Oct 17 2006

Mabuk

Published by flexin-am at 11:59 am under Life in UK

Cerita kali ni bukanlah berkenaan mabuk disebabkan mengandung ataupun mabuk disebabkan menaiki kenderaan laut atau udara.

Semalam housemate aku kuar gi pub. Semua pakat pakai baju pink. Dah la style ketat satu macam. Sekali tengok nampak cam baju pompuan pun ada. Aku tanya David, apsal semua pakai baju pink, yang mana soalan dalam hati aku, apsal suma pakai baju pelik2 yang langsung x cool macam ni? Dia bgtau la yg team frisbee diorang punya kaler rasmi ialah pink. Frisbee… game yang aku citer ari tu (rujuk kembali blog2 lepas kalo terlupa). Pink? That’s too feminine. At least UK people don’t think that way but I’m sure that in the next 10 years, you won’t see football player wearing pink jersey in Malaysia. Who’s gonna start that, I wonder.

Aku dah nak naik atas dah, lepas abih tengok Without A Trace kat tv, housemate aku Bernie balik dengan gf dia. Diorang lepak2 kat ruang tamu. David dah masuk bilik tadi lagi. Aku sambung tengok Desperate Housewives kat laptop. Wah, cam gi bercuti je ek. Taak, pagi semalam dalam kul 10 aku dah gi library. Dekat kul 5 baru kuar (break zohor di pertengahan). Kena state ni sbb kak aku baca blog nih. Nanti dia ingat aku duk main2 lak kat sini.

Tengah duk tengok DH, tetiba aku terdengar gf Bernie, Emily menjerit. Memula aku ingat diorang bergaduh. Ala, macam yang selalu tengok kat drama tv tu. Tapi tetiba terdengar tapak kaki dia panjat tangga, ketuk bilik David. Apsal gaya aku citer cam tulis cerpen ek? Sambung balik, dan aku dengar diorang turun bawah.Tengok2, Bernie dah terbaring kat tengah rumah. Emily duk nangis2 sebab panik. Mabuk la tu… David cakap kat Emily, ‘he’s still breathing’. Aku nak tergelak pun ada. Walopun x pernah la nampak orang mabuk depan mata aku sebelum ni, at least aku ada pengetahuan la fasal orang yang mabuk. Make sense la kalo dia tetiba pitam ke. (Rujuk komik Dik Cerdas). Tapi aku tahan la gelak tu. Kang x fasal2, aku kena cop tak sensitif plak.

Lepas alihkan Bernie ke posisi yang sesuai, daripada kedudukan orang kena bunuh as seen on CSI, aku naik. David tunggu lg kat bawah ngan Emily.

Petang tadi, aku tanya soalan ala2 menyakat kat Bernie. Aku tau dah dia dah okey,ye la dah lebih 12 jam, kalo x okey lagi taktaulah.’So, are you okey?’. Aku nampak la muka dia cam merah sikit waktu nak jawab yes. He he. Ni kira drama part 1 la ni. Apa lagi la drama yang aku akan tengok dalam rumah ni. Brr.. (bunyi yang dibuat kerana sejuk bercampur tanda tanya)

Moral of the story: Drink and faint. But make sure you have your own girlfriend to cry for you, or otherwise, it won’t be fun (Catatan: hanya apply pada orang2 bukan Islam jer)
Moral of the story 2: Be happy if you don’t have blushing face. Sekurang2nya kalo dimalukan, orang x dapat detect secara visual yang kita terasa malu. Ha ha…




Comments RSS

Leave a Reply