Oct 03 2006

Life in UK: The biggest risk I take

Published by flexin-am at 9:36 am under Life in UK

Hari Kedua di UK - 5.06p.m. Sekarang aku berada di dalam bilik study postgraduate. Ada fasiliti komputer kat sini. Malangnya takbleh install MSN Messenger. Maka aku tak dapat la nak berwebcam dengan parents aku. Sebelum aku citer ape yang berlaku, aku citer perasaan aku sekarang. [Kak, kalo baca ni, tolong call mak dan baca skali kat dia.] Homesick Aku dah terasa rindu giler kat Malaysia. 2 benda yang agak memberi kesan pada aku. Makanan dan cuaca. Makanan - mana nak cari nasik kat sini. Ada. Tapi aku tak tau lagi kat ner. Lapar nasik.

Cuaca - sejuk oo. Dah ler dari satu hari ke satu hari, suhu jatuh 1 darjah celcius. Hari ni, bila aku hembus nafas kot mulut, dah kuar asap. Semalam tak kuar pun. Maksudnya makin sejuk la. Aku rindu untuk buang-buang baju macam kat umah. Kat sini, all the time aku kena pakai baju, except waktu nak shower. Tapi bak kata Dr Ainis waktu lecture pendek dia kat International Office ari tu, foreigner memang akan menghadapi saat2 macam ni. Dia siap tunjuk graf lagi. Kira nanti bila dah adapt, aku akan enjoy la. But for this moment, let me just admit that I miss Malaysia very much.

The biggest risk
Apebendanya yang biggest risk tuh? For this moment aku anggap ni sebagai the biggest risk la. Mungkin ada yang dah lepas2 tapi dah lupa, maksudnya dah tak berapa signifikan la. [Kak, kalo citer kak mak, make sure nada tu elok skit. Jangan nada risau plak] Kepada yang tak tahu, aku datang ke London nih dengan keadaan non-secure accommodation. Kiranya, aku takde tempat tinggal laa. Deposit £200 kena bayar area time konvo itu hari. Waktu tu, mana la aku tau conform dapat ke x. Jadi aku cakap kat orang yang tanya fasal accommodation, ‘okey’ je. Termasuk la family aku. Okey tu kira ‘I’m gonna be alright’ la. So, sesampainya aku semalam di Heathrow Airport, salah satu benda yang merisaukan aku ialah nak cari rumah sewa. Aku beli kad telefon cam RingRing Card. Perabih £5 untuk call no telefon yang aku amik dari Off-Campus Accommodation Office.

Cadangnya, kalau tak dapat cari semalam, aku akan menetap sekejap kat mana-mana motel yang ada. Agak mahal la. Tapi nak buat camna. Dari pagi aku try call. Masalahnya, local people ni cam xnak sangat amik foreigner jadi housemate diorang. Bila diorang dengar suara foreigner je, cam diorang xnak la. Aku dapat call sorang nih. Indian. Dia cam kata cam okey. Aku janji nak jumpa dia kat bank HSBC kat dalam universiti tu jugak. Sekali bila jumpak, dia cakap dia dah ada orang masuk. Tapi kira dia polite la bagitau betul2. So, teruslah aku mencari. Aku call lagi nombor lain. Dia cakap bleh pergi tengok, tapi dia dan housemate dia kemudian akan decide siapa yang diorang akan pilih, memandangkan banyak lagi orang yang turut berminat. Heh, malas aku nak jadi sebahagian dari reality-tv-format-but-real-life-audition nih.

Aku terjumpa dengan seorang couple Melayu. Lelaki tu buat PhD, isteri dia ikut jer. Lega kejap jumpak diorang. Dia turut risau bagi pihak aku. Aku cam separuh selamber jer. [Kak, tak perlu baca ayat lepas ni kat mak] Ye la, kalo x jumpa, tidur je mana-mana, bukan nak kena rogol, ye x? [Kak, bleh sambung baca balik]. Couple Melayu tu bawak aku ke Off-Campus Accommodation Office. Aku cam terasa penat jer sebab aku dah pergi situ (Diorang tak bagitau aku nak bawak ke situ). Tapi tetiba officer tu cakap ada notis baru tampal. Aku terus amik dan pergi call (sebenarnya sequence cam x brapa betul. Sepatutnya, aku jumpa India tu, jumpak Melayu, call yang no tadi dan call budak David nih). Aku call David nih, mention ‘I’m desperately looking for place to stay’. So, dia setuju nak jumpak aku.

Jumpak dia, dia bawak gi rumah kat West Drayton, kena amik bas £1.50 sekali perjalanan. Dan aku terus deal. Cakap setuju. Tengah on the way, dia call housemate dia, aku prasan la yang housemate dia cam risau skit foreigner nak stay dengan diorang. Tapi David cam yakinkan la yang aku ni cam nampak budak yang okey la. Kiranya, ada advantage jugak la innocent look nih, in contradict to diganggu oleh penjual cd lucah kat Chow Kit itu hari (which I feel offended yeah). So that’s the biggest risk. Aku dah lapar nih. Semalam, sampai rumah jer, aku buka puasa makan burger yang aku beli. Dan aku terus tido. Kul 12 baru bangun. Jamak.

Walaupun aku bleh buka puasa semalam, tapi cam dah malas. Semalam pun makan maggi jer. Tu sebab ari ni perut lapar giler. Takpe, aku dah tengok2 Tesco Express tadi, dekat jer dengan rumah aku, dah nampak bebenda yang menarik untuk makan. Harga pun x la mahal (jangan convert ke duit Malaysia). Air susu dalam 50p. Cornflakes kotak besar, baru £2. Roti dalam 60p. p stands for penny. Bebudak sini panggil ‘p’ jer. Err, walaupun begitu, aku dengar dari telephone operator cakap yang ‘Your balance is 4 pounds 96 pennies’. So, maksudnya sebutan ‘pennies’ as in pay-nees, juga diterima. Perlu dibezakan dengan sebutan pee-nurse. Chow for now. Nak balik umah, cari makanan untuk berbuka. 5.36p.m




10 Responses to “Life in UK: The biggest risk I take”

  1.   Ana'ailanaon 03 Oct 2006 at 5:29 pm

    hai pakcik,misi berjaya ke?alhamdulillah..keep on writing ur latest info yep!
    (so mmg kene sebut pennies la yer?penat je kite gelak2 itu hari psl pronounciation dia)
    salam ramadhan..

  2.   muzemon 03 Oct 2006 at 6:19 pm

    nice to hear ur news from there..huhu..do keep blogging, k!i’ll wait the ‘kesinambungan’ kisah2 hidup ko kat UK nu..huhu..”hidup pelajar minor pengajian islam!”..(*erk?.ade kaitan ke?hoho). end.

  3.   Nawalon 03 Oct 2006 at 6:44 pm

    AM!!!! take care tau kat sana! it’s ok first time mmg haru sket.. but tawakal and always be confidence in urself! NO pain NO gain! tul tak?.. hehhehehhe

  4.   sHiKiN naaon 03 Oct 2006 at 8:50 pm

    Hello…hope u r hving great time there…make use of this 1 year to explore UK, but of course dont forget ur study<–which i know u won’t…if u crave for nasik, find MALAYSIAN HOUSE (dono there is still one there in london, used to hv one near oxford street)n they’ll hv all the laksa, roti canai n nasik there…i dont know whether they hv nasik kandar or not..

    i u/stand ur crave for nasik bcoz i was like that..alternatively, try to find indian cuisine restaurant. they might have nasi briyani.for sure it’s quite expensive, but at least ur crave for nasik won’t bother u anymore…just a suggestion…believe me i u/stand…learnt from experience..

    i havent read ur other blogs, i dont really know which part of uk u r…i guess in london..if u r in london, centre london, do go to oxford street, near the marble arche (klau xsilap la,nanti confirm lain)…there r lots of halal food there..kebab…cant remember anything else (lebih kurang ala2 kebab la situ..)

    i think there r lots of changes since my last visit…hope that all the infos r still relevan..hehe..

  5.   khalidahon 04 Oct 2006 at 1:09 am

    assalamualaikum am,

    not too worry evry clouds has silver line.

    saya doakan semoga am dipermudahkan segala urusan… ;)

  6.   Awinon 04 Oct 2006 at 2:33 am

    am,jgn susah ati..awal2 mmg susah sket. lama2 ok ler.. where there’s a will, there’s a way. hehe…pose elok2.

  7.   Bro Deenson 04 Oct 2006 at 4:41 am

    Am… cabaran baru yang hang kata nak cari baru ja mula.. mungkin ada banyak lagi yang akan hang tempuh… anggap ja macam sebuah rancangan reality TV… :) teruskan tulis jurnal hang.. aku akan ikut macam juga aku duk tgk sebuah rancangan reality TV.. hehehe…peserta dia hang la… apa-apa pun aku doakan hang berjaya dalam life and study hang kat sana…

  8.   Hakimion 04 Oct 2006 at 11:14 am

    a.Am saya pun nak tulih gak komen lileks ar..cool beb..

  9.   'RiLL-UnDoMiEL'on 05 Oct 2006 at 5:09 am

    banyaknya yg komen..malaih nak komen la aku lain kali…anyway,aku tak sangka rupa2nya hang menipu..ingat ada dah tempat tinggal..that’s adventurous..bagus la hang mengahrung onak di bumi org..kalau aku mesti dha nangis dah tepi jln..sialp aribulan kena rogol..hehe…

  10.   hudaon 08 Oct 2006 at 7:47 am

    tahniah sebab dapat further kat sana…baru tahu berita ni..ni pun pas baca dari blog muzem…jaga diri elok2 kat sana…=)

Comments RSS

Leave a Reply