Oct 13 2006

Hidup untuk makan…

Published by flexin-am at 12:09 pm under Life in UK

Makan untuk hidup atau hidup untuk makan? Kalau dari segi jawapan yang beretika serta memaparkan ciri sashsiah unggul, jawapannya tentulah ‘makan untuk hidup’. Tapi otak aku agak kurang bersahsiah skit sebab dalam kul 3 ke atas tiap2 hari, aku akan terfikir, apa yang nak makan nanti. Tambahan lagi kalau lecture to dikategorikan sebagai ‘lecture yang tak berapa faham tapi kena buat2 faham sebab lecturer melakukan eye contact yang baik dengan student, di samping untuk memotivasikan diri supaya terus berusaha’, maka lagi ligatlah otak aku berfikir tentang makanan.Pizza_msc_001

Aku dah amik beberapa gambar untuk tatapan bersama. Heh. Gambar pertama ialah gambar pizza yang belum masak yang aku beli kat Tesco. Sebenarnya besar, tapi aku potong separuh sebab takut tak habis. Ada tomato ngan cheese je kat topping dia. So, aku potong ayam halus2, panaskan dulu dalam microwave oven supaya dah separuh masak. Dan aku tambah.

Ditambah dengan air teh panas, dimakan sebelum tidur. Pizza_msc_018Ni gambar 2 hari lepas. Aah, sungguh menyelerakan.

[Currently listening to Mario Vasquez - Gallery]

Semalam aku tukar rasa lak. Beli nasi beriyani kat kedai kat universiti. Ada la lauk ayam kecik dalam tu. Tapi rasa beriyani tu ada la. Pedas. So puas la sebab dah lama tak rasa makanan pedas.

Housemate aku mention, ’smell good’. Aku pun buat la style Malaysia, ‘ajak-ajak ayam yang sebenarnya tidaklah berharap dia akan bersetuju’. Tapi diorang Pizza_msc_025
pun nice. Aku dah jadi serba salah. Ari tu pelawa aku makan epal. Aku nak tolak pun, rasa cam x best plus aku pun sebenarnya memang nak makan. Gigit jer la. Aku bukan jenis kupas buah. Kalo kat rumah, selagi mak aku tak kupas, memang aku x makan. Bukan manja, tapi memang segan nak makan. Sampai mak aku kena paksa aku makan. Ini plak kat UK. Malas ar..

[Currently listening to Mario Vasquez - gallery Spanish version. Muzaini, you need to download this!!]

Aku skang duk melepak nganPizza_msc_024 Seimon dan Tahir. Aku dah bleh click banyak skit dengan diorang. Semalam aku duk berdebat skit dengan Seimon fasal istilah sementara nak tunggu masuk kuliah.

[Currently listening to Shannon Noll - Shine]
Korang tengok tanda kat sebelah, ‘Strictly No Food or Drink (except water)…’. Aku mempersoalkan, water tu bukan drink ke??
Kitorang mula cakap bebenda merapu termasukla memasukkan konsep matematik seperti subset, set pelengkap dan sebagainya.

Heh.

Aku cerita kat Tahir yang aku berpuasa panjang waktu first day aku sampai. Walaupun dah dekat dengan UK, tapi sahur aku abih kul 3 pagi itu hari sebab kapal terbang berada di lokasi tinggi, maka dapat la nampak fajar lebih cepat (and for the first time, aku nampak la apa kebenda yang dinamakan fajar menyingsing tu. Cam ada line cerah kat angkasa).

[Currently listening to The Veronicas - 4Ever. Love this song. First time listen from She's The Man. Pizza_msc_038
love that movie too]

Dan aku berbuka kul 6 lebih. Maksudnya dekat 15 jam la aku berpuasa ari tu. Tahir bukak cerita fasal kalo Ramadhan jatuh pada musim panas, diorang kena berpuasa lebih kurang 18jam sehari. Aku cam, ‘whoa?’  Tak pernah tahu lak fakta tu. Ye tak ye, siang panjang waktu summer, tapi tak sangka la camtu. Dan kitorang kira tadi, dalam 10 tahun lagi, Ramadhan akan jatuh pada musim panas kat sini. So, kepada sesapa yang bercadang untuk datang UK untuk study/melancong lagi 10 tahun, bersedia la fizikal dan mental ek. [Gambar - Seimon, Tahir ngan Aku dalam bilik tutorial]Msc_1
Ni semua bebudak Master Math (Computational Maths with Modelling MSc) batch kali ni (Lagi satu course Math MSc, namanya Risk Modelling). No 1-4,6-9 dari kiri dari Europe (diorang cakap Vienna, German). Yang hujung kanan sekali - Prof Norbert Huer. Dah kitorang duduk ala2 kat meja makan tadi, dia masuk kelas dia duduk dulu join kitorang.Yang no 5 tu Udy, dari Nigeria. Dah bagitau dah sebelum nih. Kak aku siap ingat lagi nama dia. Heh (Bunyi ini perlu dikeluarkan dengan pendek, macam nak gelak tapi tak jadi). .Baru aku sedar, ader 12 orang jer yang amik Master skali ngan aku.

 




3 Responses to “Hidup untuk makan…”

  1.   Machinaon 13 Oct 2006 at 5:04 pm

    In the upper pict, I could see the same old motorola C100…And the drink, is that a coke?

  2.   Dinghwaon 13 Oct 2006 at 6:11 pm

    baru aku perasan abg am suka ambik gambar…hehe niway, do ya best der…bukan selalu dpt opportunity study kat over the sea..hehhe..dpt melancong sambil belajar 2..*the veronicas-4ever:like da song but never seen da movie…*

  3.   hudaon 13 Oct 2006 at 9:47 pm

    ala water…tak la kotor kalau tumpah…tolong cuci lantai lagi ada la…=)

Comments RSS

Leave a Reply