari cakap ‘you can do it’. Dah cakap dengan Mahadi itu hari, Naz pun. So Maharuddin la.

Berikut merupakan dialog aku dengan Maharuddin (lebih kurang laa…)
‘Weh Din, selamat hari raya, aku tengah tension nih. Masuk kuliah tak faham apa pun. Dua subjek tu okey la. Satu tu lebih kurang sama ngan USM. Yang dua lagi tu. Selalunya kalau aku tak faham lecture, aku cuba buat tutorial, bleh gak buat skit2. Ni, dari 6 soalan, 1 jer yang aku cam bleh buat. Yang lain aku takde clue langsung… bla bla….’. Dialog Din? Dia mengiyakan jer.

Lega sikit. Aku jumpa bebudak Jerman satu course ngan aku. Diorang buat study group setiap Isnin. Sebelum ni malas nak join. Tapi dah dalam keadaan terdesak nih, aku pun bercadang untuk pergi ke study group tu Isnin ni. Aku sembang dengan budak Jerman yang agak shining dalam kuliah. Ala2 nampak la dia punya keupayaan. Tanya samaada dia bleh buat ke x. Disimpulkan, dia pun cam ada problem gak dengan benda tu. Aku terus rasa lega. Bukan la sbb dengki ke apa. Tapi risau gak, was it just me feeling how stupid I am, or we’re all share the stupidity together? So, 2nd answer la… orang lain pon x faham gak, kalo ada 1-2 orang faham, tak kisah la kan. Biasala ada orang yg bersinar2 macam tu. I’m belong to the ordinary group.

Appointment aku dengan kaunselor tetap aku akan pergi. Aku arrange untuk jumpa kaunselor sebab tertekan nih. Mungkin bukan masalah besar, tapi kalo kat Malaysia, I’ll find someone to talk and usually the tense just fade away. Although I talk to my family regularly, usually I won’t be talking about this thing. Because if they worry about me, I’ll then feeling worry because they are worry about my condition due to some problems I’m facing = double trouble.

Maybe because when I talk to my family, I’ll talk to my mom or my sister, which I’m happy to talk about my life, my external problems, but not really something going on inside; and the fact is they are ‘women’.

Kenapa? I’ve been reading Why Men Don’t Listen and Women Can’t Read Maps which discover the differences of men and women. I’ve been watching the current season of The Amazing Race, where Peter asked Sarah to shut up while he’s doing the Detour. While Sarah tried to give him some cheer, he clearly said ‘I don’t need any support’. And episode 5 of Season 4 One Tree Hill (spoiler ahead) when Haley asked Nathan to say something about her pregnancy . Nathan said, ‘what do you want me to do?’. ‘Just tell me that we’re going to face this thing together’. (PS. Sapa yg x tgk citer nih, Nathan ngan Haley pasangan suami isteri ek).

While women seems to look for reassurance, (quoting from the book) such as asking, ‘which dress is the best. The blue one or the yellow one?’ while she already has the answer in her mind, and men are advised to simply ask back,’what’s in your mind?’ and just approve her choice; men seems to seek it by getting a silent reaction. Note that the case isn’t general, but for a man, a good listener is someone who can ‘listen’. Give smile, a simple ‘umm’ and nod is enough. But a good listener from women perspective is someone who can ‘listen’ and ‘talk’ back. That’s why nagging is related to woman. Because in woman community, you need to give some feedback. And men don’t need that and we consider it as nagging. Dan istilah mengumpat pun sama la…

————————————————————

Cam tulis artikel plak.

Raya018
Aku ada upload video baru. Bleh tgk online kat youtube
http://www.youtube.com/watch?v=eZ-uqEF2MaY
Atau, kalo korang nak smooth viewing, bleh download (20 MB) kat
http://www.rempit.net/flexin/Raya_di_UK.wmv

Hari ini satu hari = 25 jam

Bersembang dengan Naz kejap tadi. Dah pukul 1.22, baru tersedar yang masa kat jam pc dah berbeza dengan jam kat handphone dan jam tangan. Jam tangan dah 2.22 pagi.

Hari ni jam berubah sejam lebih awal disebabkan DST. Maklumat lanjut bleh dibaca kat http://webexhibits.org/daylightsaving/. Mula mula aku tak faham gak. Duk dengar DST - Daylight Saving Time nih waktu main game pokemon kat pc jer. Tapi logiknya macam ni sebenarnya.
Sekarang nih, terbit matahari kul 7.30. Tanpa DST, akan cecah sampai kul 9, baru terbit matahari (a.k.a syoknya, bleh bangun lewat sebab subuh panjang). Tapi orang start kerja kul 9 dan ada yang kerja kul 8. Kalo kerja kat Tesco kul 7.30 Bayangkan, lagi sejam setengah nak terbit matahari, dah kena kerja. Maka timbullah idea DST nih. Bila masuk winter, masa dienjakkan satu jam kebelakang pada hari Ahad terakhir bulan Oktober(ari ni la). Maksudnya, kalo skarang kul 1 pagi, ubah jam ke pukul 12 balik.

Maka, pada ketika matahari terbit kul 9 kalo x tukar DST, masa jadi kul 8 selepas diDSTkan. Biasanya timetable solat dah DST friendly so x yah tukar apa2. Hal ini turut memberikan keselesaan kepada orang yang kerja pada awal pagi. Kiranya, kalo pergi kerja taklah perlu turun waktu tgh gelap2, walaupun hal ini turut memberikan kesan kepada ayam akibat tuan ayam yang adjust schedule bagi makan sejam lewat, tapi ayam tak tengok jam (http://webexhibits.org/daylightsaving/c.html)

No responses yet

Oct 27 2006

Kengkawan lama

Published by flexin-am under When I was a boy...

Tetiba semalam ada sorang mamat nih nak add aku. Aku dok tengok2 macam x kenal. Tapi alih2 terperasan. Aisey, ini Saiful Aisa. Kawan aku waktu kat Perak dulu. Aku excited la jugak. Mana taknya. Last time aku jumpa dia pun waktu Darjah 6. Pusing2 Besout dengan Zairi tangkap gambar untuk projek sekolah rendah aku. Waktu Darjah 6, Ustazah suruh buat macam projek geog, cerita fasal tempat tinggal, kawasan sekeliling, penghulu etc. Walopun waktu tu dok kat Kedah, aku still nak buat fasal Perak. Ye la, tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat berguling2, melompat2, main rounders etc.

Dah umur aku 22 tahun ari tu, kira genap la 11 tahun aku duk kat Perak dan 11 tahun kemudiannya duk kat Kedah. Walopun in the meantime blajar kat KMPP dan USM, tapi still kira duk kat Kedah la sbb duk balik selalu. Tapi InsyaAllah, duk kat UK ni x la sampai 11 tahun.

Malam ni aku balik, tengok2 ada lagi sorang girl nak add aku. Aaaah! Aku menjerit kegembiraan dalam hati. Zuraidah! Last time jumpa dia waktu Darjah 5 la. Sebelum aku pindah ke Kedah. Bestnya dalam 2 hari, berjumpa 2 orang kawan lama dalam internet. Zuraidah ni dulu pesaing hebat aku la dalam kelas. Duk lawan no 1 dan no 2. Tapi aku dapat kalahkan dia sekali dua je. Yang aku ingat waktu Darjah 3, kelas Cikgu Sulaiman. Last time aku dengar dia masuk UTM lepas SPM.

Seronok gak duk ingat2 balik waktu sekolah rendah. Semua pakat2 innocent waktu tu. Waktu Darjah 3 la, 3 Mutiara, Cikgu Sulaiman ajar Math. Dia suka bagi homework banyak2. Kengkadang takde, tapi kalo sekali bagi, 1 bab kena perabih. Lebih kurang 20 page. Aku balik umah buat homework sambil menangis, geram sebab 2-3 jam tak abis lagi, pastu dah gelap, dan takleh main waktu petang. Dia cakap,’sekarang ni kamu marah la kat saya….’ Memang pun, that’s for sure, ‘tapi satu hari nanti, kamu akan berterima kasih balik …’. Hehe. One of the guy that I wish to meet. Antara cikgu yang aku tak lupa sampai sekarang.

Tersebut fasal Zairi tadi teringat la plak kat dia. Nombor dia aku dah terhilang, so aku dah lost contact ngan dia. Salah satu benda yang aku terkilan waktu gi Debat Divsat kat UTM waktu first year. Dia betul2 sembang dengan Joe (USM), dan aku selamber je jalan kat tepi sebab aku tak cam dia. Lepas tu baru aku tau, aku macam.. aaah.. sedihnya. Zairi dulu rajin datang rumah aku main lego. Dengan Hazlan sekali (pun dah lost contact).

Waktu tu Darjah 4. Cikgu akan bagi banyak soalan math untuk dibuat dalam kelas. Memula aku rajin la lawan buat dengan Zairi. Sapa siap soalan dulu kira macam menang la. Tapi lepas tu aku buat slow2.  Biar banyak soalan berbaki sebab aku nak tunjuk kat mak aku yang kerja sekolah banyak lagi, so xnak pergi sekolah agama (kelas quran tajwid). He he, sori ar mak, kalo mak terbaca nih. Tak tipu, trick jer tu…

Weh kengkawan Besout aku… Korang kat mana??!!! (dibaca dengan gaya menjerit ala2 kat hujung episod drama bersiri, dengan posisi kamera dari belakang dan dizoom out semakin jauh, dan kamera beralih ke depan, dan zoom out lagi jauh sehingga watak hilang dari pandangan….. Tambah bunyi gema untuk kesan tambahan. Gunakan Dolby Digital system untuk mutu yang lebih baik)

No responses yet

Oct 23 2006

Raya: Permulaan yang tragik

Published by flexin-am under Life in UK

Peta dah aku cari. Tangkap guna digital camera. Senang nak tengok. Aku terjaga pukul 5 lebih. Awal lagi, aku dah kunci jam pukul 6.30. Solat Raya kat Malaysia Hall kul 8.30. Kalo bertolak kul 7, bleh sampai sana pukul 8.

Aku terjaga. Perkara pertama aku buat ialah tengok ke arah tingkap bilik. Dah cerah. Tengok handphone. Pukul 8.08 minit!!! Damn! Tak jaga plak Subuh. Terasa yang persekitaran menjadi gelap, dengan cahaya lampu spotlight menyuluh ke arahku. Aku tunduk ke bawah. Sedih giler bila sedar yang aku xkan ada chance untuk solat raya kat Malaysia Hall. Terdetik hati aku untuk stay kat rumah jer. Tapi aku fikir2 balik, nanti lagi la nampak pathetic untuk diceritakan di dalam blog, dan apabila pak2 menakan dan mak2 menakan aku tanya mak ayah aku fasal aku. Nanti diorang kena citer yang aku melepak kat rumah tak buat apa2. Tak ke jadi cerita yang menyedihkan tu.

Dengan seribu satu perasaan bermain dalam kepala otak, aku stick dengan plan asal untuk turun Central London. Kecewa gak bila tau yg x dapat solat raya. Err… kecewa giler sebenarnya. Walaupun tak wajib, tapi dah jadi cam simbolik. Kalo solat raya, baru la ada feel lebih skit.

Raya_002Dipendekkan citer, aku pun sampai Malaysia Hall kul 9.30. Tak susah sangat nak cari.
Gambar - bebudak Malaysia kat luar Malaysia Hall. Aku tegur sorang mamat yang aku jumpa paling awal. Buat2 tanya,’Dah abis ke solat raya?’, walaupun aku dah tau, kalo mula 8.30, takkan tak abis lg ye x? Tapi dia bagitau yang diorang baru start yg 2nd round punya. Tapi dia dan beberapa kawan dia lain x dapat masuk sebab penuh. Agaknya kalo diorang jual tiket untuk masuk, mesti sold out punyalah.

Aku buat2 tanya lagi,’selalunya lepas abis solat diorang buat apa kat sini?’, untuk dapatkan hint yang ada makanan free ke x. Dia bgtau yang diorang x buat apa2. Selalunya diaorang balik la ke tempat masing2. Datang Malaysia Hall ni sbb nak jumpa orang2 Malaysia jer. Oh ye ke? Aku jawab dalam hati. Kempunan la aku nak makan ketupat pagi2 ni. Takpe kat rumah TYT ada kot. Disebabkan jawapan dia yang memberitahu tiada makanan di situ, aku pun buat plan drastik untuk gi beraya rumah Tahir kat East London. Aku mintak diri dari mamat tu, cakap yang aku ada plan nak gi rumah kawan, tanpa bgtau yang plan tu baru je dibuat apabila dia bgtau takde makanan kat Malaysia Hall.

D
ipendekkan cerita lagi, sampai la aku kat rumah Tahir. Diorang punya sambutan tak la macam Malaysia. Kiranya, sambutan raya kat Malaysia la yang paling meriah. Sebab dulu aku ngan kawan2 pernah buat rekod gi beraya lebih 20 rumah dalam 1 hari. Dan kitorang berhenti tak lebih 15 minit. Raya_009Kat sini, x der la kuih raya ke apa. Tahir ty nak minum ke x? Aku jawab ya. Memang minuman je la yg dia bawak. Takde kuih pun. Alaaa…

Aku lepak2 kat bilik Tahir. Ngeri gak aku tengok bilik dia. Penuh dengan gadget2 komputer dan games. Handphone 2-3 bijik. Ni gambar adik dia. Tengok la, monitor komputer satu, tv skrin besar satu. Siap ada projektor lagi. Aku tanya, ‘buat apa dengan projektor’. Kawan dia tolong jawab, ’so that if they aren’t satisfy enough with the tv screen, so they are going to use the projector for bigger picture’, berseloroh. PSP, PS2, Nintendo 64 pun ada kot sebab ada Pokemon Stadium punya game kat situ (Pokemon game run atas console N64). Siap ader pad pijak yang untuk game menari2 tu, ala.. yang cam kat kedai video games tu. 2 set. Aku duk bayang Tahir ngan adik dia duk menari atas benda tu. Tu la… orang putih tak pernah nak melawat rumah diorang nih. Walopun berjambang, tapi main benda2 alah tu, bleh ke diorang ni jadi pengganas, cam x logik jer.

Ngeri bukan sbb apa, terasa segan pun ada bila lepak rumah orang2 yg berada ni. Cam inferior skit laa… Tak salahkan rasa camtu.

Raya_011
Pastu aku ikut Tahir ngan famili dia gi tanah perkuburan. Gambar - sebelum gi tanah perkuburan. Saja nak tengok camna keadaannya. Pelik skit la sbb ada tempat khas untuk tanah perkuburan, dan mix religion. Cuma dibahagikan la, sini kawasan Islam, sana kawasan Kristian, etc. Walaupun asas budaya aku dengan diorang ni berbeza, tapi sebab sama2 Islam, aku nampak la banyak persamaan. Contohnya cam melawat tanah perkuburan.

Tapi baru aku tersedar, yang istilah ‘maaf zahir batin’ ni sebenarnya kat Malaysia je. Kalo korang translate lagu raya yang ada ayat2 suruh minta maaf waktu raya ni, bagi kat diorang, mesti diorang x faham
punyalah fasal budaya minta maaf waktu raya. Takde pun benda tu kat sini.Raya_020

Mak Tahir masak best. Kiranya the best meal I’ve ever had in here yet. Pedas. Mak dia India, ayah dia Pakistan. Ada papedom, susu separuh yogurt, kebab etc. Nice la. Kira berbaloi la aku belanja 12 pound untuk tiket sehari kat London (sebab peak hour. Kalo off peak, bleh dapat 6 pound jer).

Sebelum makan, Tahir bawak aku gi rumah dia yg lagi satu, yg tengah renovate. Kat backyard, ader stor besar skit, diorang boh pool table (gambar). Kawan2 dia dah datang main. Kalo kat Malaysia, petang2 raya gi main snooker, atau main bowling, atau gi mandi sungai, mesti orang dah cop takde sensitiviti raya. Err… ni kat UK. Mana bleh samakan ngan Malaysia.

Raya_019Tahir bawak naik kat attic. Bleh keluar dari tingkap naik ke rooftop. Ini sudah macam Simple Plan, videoclip perfect. Aku excited giler. Ala2 kalo banyak masa, mesti aku dah buat satu video clip lg kat sini. Gambar - kat atas bumbung rumah. Ish, bestnya kalo rumah aku kat Malaysia ada macam ni. Tapi fikir2 balik, aaah, mesti panas nak lepak2 kat atas bumbung.

Aku pakai simple jer. Baju Melayu, seluar jeans. Kononnya nak pakai full suit dengan songkok hitam, sampin kain pelekat biru. Tapi memandangkan dah bangun lewat, batal jer. Takde mood aku nak bersiap2 camtu.

Lepas tu aku pun balik. Tapi seperti yang aku dah plan sejak semalam, aku taknak just terus balik rumah. Sebab mesti macam tak best nak tulis dalam blog (Boleh x fikir macam tu???). Lagipun, dah la sambut raya kat sini x best cam kat Malaysia, kalo aku x buat satu yang best, rasa cam pathetic, dan macam korang (terutamanya kak aku) akan rasa sedih/kesian/seronok(potong yang mana tidak berkenaan) mengenangkan nasib aku beraya kat sini. Maka untuk memastikan perkara tersebut tidak berlaku, aku gi la London Eye.

Raya_024
London Eye - Ferris Wheel setinggi 140m+. Tiket jer 13.50 pound. Dah pernah tengok Amazing Race punya contestants naik benda nih. So, aku mesti naik jugak.

Nice la sbb waktu aku naik tengah sunset. Tapi banyak awan. So, sunset tak la main banyak peranan sangat. But it’s nice to see the view.

Turun dari London Eye, aku gi cari masjid bukan main jauh. Aku brapa tau tempat2 solat kat2 situ.

Dipendekkan cerita, sampai rumah kul 10, aku call famili aku ikut internet, kat Malaysia kul 5.

Maka tamatla sambutan raya aku yang agak pelik sebab sambut raya kat tempat tumpuan pelancong.

Mak aku tanya, ‘kenapa tak tegur orang2 Malaysia yang lain?’. Aku kan ala2 anti sosial skit kadang2. Aku bagitau mak aku,’malas la. Lagipun cadang nak gi umah Tahir. Nanti tegur2 diorang, diorang ajak gi rumah diorang nak kena pergi lak’. Satu jawapan anti sosial yang tepat. Tapi aku rasa, it’s not about how many number of house have you visited, but it’s about how many person you have spent your quality time with. Or in my case, was I having a quality time even going on my own. Definitely yes!

Raya_056
Gambar - dalam London Eye dengan anak2 mat saleh. Notis untuk Mirza : aku tak dapat nak cari awek2 mat saleh nak kirim salam, so kira boleh la yek ganti ngan bebudak nih. Besides, it’s better when they’re innocent before…

Lagi satu. Tahir ngan kengkawan dia ada plan nak gi Scotland cuti Raya Haji nih (cuti Krismas bagi orang2 yang merayakannya). Dia ajak aku. So, Scotand here I come.

Coming this winter : Cold Mountain: Journey in Scotland. Yeay…

Raya: Permulaan yang tragik, tapi ending yang ‘okey la’. Kan ke dalam movie pun slalu camtu..

2 responses so far

Oct 22 2006

Esok raya, yeay?(dengan tanda soal)

Published by flexin-am under Life in UK

Balik dari Tesco semalam, aku dapat mesej informasi berbentuk lawak dari salah sorang budak PhD Malaysia yang study kat Brunel. ‘Saya mewakili penyimpan mohor besar raja-raja cawangan england, +dgn ini mengumumkan tarikh hari raya puasa jatuh pada 23 okt bersamaan hari isnin….’. Aku check dalam http://www.iccuk.org/, memang mengesahkan yang raya jatuh hari Isnin kat sini. Dan ikut masduke.com, Malaysian akan ikut pengumuman masjid central London. So, jadi la raya esok. Er… Malaysia ikut kaedah pengiraan. So, dah tau dari awal. Kompleks jugak nak tau bila raya kat sini. Tahir cakap disebabkan orang Islam minoriti, maka banyak pendapat.Breaking_free Ader yang ikut Arab Saudi. Ader yang posa lebih awal. Aku baru baca laman web mana ntah, yang kata UK memang tak nampak anak bulan ke apa. Maksud aku, banyak pendapatnya. Tapi rata2 aku tengok, termasuk kalendar jadual waktu solat dan khutbah semalam, banyak yang rujuk hari Isnin sebagai raya. So, xder masalahla.

Aku duk tunggu notis dalam masduke.com, laman web Malaysia Hall, pukul berapa diorang buat solat raya. Tak kuar2 lagipun. Ikut hati, terasa cam nak lepak kat rumah je. Buat homework memandangkan ada test minggu ni dan minggu depan. Tak la rasa apa pun kalo x gi raya. Sebab takde la iklan raya kat tv, takde hiasan raya kat Tesco, maka takde la terasa sangat kalo x sambut. Tapi memandangkan aku taknak dikategorikan sebagai ‘freak’ atau ‘nerd’ bila balik nanti aku citer yang aku tak gi beraya sebab study, maka aku tetap meneruskan niat awal aku untuk turun Central London esok. Walaupun turun sana dah kena kuarkan duit, tapi boleh cover balik kot dengan makanan free kat rumah terbuka.

Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada pembaca2 blog. Terlebih makan, minum, mintak halal yerk. Tapi hutang2 korang yang aku catat, masih valid dan perlu dibayar. InsyaAllah, malam esok aka pagi raya kat Malaysia, aku akan upload gambar2 yang aku amik waktu beraya kat sini. So sementara nak tunggu nak pergi sembahyang raya, bleh la tengok2 aku beraya kat sini. Heh.

3 responses so far

Oct 21 2006

Slang | Halal haram, sah x

Published by flexin-am under Life in UK

Abang aku tanya, ‘kenapa dah tak tulis fasal London dalam blog’. Aku bgtau la yang blog ni memang asalnya tempat untuk aku citer bebenda yang aku fikir. Tak semestinya fasal kehidupan seharian, ye x? Tapi sebenarnya, dari perspektif lain, lagi kurang aku tulis fasal kehidupan kat London ni, maksudnya aku kurang la berfikir tentang hidup aku kat sini which means yang hidup kat sini dah aku adapt la. Dah bleh sesuaikan diri.

Slang

Aku nak tergelak pun ada dengar slang kat UK nih. Kalo aku pergi universiti, aku x akan dapati yang masyarakat kulit  putih sebagai dominan. Sebab banyak sangat bangsa lain. Arab, Jepun, China, Latin, dan banyak lagi. Maka there’s no such thing as bad pronouciation here. Mungkin la orang tempatan akan dikutuk kalo salah pronounce sesuatu perkataan seperti mana housemate2 aku selalu duk gelak bila tengok tv dan kalo ada orang tersalah pronounce sesuatu perkataan. Kalo foreigner atau bangsa lain, xder masalahnya kalo sebut tersalah sikit.

Susah nak ikut slang tempatan. Tambahan lagi kita orang Malaysia yang tengok banyak citer dari Amerika. Tadi aku tengok ‘Ant & Dec Saturday Night Show’ (Ant & Dec ni pengacara Pop Idol. Korang pernah tengok diorang kalo korang tengok World Idol dulu). Dia sebut perkataan ’sad’ pun pelik semacam. Macam dengar bunyi ’sard’(bunyi a pada makan) berbanding sebutan ’se’d'(bunyi e pada tembak).

Halal haram, sah x

Dah duk tempat orang ni, mana la nak bleh demand macam2. Tapi at this moment, aku dah tak der masalah dah. Apa2 je benda yang menjadi tanda tanya, terus je fikir, halal ke haram. Sah ke x?

Bukan apa, kalo kat Malaysia, asal ader chance nak tukar pakai kain untuk solat, biasanya tukar la walaupun seluar setakat kotor skit jer. Kat sini, takdenyer bleh senang2 hati nak buat macam tu. So, setakat kotor2 yang bukan najis (tanah ke, kari ke), pakai jer seluar tu untuk solat. Bukan apa, kalo nak tukar, banyak hal jugak + sejuk… Maka kaedah ’sesuatu itu kekal selagi mana tiada benda yang mengubahnya’ digunakan la (Sila rujuk nota berkenaan sumber dan perundangan Islam untuk maklumat lanjut. Jangan taklid ayat aku jer tau). Maksudnya kalo dah asal seluar tu bersih, dan takde la plak terkena najis ke apa, kiranya seluar tu masih bersih la. Tak la duk ikut was2 dalam hati jer.

Sama la kes macam mandi. Kalo kat Malaysia, asal balik petang2, sebelum Maghrib biasala kita mandi ye x? Ade gak orang cakap ‘biar bersih sebelum solat’. Bagus la tu. Tapi still dengan pendekatan yang sama. Kalo x mandi sehari 2 pun, solat still sah. So, aku pun x la mandi. Setakat ni paling lama aku x mandi ialah 2 hari. Dan sepanjang minggu lepas, tiap2 hari mandi. Tapi bila dah masuk winter, dan suhu akan mencecah 0, keselesaan dah takbleh jadi prioriti. Sebab mandi tak kena gaya pun bukan menyebabkan badan sihat dan bersih, tapi jugak bleh mengundang penyakit. Ari tu aku cuba mandi pagi, badan menggeletar semacam dan hidung berair (hingus la). Start dari ari tu, aku x mandi pagi.

Banyak jugak persoalan yang timbul, tapi aku x nak menghuraikan banyak kat sini aku takde wide knowledge untuk backup hujah. Tapi sebenarnya bagus jugak. Sebab ader beberapa persoalan yang timbul dan ada jawapan yang kadangkala bercanggah dengan kebiasaan (bercanggah dengan kebiasaan tak la maksudnya salah. Kalo dalam hukum, mungkin disebabkan perbezaan mazhab). Misal yang paling mudah, batal tak wudhuk kalo sentuh wanita bukan muhrim? Persoalan ini biasanya timbul waktu nak gi Mekah. Dan recently aku cari jawapan, apa hukum bersalaman dengan wanita bukan muhrim.

Banyak benda yang boleh kita discover. Mungkin keselesaan menyebabkan kita tidak sedar.

4 responses so far

Oct 20 2006

Ponteng

Published by flexin-am under When I was a boy...

Aku buat satu kategori baru, ‘when I was a boy…’. Terasa nak recap balik perkara2 yang masih lagi dalam ingatan. Nanti tua2, bleh baca balik. Aku baca blog aku yang aku tulis bulan Februari pun dah lupa, inikan plak yang dulu2, ye x? And I called it ‘when I was a boy’ because it this moment, I couldn’t consider myself as a ‘boy’ anymore. Dah ler aku yang paling tua kat dalam rumah ni, Steve(bday dia ari ni 20hb) dan Shimmi, 21 tahun. Paul dan Bernie plak 20 tahun. Aku ingat diorang lebih tua dari aku. Salah laa.

Tadi aku main2 piano kat bawah. Bebudak tu suma kuar gi sambut bday Steve. Menekan2 not2 sumbang, aku pun cuba2 untuk main 3-4 lagu. Masuk lagu titanic skit, lagu sound of music skit, lagu raya pun aku cuba main (perkataan ‘cuba’ digunakan bermaksud aku memang x reti sebenarnya nak main piano nih). Tetiba teringat lagu waktu darjah 4. Bebudak kelas aku pakat2 duk nyanyi lagu nih. Tajuk ‘Ratu’. Muzik dia agak catchy. Tapi aku tak tau sebab aku ponteng waktu tu.

Dan seingat aku, itulah kali pertama (dan buat sekalian kalinya, tak jemu2 (dilagukan seperti lagu Flop Poppy)) aku ponteng. Tapi waktu tu tak tau lagi istilah tu. Aku pengawas pusat sumber waktu tu. Kelas muzik plak cikgu dia garang. Rumour mengatakan sesiapa yang x bawak recorder akan disuruh amik penyapu dan tiup. Aku cakap rumour sebab aku x pernah nampak lagi. Dan perangai aku plak, kengkadang selalu tertinggal recorder kat rumah. Ada la 2-3 kali. Jadi untuk mengelakkan aku kena marah, rasa malu dan menjatuhkan reputasi aku (takde la… sajer je tulis), aku masuk dalam library, dan lepak kat kaunter.

Ader gak la kakak2 darjah  yang tegur, apa yang aku buat kat library. Aku dah tak ingat apa yangComel
aku jawab. Agaknya sebab tak pernah kena tangkap, maka aku tak tau la ponteng kelas tu salah, memandangkan kelas yang aku ponteng tu ialah kelas yang aku tak suka.

Maka aku pun x tau la lirik lagu yang kawan2 aku nyanyi.

Masuk lak darjah 6. Aku pindah ke Kedah. Aku ponteng lagi, tapi kali ni ponteng padang. Aku tak turun PJ sebab takde senaman aper, asal PJ jer main bola. Takder permainan lain. Aku memang x suka main bola, kalo waktu kat sekolah menengah, bila diorang main hoki je yang aku betul2 join. Kalo main bola, bila bola ke kanan padang, aku akan lari ke sebelah kiri, begitulah sebaliknya. Kalo hoki, aku akan gi defense la. Aku punya otot tangan lebih dominan la dari otot kaki, tu sebab suka main bowling. Berbalik ke ponteng padang. Tapi kali ni, untuk make sure yang aku tak get in trouble, aku gi confront cikgu PJ, bagitau aku nak stay kat kelas sebab nak buat kerja. Dan disebabkan aku macam budak baik yang selalu siapkan kerja sekolah, maka aku pun diberikan perlepasan tersebut. For sure la bebudak lain berbulu dengan aku sebab diberikan keistimewaan tersebut. Padahal kalau aku join masuk main bola dengan diorang pun, mutu permainan takkan la meningkat pun.

Sekolah menengah tak ponteng kelas kot. Masuk matrix, yang aku teringat, ada la sekali. TuBukitmerah02
ponteng beramai dengan roommate2 aku - Spider, Ali dan Emon. Entah apa sebabnya, semua orang tak jaga sampai pukul 8 pagi. Err.. sebenarnya Ali tukang gerak kitorang. Sebab dia rajin bangun awal turun surau. Dah dia tak jaga, yang lain pun lelap la. Maka burn la kelas kul 8.00 - 9.00. Dah la waktu tu, pensyarah duk tunggu kat tengah tapak perhimpunan KMPP, denda siapa yang gi kelas lewat. Aku dah gabra, nak pergi ke tak kelas kul 9. Sebab kalo lalu depan tu, for sure bleh kena tangkap. Baju dah siap pakai dah. Tetiba pintu bilik kena ketuk. Jam kul 8.45pagi. Nervous dah nih. Tapi2 tiba2 dengar suara yang familiar. Ariff (x-F1P4), budak kuliah dan praktikum aku. Dia balik bilik sebab kuliah 8-10 cancel. Aku menghembus nafas, lega. [Gambar waktu balik dari Bukit Merah waktu form 3. Aku yang duk tengah kat blakang tu. Comel x?]

Arif masuk dengan rumour, ‘oh, korang dah tau kuliah takde yerk?’ Aku gelak. Aku bagitau Ariff tapi tak bagi dia bagitau orang lain. Bila kitorang gi kuliah seterusnya, bebudak lain cam geram sebab tak bagitau diorang yang kuliah batal. Aku dan Emon sama kuliah. So bila kitorang dua-dua takde, diorang assume yang Emon dah tau dari lecturer lebih awal. Aku senyum jer. Takkan nak bagitau yang aku bangun lewat kat satu kuliah kot.

Kemudian masuk U. Ni la saat yang paling banyak aku ponteng.
Waktu first year first sem, dah ponteng sebab paper MAT181(C++) clash dengan ZCA101(Fizik - Mekanik). Aku ponteng fizik sebab Mahadi(Fizik USM) pun gi kelas tu. So bleh amik nota dia. Walaupun selepas tu, aku baru tau yang sebenarnya aku boleh dipaksa drop kalo clash camtu. Tapi takpe, dah dapat dah scroll, so tak aci tarik balik ek…
Masuk 2nd dan 3rd year, lagi banyak aku ponteng dengan alasan ‘malas’ ataupun ‘masuk kuliah pun x faham’ (Peringatan: sikap ini tidak patut dicontohi dan diamalkan). Waktu kuliah Dr ****** (diblank untuk mengelakkan kontrovesi), dan Dr ********, aku akan sambung tidor balik kalo kuliah tu jatuh kul 8. Malas nak bersiap2, naik motor dari Tekun, menunggu lampu isyarat waktu awal2 pagi. So, berdengkur la aku sampai kul 10 pada hari2 tertentu. Bleh tanya Mahadi untuk pengesahan sbb dia roommate aku waktu tu.

Fikir2 balik, apa ke buruknya perangai….

[Gambar dari http://www.cal-peds.com/]

No responses yet

Oct 19 2006

Persiapan Raya?

Published by flexin-am under Life in UK

Dah mula dah. Ucapan2 dah mula masuk dalam inbox Yahoo Mail aku. Kak Uda (x-SMKM, jiran aku) hantar 3-4 testimonial raya, yang aku approve satu jer. Lilik pun antar satu. Muazzam (Bio) siap ucap dalam blog lagi, tulis ‘Lutfi Amri(London)’. Hehe. London tu kira tumpang glamour jer. Padahal bukanla duk kat tengah London pun. Macam Merbok pi Sg Petani la. Kalo orang tanya aku duk mana (kat Malaysia), aku jawab la SP, kalo orang tu orang Johor, N9, Pahang, KL etc sbb kalo cakap Merbok, orang tak tau plak. Kalo cakap kat orang Kedah, dan tetiba mengaku SP, mampus kena gelak sebab Merbok ngan SP tu jauh gak. UiTM Merbok pun kalo aku dengar orang panggil UiTM SP, aku dah rasa semacam. Macam tu lah perumpamaannya London dengan Hillingdon nih. Hillingdon nih kira daerah dia la. Aku pun x sure nak panggil apa tempat ni. Yang aku tau alamat aku = 60 Albert Road, Yiewsley, Middlesex, UB7 8ES, UK (Err… nak antar kad raya konvensional sempat lagi nih, tapi aku xkan balas sebab setem mahal. Err… masih lagi kedekut macam dulu).

So balik kepada topik utama. Persiapan raya? Yang aku tau, tiap2 hari aku kena bersiap untuk berbuka. Kena fikir nak makan apa, bajet masa dsb. Tak terfikir sangat fasal raya. Aku rasa, aku lebih menderita kalo terpaksa sambut raya kat USM berbanding sambut raya kat sini. Sebab psycho la kalo tengok orang2 lain semuanya balik rumah. Waktu kat USM, balik rumah lambat skit pun, aku dah rasa tak best. Tapi kat sini, memandangkan nak jumpa orang Malaysia pun susah, dan semua orang macam takde aper je (orang Islam kat UK takla sambut cam kat Malaysia), so xder la rasa apa2 sangat.

Kalo kat rumah, time2 camni aku mesti dah ajak mak aku buat kuih raya punya. Bosan gak kalo sambut raya takde kuih yang buat sendiri. Tapi tahun lepas tak buat sebab USM tak kasi (abih kelas 2-3 hari sebelum raya, dan ada exam pastu).

ShockwaveAku takde la beli baju raya. Tapi ada basikal raya. Tahun lepas beli komputer raya. Apsal la aku
punya celebration cam pelik skit. Aku beli basikal £80. Amik masa 15 minit berulang ke universiti. Walopun banyak gak guna tenaga, tapi sekurang2nya aku jimat masa. Kalo naik bas, kena make sure 1 jam sebelum kuliah, dah kena tercangok depan bus stop. Tapi kalo naik basikal, dalam 30 minit sebelum tu pun xper. Skang x hujan, so okey la. Kalo hujan terpaksa la naik bas. Dan aku kena make sure aku naik lebih 100 kali (pergi balik kira 2 kali la) supaya berbaloi beli basikal. Aku kira2 dalam 10 minggu dah bleh cover (Tambang bas £0.80).  [Gambar ni aku amik dari internet. Tapi basikal dia model macam ni la]

Aku baru tengok dalam masduke.com, dah ada notis fasal rumah terbuka TYT Pesuruhjaya Tinggi Malaysia kat London. Ha, kira tu destinasi kunjungan raya ni la.. Selain dari tu, takde apa2 plan.

Aku baru je lepas makan ayam masak ape benda ntah. Aku mula2 cadang nak bakar dalam oven tapi x tau berapa lama. Aku terjumpa perencah apa ntah yang tidak terkandung bahan2 yang tidak halal (sedap x sedap belakang kira, janji halal), siap ada resipi so aku pun beli ikut resipi la.

1. Perencah tu
2. Susu separuh skim (semi-skimmed milk)
3. Cendawan
4. Ayam

Cara memasak:Makanan_005
1. Goreng ayam sampai kuning
2. Kalo berlebih minyak, buang skit. Masukkan cendawan.
3. Masukkan susu dan perencah tuh.
4. Masak 8 minit. Kacau2
5. Kalo tak masin, boh garam.

Dan hasilnya bleh tahan gak. Aku tak pernah rasa masakan aku yang sesedap tu (Masuk bakul…). Tapi memang sedap gak la, in contrast to goreng ayam tak boh apa2.

So, apa persiapan raya aku sebenarnya??

5 responses so far

Oct 18 2006

High School Musical ROCKS!!

Published by flexin-am under Film

Okeh, ni kiranya first time aku tulis selain dari kategori ‘Life in UK’ waktu kat sini. Aku baru je tengok High School Musical semalam. Download laa.. Citer ni pun x available kat cinema. Ada kat DVD atau di torrent2 yang berhampiran.800x600_hs_musical

Shahrill, have u watched it? (Shahrill is one of the biggest Disney fan). Well, the theme is pretty lame. Fasal jocks and nerds. Troy (Zac Efron), captain of basketball team dan Gabriella(Vanessa Anne Hudgens), budak baru yang pandai, bertemu kat satu sambutan tahun baru. Diorang dipaksa menyanyi karaoke dan kebetulan(atau baca sebagai - skrip) diorang dua2 orang pandai menyanyi. So bermulalah cerita bila diorang pakat2 nak masuk musical theater kat sekolah tapi kedua-duanya menghadapi masalah prejudis yang bebudak nerd dan jocks tak patut masuk benda2 camtu.

Salah satu part yang aku suka ialah waktu Gabriella (she’s so cute, ya know…) cakap kat Troy:

‘At my other school, I was the freaky math girl. It’s cool coming here and being… anyone I wanna be….
…Remember in kindergarten, how you’d meet a kid and you know nothing about them, then ten seconds later you play like you’re best friends because you didn’t have to be anything but yourself’

(Rajin kan aku tulis balik apa yg dia cakap = aku agak obses skit ngan kenyataan nih :P)

Overall, citer ni agak stereotaip. Maybe sebab aku dah banyak tengok citer genre camni kot. Tapi still ada mesej yang takde dalam citer2 lain. Dan some twist here and there. But the best part of this movie is the musical part. It’s pretty funny when everybody suddenly dancing and singing thru the rythm, as it will never happen on the real life. But hey, that’s the musical movie. The songs is pop genre, and it sounds good. And the fact that the choreography works very well (bukan senang nak menari beramai2 ye x?) is what differentiate it a lil bit from Barney and Friends.

Lagu yang aku suka: Stick to the status quo. Watch it on YouTube at http://www.youtube.com/watch?v=I8E8-kEO8M4

2 responses so far

Oct 17 2006

Mabuk

Published by flexin-am under Life in UK

Cerita kali ni bukanlah berkenaan mabuk disebabkan mengandung ataupun mabuk disebabkan menaiki kenderaan laut atau udara.

Semalam housemate aku kuar gi pub. Semua pakat pakai baju pink. Dah la style ketat satu macam. Sekali tengok nampak cam baju pompuan pun ada. Aku tanya David, apsal semua pakai baju pink, yang mana soalan dalam hati aku, apsal suma pakai baju pelik2 yang langsung x cool macam ni? Dia bgtau la yg team frisbee diorang punya kaler rasmi ialah pink. Frisbee… game yang aku citer ari tu (rujuk kembali blog2 lepas kalo terlupa). Pink? That’s too feminine. At least UK people don’t think that way but I’m sure that in the next 10 years, you won’t see football player wearing pink jersey in Malaysia. Who’s gonna start that, I wonder.

Aku dah nak naik atas dah, lepas abih tengok Without A Trace kat tv, housemate aku Bernie balik dengan gf dia. Diorang lepak2 kat ruang tamu. David dah masuk bilik tadi lagi. Aku sambung tengok Desperate Housewives kat laptop. Wah, cam gi bercuti je ek. Taak, pagi semalam dalam kul 10 aku dah gi library. Dekat kul 5 baru kuar (break zohor di pertengahan). Kena state ni sbb kak aku baca blog nih. Nanti dia ingat aku duk main2 lak kat sini.

Tengah duk tengok DH, tetiba aku terdengar gf Bernie, Emily menjerit. Memula aku ingat diorang bergaduh. Ala, macam yang selalu tengok kat drama tv tu. Tapi tetiba terdengar tapak kaki dia panjat tangga, ketuk bilik David. Apsal gaya aku citer cam tulis cerpen ek? Sambung balik, dan aku dengar diorang turun bawah.Tengok2, Bernie dah terbaring kat tengah rumah. Emily duk nangis2 sebab panik. Mabuk la tu… David cakap kat Emily, ‘he’s still breathing’. Aku nak tergelak pun ada. Walopun x pernah la nampak orang mabuk depan mata aku sebelum ni, at least aku ada pengetahuan la fasal orang yang mabuk. Make sense la kalo dia tetiba pitam ke. (Rujuk komik Dik Cerdas). Tapi aku tahan la gelak tu. Kang x fasal2, aku kena cop tak sensitif plak.

Lepas alihkan Bernie ke posisi yang sesuai, daripada kedudukan orang kena bunuh as seen on CSI, aku naik. David tunggu lg kat bawah ngan Emily.

Petang tadi, aku tanya soalan ala2 menyakat kat Bernie. Aku tau dah dia dah okey,ye la dah lebih 12 jam, kalo x okey lagi taktaulah.’So, are you okey?’. Aku nampak la muka dia cam merah sikit waktu nak jawab yes. He he. Ni kira drama part 1 la ni. Apa lagi la drama yang aku akan tengok dalam rumah ni. Brr.. (bunyi yang dibuat kerana sejuk bercampur tanda tanya)

Moral of the story: Drink and faint. But make sure you have your own girlfriend to cry for you, or otherwise, it won’t be fun (Catatan: hanya apply pada orang2 bukan Islam jer)
Moral of the story 2: Be happy if you don’t have blushing face. Sekurang2nya kalo dimalukan, orang x dapat detect secara visual yang kita terasa malu. Ha ha…

No responses yet

Next »