Oct 22 2006

Esok raya, yeay?(dengan tanda soal)

Published by flexin-am at 7:09 am under Life in UK

Balik dari Tesco semalam, aku dapat mesej informasi berbentuk lawak dari salah sorang budak PhD Malaysia yang study kat Brunel. ‘Saya mewakili penyimpan mohor besar raja-raja cawangan england, +dgn ini mengumumkan tarikh hari raya puasa jatuh pada 23 okt bersamaan hari isnin….’. Aku check dalam http://www.iccuk.org/, memang mengesahkan yang raya jatuh hari Isnin kat sini. Dan ikut masduke.com, Malaysian akan ikut pengumuman masjid central London. So, jadi la raya esok. Er… Malaysia ikut kaedah pengiraan. So, dah tau dari awal. Kompleks jugak nak tau bila raya kat sini. Tahir cakap disebabkan orang Islam minoriti, maka banyak pendapat.Breaking_free Ader yang ikut Arab Saudi. Ader yang posa lebih awal. Aku baru baca laman web mana ntah, yang kata UK memang tak nampak anak bulan ke apa. Maksud aku, banyak pendapatnya. Tapi rata2 aku tengok, termasuk kalendar jadual waktu solat dan khutbah semalam, banyak yang rujuk hari Isnin sebagai raya. So, xder masalahla.

Aku duk tunggu notis dalam masduke.com, laman web Malaysia Hall, pukul berapa diorang buat solat raya. Tak kuar2 lagipun. Ikut hati, terasa cam nak lepak kat rumah je. Buat homework memandangkan ada test minggu ni dan minggu depan. Tak la rasa apa pun kalo x gi raya. Sebab takde la iklan raya kat tv, takde hiasan raya kat Tesco, maka takde la terasa sangat kalo x sambut. Tapi memandangkan aku taknak dikategorikan sebagai ‘freak’ atau ‘nerd’ bila balik nanti aku citer yang aku tak gi beraya sebab study, maka aku tetap meneruskan niat awal aku untuk turun Central London esok. Walaupun turun sana dah kena kuarkan duit, tapi boleh cover balik kot dengan makanan free kat rumah terbuka.

Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada pembaca2 blog. Terlebih makan, minum, mintak halal yerk. Tapi hutang2 korang yang aku catat, masih valid dan perlu dibayar. InsyaAllah, malam esok aka pagi raya kat Malaysia, aku akan upload gambar2 yang aku amik waktu beraya kat sini. So sementara nak tunggu nak pergi sembahyang raya, bleh la tengok2 aku beraya kat sini. Heh.




3 Responses to “Esok raya, yeay?(dengan tanda soal)”

  1.   dannyon 22 Oct 2006 at 9:45 am

    slamat ari raya am…..moga raya kali ni pnuh makna……gud luck!

  2.   Zahiruddinon 23 Oct 2006 at 1:13 am

    Selamat Hari Raya Aidilfitri. Kitorang kat Bristol Raya esok.. ikut Majlis Fatwa Eropah. Walaupun org2 Pakistan dah raya hari ni ikut anak bulan kat Pakistan sana… ni no tepon saya 07783549043

  3.   dZuLon 23 Oct 2006 at 3:14 am

    thanks for e-card.. selamat hari raya aidilfitri.. sorry aa.. aku malas nk cari e-card. dlm ni pun jdlah.. minta maaf zahir dan batin.. semua lawak aku yg menyinggung ko tu minta maaf. aku x bermaksud apa2.. selamat maju jaya di perantauan..

Comments RSS

Leave a Reply