Oct 05 2006
Makan nasik, yeay
Khamis 11.37a.m (UK), 6.37p.m (Malaysia)
Semalam tak sempat nak masak nasik untuk berbuka. Sebab kelas abih dah kul 6. Kalut2 gi solat Asar, kul 6.34 dah berbuka. Sempat beli pizza. tapi smalam dah bleh masuk la pizza tu. First day ari tu angin la. Tu yang makan apa tak lalu tuh.
BTW, than
x for the nice comments by you guys. I guess I’m getting happier each day. Dah bleh adapt skit sebanyak. Cuma cuaca jer yang aku x brapa suka. Sejuk sangat.
Malam semalam, lepas Isyak aku pun turun ke dapur. Housemate aku 3 orang tuh gi training Frisbee kat uni (bebudak UK biasa mention universiti sebagai uni jer). Aku pun aper lagi, seronok la skit nak memasak. Lagipun budaya diorang memang bukan style ajak2 ayam, so aku tak perlu la mengajak diorang makan. he he, sesuaikan budaya sini dengan sifat ala2 kedekut aku. Ha ha.
Aku masak nasik. Sempat belajar sehari sebelum pergi. Nasik periuk karen aku tau la. Ni periuk biasa. Nasik dia saiz kecik skit. Tapi hasil dia memuaskan. Pandai gak aku masak nasik. Pastu goreng ayam. Bukan main lama aku goreng. Apsal ar? Dah abih 3-4 lagu Blue, ayam tu x masak2 lagi (Mendengar lagu Blue yang host bro Jepun aku bg. Tu la kononya hari tu cam takut nak bawak banyak cd lagu. Takut diorang check la, apa la. Padahal tak check pun. Banyak dah yang aku cetak rompakkan kat rumah itu hari..)
Aku gi Tesco beli sos tomato jenama Tesco. Takde la plak sos cili (as told by Kak Shimah, kawan kak aku). Dan kemudian, aku pun makan. Nikmatnya toksah duk cakap ler. Sedap hingga menjilat jari. Baru la terasa macam mana orang miskin duk rasa. Selalunya kalau bulan puasa, waktu tu la nak enjoy giler2 makanan (cam dah bercanggah dah dengan konsep pengertian puasa tu, ye x?). Kat negara orang, miskin la skit.
Dah plan nih. Malam ni nak goreng 3 ketul ayam. Nasik semalam ada baki lagi. Perangat guna microwave oven jer la untuk malam ni. Best2…
Am..sedihnya dgr rintihan hang….my god! that’s what amkes life truly colorful!aku skang kat CC Mindmaker yg ang benci tuh menaip menunggu solat terawih cum isyak…kalau aku pi sana mesti aku otomatik rs tak best dgn perangai aku yg spoil..hehe…takpa am..live life to the fullest! It’s joie de vivre!
hah!!!rintihan anak perantau!hahaha..welcome to my world!yup, sgt rindu bazar ramadhan…evriday also masak.btw, r u d only msian there?i think it will help a lil bit if u can find some msians there.locals are fine but sometimes u juz need to b around familiar faces. yup, sos cili is a rare entity. can only get it in asian supermarket here.ok la, gluck jalani ibadah puasa kat sana. takpa, u’ll get used to it.n serious s*** u’ll enjoy ur stay…but home is still home ey?keep in touch k.
Waa, bagus la. Dah pandai masak nasik, lepas ni belajaq masak gulai, senang saja. Kalau ada jemaah kat UK tu, join la. ‘Serigala akan menangkap domba yang ketunggalan’. Bestnya, kalau ikut jemaah, Upi boleh belajaq masak macam2. Kalau macam Upi dok kat UK, don’t worry, kalau abang, gerenti depa kata (suspect) ada link dengan Al-Qaeda, dah la dulu besa kena tahan ngan imgresen Sabah, sebab tuduh bawak bomb (ikan buntal kering). Apa pun, kita jangan belajaq takut langsung dengan sesiapa melainkan dengan Allah SWT. FYI, tadi test call guna maxis selama 30 saat baru 3 kupang. Nanti abg belikan starter pack maxis kat mak. Boleh sembang direct, sebab murah. Wallahu’alam.
it will gets better, dont worry. selamat selalu.
it will get better, dont worry. selamat selalu.
see evry thing getting better….
so not too worry.
may allah bless u always….:)
Adik beli le kasut lain utk pakai dlm bilik cos mak is not happy about it, dia kata nanti nak solat tak syok la. P kampus berapa minit naik bas? Microwave oven tu sapa punya.
Biasala duduk kat overseas, kenala tough skit..
Anyway, Good luck in ur study! Aku dah nak buat siri The Mole versi aku kat sekolah..hehe..kemunculan hos baru nanti..
tahniah.. sbb dah blaja byk mnde baru about life.. duk sana pandai2 la jaga makanan tu.. ko dah la kurus.. x cukup makan nnt lagi kurus.. x cam pulak nnt.. hehe
microwave oven mmg senangkan idup..nak perangat ayam yg hang goreng pon bleh je…express sket…